BILA KITA MULA BERJUMPA, BORAK PANJANG-PANJANG, MAKAN DAN GELAK SAMA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

* Ala-ala lagu BE mine..:-P
Bila Kita start mula berjumpa,
Kita selalu keluar sama,
Borak panjang-panjang, makan dan gelak sama,
Bila kita start mula bercerita,
Semua kenangan keluar semula,
Tahan air mata, takut over terlebih pula,
Tapi dalam hati rasa nak mula semula.

**Monolog jap...:-0
Aku terdiam sepi, terpandang di satu sudut ruangan yang seharusnya ramai. Terngiang-ngiang suara-suara teman yang takkan pernah aku lupakan. SPS menjadi suram tanpa mereka. Perlahan-lahan air mataku bergenang. Fikiranku mula melayang-layang ke masa lalu. Tangis hatiku mulai merintih merindu.

**TERIMA KASIH YA-AALLAH
Setelah tiga tahun mengharungi perjalanan sebagai seorang pelajar yang penuh perih, susah, senang, suka, duka, gembira akhirnya aku dan teman-teman seperjuanganku berjaya mendapatkan segulung ijazah yang besar ertinya buat kami. ALHAMDULILLAH YA ALLAH...Dengan izan mu kami telah berjaya dan dengan pertolongan mu juga kami berjaya menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawab dengan penuh lancar. Dengan adanya kesenangan dan kepayahan yang engkau berikan kami telah pelajari erti kehidupan.

**Ucapan Penghargaan..
Auni nak ucapkan TERIMA KASIH terutamanya mak dan abah, Kaklong , ayum n ain...sepanjang Auni belajar di Sabah mak n abah lah orang yang paling banyak berjasa..dari segi duit, kasih syang, perhatian, keikhlasan...diaorang lah yang paling Auni SALUTE..Kedua Auni nak ucapkan terima kasih kepada para pensyarah kerana banyak memberi ilmu yang sangat berguna. Terima juga kepada rakan-rakan wani, athira, yati zulai, will, vi,zi, masniah, kak ayu, huda dan semuanya. begitu juga kawan-kawan palapes yang dirindui...Adel, affy n anis yang sangat auni sayangi... SPECIALLY to suhail my best frenz forever..iloveu...TERIMA KASIH SEMUANYA...ILOVEU ALLZ!!



 CONGRATULATIONS TO ALL MY FRENZ..GOODLUCK FOR NEXT CHAPTER!!




AKHIRNYA KONVO!!

Assalamualaikum
Alhamdulillah dengan Limpah dan Kurnianya telah tamatnya majlis Konvokesyen..Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat dan terbatuk-batuk dapat jugak senyum dan mengambil ijazah di atas pentas...Apa yang tak bestnyer ialah semua gambar konvo Auni tak cantik...hahaha...muka serabut sebab batuk n demam..memang rasa teruk sangat keadaan time tu...aish...tak pe...ad lagi..konvo untuk master for the next two years...Insyaallah...


** Gambar konvo x de....hahaha

MASTER PENYELIDIKAN?



Nak amik master ni bukannya senang..terutamanya kalau amik dalam bidang penyelidikan..kena cari tajuk yang betul2 sesuai untuk kita dan masa depan kita..kalau Auni, Auni fikir masa depan Auni dlu baru auni fkir untuk generasai seterusnya...bukannya apa kita kena la buat sesuatu yang betul dlu barulah kita boleh sumbangkan pada orang lain...hehehe...berbalik pada master penyelidikan tadi, bukannya sesuatu yang mudah...banyak cabaran, halangan, rintangan...ini baru nak fikir tajuk tau...belum lagi nak buat proposal dan belum lagi nak buat tesis nanti...haaa...Yang paling penting skali tajuk tu..Bila kita buat master secara penyelidikan ni banyak kelebihan berbanding coursework...sakit kepala tu memang lebih la berbanding cousework kot...tapi hasilnya memang best n power...time ni la kita boleh buat tesis kita yang betul2 top...dan kita juga akan ada satu bahan kita sendiri malah boleh dijadikan sebuah buku...Auni pun akan mengambil Master dalam bidang penyelidikan di UMS sekali lagi...auni akan membuat kajian budaya..nak tahu kajian ap?.nak tahu apa tajuk dia? Tungguuu...hehehe....Insyaallah...

