Assalamualaikum,
Ha, ada yang lulus Exam PTD kan baru-baru ni. Sebelum nak ke Puasat Assessent Centre (PAC) korang kena jawab Ujian Psikometrik ni dulu. Apa tu Ujian Psikometrik? Bagi pendapat Auni ujian ni nak tengok sejauh mana personaliti kita. Waras ke tak. Nak menilai tahap leadership kita. Nak tengok juga sama ada kita ni jujur ke tak. Lebih kurang macam tu lah.
Persoalan yang selalu bermain di fikiran iaitu Kalau tak lulus ujian Psikometrik ni boleh pergi PAC tak? Auni ada tanya dengan orang2 yang dah berpengalaman sebelum ni bahawa ujian psikometrik ni sebagai syarat sahaja. Tak ada result pun nanti. Just nak tengok personaliti kita je macam mana.
Untuk soalan semuanya ada 403. Kena jawab dalam masa 80 minit sahaja. Jadi tak boleh fikir lama2. Dan jangan skip kalau boleh, terus je jawab sebab nanti tak sempat da nak cari soalan yang skip tu. Soalan nya memerlukan kita jawab YA atau TIDAK je. Tick je kat situ nanti. Masa 80 minit tu cukup2 untuk korang jawab kesemua soalan. Jadi baca cepat2 dan faham cepat2. Hihi. Nanti klu tak sempat jawab tak tahu la macam mana pulak. Dan lagi satu hati2 bila menjawab sebab kadang2 ada soalan yang mengelirukan samaada nak jawab ya atau tidak.
So, yang da lulus exam PTD selalu lah tengok email untuk tengok bila kita perlu hadir PAC. Nanti terlepas pulak.hihi. Okay Gudluck untuk PAC nanti ya. Banyakkan membaca dan tahu isu2 semasa sebelum ke PAC. Tahniah yang lulus exam PTD.
Contoh-contoh Soalan:
1. Apabila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa.
2. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.
3. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.
4. Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.
5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.
6. Saya akan berasa menyampah bila orang lain berperangai pelik.
7. Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah.
8. Saya kan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.
9. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.
10. Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.