FRIENDS
Imam Al-Syafie banyak memberi
pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati
yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang
tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai
kawan.”
Tidak ada yang abadi dan tidak
ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku
berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku
melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang
penduduknya berhati manusia"
Imam Al-Syafie turut meminta
kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah
kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika
seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang
lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.”
Dalam hati masih ada kesabaran
buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang
engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap
tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya
cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan
pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan
memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya
menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat
menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
TRUE:
"TUHAN aturkn antara kita 1
pertemuan ditetapkan 2 hati, dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH
& KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: berkenalan, berteman,
berkawan, & bersama. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian
itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu “SAHABAT”.
No comments:
Post a Comment