Proses mencari tajuk Master...hehehe

BUAT EMAK DAN ABAH!

BUAT EMAK DAN ABAH
Pemergianku hanya sementara, yang pasti penuh rasa rindu dan sengsara, akan ku kejar sebuah cita, yang pasti memberi dirimu bahagia, ESOK DAN SELAMANYA...



PENDIDIKAN SASTERA OK KE?

Assalamualaikum,
Sebelum ni Auni ada post nk amik Master kat UKM dalam bidang kesusateraan Melayu..tapi ada yang suggest untuk amik dalam bidang Pendidikan..Pendidikan Sastera..Tapi Auni sebelum ni tiada background dalam bidang pendidkan..tapi masih boleh amik Master Pendidikan...korang tahu tak apa kelebihan klu amik Master dalam bidang pendidikan ni? Kalau Keluar blh jadi cikgu terus ke? Sapa2 yang tahu atau ad info tentang ni share2 ngan auni ok..;)


TAK LAYAK / TERLEPAS TEMUDUGA?

Assalamualaikum..
Hai..Auni ada isi SPA8 untuk adik Auni...tp auni tak faham satu benda ni..Dia kuar camni..apa maksudnya yek? Ada sapa2 tahu ke? Tolong Auni jap bagi tau ap maksud dia..hehe..Maksudnya adik Auni tak layak ke atau terlepas temuduga?


UKM target for MASTER

Langkahku Takkan berhenti,
Mencuba  yang lebih tinggi,
Mencari impian diri,
Mencapai cita-cita yang di mimpi,


Assalamualaikum
Sekarang Auni da buat keputusan untuk sambung Master di UKM di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan dalam Sarjana Sastera bidang Kesusasteraan Melayu..Insyaallah..Bulan 2 Tahun 2014 Auni akan sambung belajar di UKM Bangi...Auni memang minat belajar sastera ni..sekarang dapat peluang jadi auni pun sambung dalam bidang ni..rasa tak sabar nak sambung belajar..auni amik coursework..jadi pergi kelas cam biasa..dulu memang bercadang nak amik penyelidikan tapi bertukar arah pulak amik coursework..takpala..mungkin kat sini rezeki Auni..Sapa2 yang tengah belajar kat UKM skrg ni bolehla kongsi2 camna UKM ni...Sebelum ni Auni blaja di UMS..Mesti banyak perbezaan..Auni harap semuanya akan berjalan dengan sempurna..Insyaallah...


Untuk Hari ini..


Raya raya Sabah

Assalamualaikum

Raya Haji pun da habis..Raya haji tahun ni meriah ckit sebab auni beraya di rumah kawan2 di Sabah...Mula2 beraya di Telipok rumah Onde...Kat sana banyak mak dia sediakan mkann untuk kami. Rendang, kuih, sup daging dan yang paling best Buras..First time makan buras..hehe..Lepas da kenyang, auni n kawan2 bertolak ke Beaufort menuju ke rumah Suhaila...perjalanan makan masa 2 jam jugak..memang penat tapi raya tahun ni best..Apa pun raya kat rumah dengan keluarga sendiri memang lagi best...hehehe..





