BILA KITA MULA BERJUMPA, BORAK PANJANG-PANJANG, MAKAN DAN GELAK SAMA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

* Ala-ala lagu BE mine..:-P
Bila Kita start mula berjumpa,
Kita selalu keluar sama,
Borak panjang-panjang, makan dan gelak sama,
Bila kita start mula bercerita,
Semua kenangan keluar semula,
Tahan air mata, takut over terlebih pula,
Tapi dalam hati rasa nak mula semula.

**Monolog jap...:-0
Aku terdiam sepi, terpandang di satu sudut ruangan yang seharusnya ramai. Terngiang-ngiang suara-suara teman yang takkan pernah aku lupakan. SPS menjadi suram tanpa mereka. Perlahan-lahan air mataku bergenang. Fikiranku mula melayang-layang ke masa lalu. Tangis hatiku mulai merintih merindu.

**TERIMA KASIH YA-AALLAH
Setelah tiga tahun mengharungi perjalanan sebagai seorang pelajar yang penuh perih, susah, senang, suka, duka, gembira akhirnya aku dan teman-teman seperjuanganku berjaya mendapatkan segulung ijazah yang besar ertinya buat kami. ALHAMDULILLAH YA ALLAH...Dengan izan mu kami telah berjaya dan dengan pertolongan mu juga kami berjaya menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawab dengan penuh lancar. Dengan adanya kesenangan dan kepayahan yang engkau berikan kami telah pelajari erti kehidupan.

**Ucapan Penghargaan..
Auni nak ucapkan TERIMA KASIH terutamanya mak dan abah, Kaklong , ayum n ain...sepanjang Auni belajar di Sabah mak n abah lah orang yang paling banyak berjasa..dari segi duit, kasih syang, perhatian, keikhlasan...diaorang lah yang paling Auni SALUTE..Kedua Auni nak ucapkan terima kasih kepada para pensyarah kerana banyak memberi ilmu yang sangat berguna. Terima juga kepada rakan-rakan wani, athira, yati zulai, will, vi,zi, masniah, kak ayu, huda dan semuanya. begitu juga kawan-kawan palapes yang dirindui...Adel, affy n anis yang sangat auni sayangi... SPECIALLY to suhail my best frenz forever..iloveu...TERIMA KASIH SEMUANYA...ILOVEU ALLZ!!



 CONGRATULATIONS TO ALL MY FRENZ..GOODLUCK FOR NEXT CHAPTER!!




AKHIRNYA KONVO!!

Assalamualaikum
Alhamdulillah dengan Limpah dan Kurnianya telah tamatnya majlis Konvokesyen..Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat dan terbatuk-batuk dapat jugak senyum dan mengambil ijazah di atas pentas...Apa yang tak bestnyer ialah semua gambar konvo Auni tak cantik...hahaha...muka serabut sebab batuk n demam..memang rasa teruk sangat keadaan time tu...aish...tak pe...ad lagi..konvo untuk master for the next two years...Insyaallah...


** Gambar konvo x de....hahaha

MASTER PENYELIDIKAN?



Nak amik master ni bukannya senang..terutamanya kalau amik dalam bidang penyelidikan..kena cari tajuk yang betul2 sesuai untuk kita dan masa depan kita..kalau Auni, Auni fikir masa depan Auni dlu baru auni fkir untuk generasai seterusnya...bukannya apa kita kena la buat sesuatu yang betul dlu barulah kita boleh sumbangkan pada orang lain...hehehe...berbalik pada master penyelidikan tadi, bukannya sesuatu yang mudah...banyak cabaran, halangan, rintangan...ini baru nak fikir tajuk tau...belum lagi nak buat proposal dan belum lagi nak buat tesis nanti...haaa...Yang paling penting skali tajuk tu..Bila kita buat master secara penyelidikan ni banyak kelebihan berbanding coursework...sakit kepala tu memang lebih la berbanding cousework kot...tapi hasilnya memang best n power...time ni la kita boleh buat tesis kita yang betul2 top...dan kita juga akan ada satu bahan kita sendiri malah boleh dijadikan sebuah buku...Auni pun akan mengambil Master dalam bidang penyelidikan di UMS sekali lagi...auni akan membuat kajian budaya..nak tahu kajian ap?.nak tahu apa tajuk dia? Tungguuu...hehehe....Insyaallah...

Proses mencari tajuk Master...hehehe

BUAT EMAK DAN ABAH!

BUAT EMAK DAN ABAH
Pemergianku hanya sementara, yang pasti penuh rasa rindu dan sengsara, akan ku kejar sebuah cita, yang pasti memberi dirimu bahagia, ESOK DAN SELAMANYA...