Raya Haji 2013



Assalamualaikum W.B.T
10 ZULHIJJAH 1434/15 OKTOBER2013
Sehari je lagi kita akan mneyambut Hari Raya Aidailadha..Tahun ni Auni beraya di Sabah..Memang akan berasa sayu dan sedih sebab tak dapat beraya haji dengan keluarga untuk yang keempat kalinya..Tapi Alhamdulillah walaupun tak dapat beraya dengan keluarga tapi masih dapat merayakan Raya Haji ini dengan izin Allah S.W.T.. Kepada semua yang sedang menunaikan ibadah Haji, Auni mendoakan keselamatan dan semoga sentiasa diberikan jalan yang mudah dan indah tanpa sebarang gangguan..Insyaallah.. Kepada semua kawan-kawan blogger, sahabat2, sanak saudara, kekasih hati  dan yang terutama keluarga, Auni mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha ..

IKHLAS DARI: Auni Ismail



ANDAI LELAKI TAHU



Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

WITHOUT TITLE

Yaallah...
Selama 3 tahun aku kehilangan, kau temukan kami semula tapi dalam keadaan yang berbeza...Sesungguhnya ini lah hadiah mu yang paling berharga untuk aku..Terima Kasih Yaallah..Walaupun dalam masa yang singkat tapi aku terima kerana aku yakin kau telah mengatur yang terbaik untuk aku.

Bahagia terasa seketika,
Rindu terubat wajah serupa,
Bangkit semula memori setia,
Abadikan kasih abadikan cinta,
Tapi aku tak berdaya,
Kau memberi tika aku bahagia,
Kecewa hati jiwa Sengsara,
Andai ada ruang untuk kita,
Kan ku cipta semula saat kita bersama,
Selamanya...

Arwah Hakimi Dalam Ingatan...








19 JULAI 2013

Assalamualaikum,
19/07/2013..Tarikh yang  ditunggu-tungu selama ini..tapi bila tiba ja tarikh ni rasa macam tak nak habis lagi la pulak..tapi terima la hakikat praktikal da pun habis..Alhamdulillah...
Bila praktikal da nak habis, ramai dapat kawan2 kat situ...hanafi, saiful, jue, lam n sorang budak kurus ni Din...haha..semuanya gila2...pada tarikh ni juga la anset Auni rosak..dannn pada tarikh ini juga la anset tertinggal di ofis...nasib ada si kurus Din tolong...pada tarikh ini juga lah Auni dapat hadiah paling banyak...hahaha...Din ja yang tahu apa hadiah tu kan2?  Tarikh ini juga la dapat surprise dari housemate will, zulai dan vivilin..surprise korang memang sungguh terharu..haha..dan tarikh ni juga la auni menamatkan pengajian di UMS selama 3 tahun..syukur pada tuhan di beri kesihatan yang cukup dan peluang untuk meneruskan pengajian sehingga ke hari ini...
Di apit dua orang kawan yang gila..Din n Saiful..hahaha..cam sama muka korang kat sini la..kihkih
Ini Din...Dia banyak membantu biarpun baru...hehe

Gila gambar..haha


Apapun...Auni akan ingat korang sampai bila-bila...Terima kasih kerana banyak membantu terutamanya kakitangan di Jabatan Cetak Kerajaan dan kawan-kawan....


kawan2 seangkatan praktikal...:)

nak anta tesis time hujan yang lebat...haha

jeng..jeng..tesis yg x serupa tesis..posing je lebih...:P

semua nmpk gigi...haha




AKHIRNYA JULAI TIBA!

Bulan julai? apa yang penting dan bermakna sangat bulan julai ni..? Bulan julai ni la Auni akan menghabiskan praktikal dan menamatkan pengajian selama 3 tahun di UMS..Sekejap sahaja masa berlalu...Bulan julai ni jugak auni akan pulang ke kampung setelah sekian lama tak balik..hehe..Akhirnya tiba juga bulan julai yang akan menutup tirai pengajian Ijazah..selepas ini jika ada rezeki akan kembali semula untuk membuka tirai pengajian Master..Insyaallah..Doakan kejayaan saya...:)


JODOH..


SURAT SOKONGAN

Assalamualaikum,

Start minggu ni ramai yang dah mula untuk menjalani latihan ilmiah..Auni nk bagi cadangan kat semua yang tengah buat praktikal atau akan menjalani praktikal pada masa akan datang...cadangannya ialah buat Surat Sokongan daripada tempat korang praktikal. selepas tamat praktikal kita mesti fikir soal kerja kn? jadi bila ada surat sokongan ni sekurang2nya mudah sikit untuk dapat kerja...isi borang SPA secara manual then lampirkan surat sokongan ni..kat situ korang ada kelebihan untuk dapat kerja kat tempat yang korang pilih..."Sambil Menyelam Minum Air"..Surat Sokongan ni kiranya hadiah lah untuk korang yang berpraktikal terutamanya bagi mereka yang tiada elaun semasa praktikal..sekurang2nya bila kita tamat kita ada satu benda untuk dibawa ke masa hadapan..hehe...

Kat sini Auni tunjukkan contoh Surat Sokongan yang Auni buat...Auni pun ad tiru kat internet ckit...haha..Dalam masa 5 minit dah boleh siap...

 Letter Head
Kepada yang Berkenaan,
Tuan/Puan,

SOKONGAN PERMOHONAN  JAWATAN
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
1.  Cik Auni Binti Ismail  adalah seorang pelatih yang menjalani Latihan Ilmiah di Jabatan Cetak Kerajaan. Beliau telah menjalani latihan di Seksyen Pentadbiran selama enam bulan dari 4 Februari 2013 hingga 19 Julai 2013.

2.  Di sepanjang latihan beliau di bawah penyeliaan saya, beliau sentiasa menjaga tatatertib diri dalam menjalankan tugas, sentiasa bekerjasama, patuh pada arahan yang diberikan dan di senangi oleh semua pihak. Saya yakin penuh dan tanpa ragu-ragu kepada kewibawaan beliau dalam menjalankan apa-apa tugas yang diberikan.

3. Oleh yang demikian, saya menyokong apa-apa permohonan dan yakin beliau mampu menjalankan tugas dengan jayanya jika diberi peluang pekerjaan di Jabatan Awam, Badan Berkanun dan sektor swasta.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH”

Yang Benar,


(Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim, J.P)
Pencetak Kerajaan Sabah

AKHIRNYA!

Akhirnya selesai juga urusan perpindahan dari one Borneo ke Indah Permai..barang2 pun dah diangkat tumpang di rumah kawan...insyaallah time master nanti pos la barang2 yang banyak n membazir tu..haha..Mini Tesis dan laporan pun da siap..Alhamdulillah...tungu nak selesaikan praktikal ja...lepastu boleh la pulang ke kampung setelah sekian lama tidak balik...Boleh la tolong mak menoreh..hehe..

SEBULAN SAJA LAGI...!

Assalamualaikum,

TUP TAP TAP TUP Tinggal sebulan ja lagi untuk auni habiskan praktikal...memang masa cepat je berlalu..bamyak perkara yang dilalui..ada baik ada tak berapa baik..tapi alhamdulillah laporan dan mini tesis telah pun siap hari ni..tinggal nak print je lagi...hehe..21 hb julai baliklah auni ke kelantan..dan auni harap akan kembali ke Sabah lagi untuk Pengajian Master..insyaallah..

PENGAJIAN MASTER!

Assalamualaikum,

Insyaallah auni akan meneruskan pengajian Master pulak lepas ni..sekarang ni tengah uruskan supaya dapat masuk untuk pengambilan bulan 9 ni...insyaallah auni akan amik Master of Art di UMS sekali lagi....sekarang ni tengah siapkan proposal..memang banyak yang kna buat tapi sentiasa sabar dan berusaha supaya dapat..hehe...apapun doakan auni supaya segalanya berjalan dengan lancar..AMIN....

tomorrow have a chance!


:)



BE MINE...


smile.!!


I WANT YOU KNOW



You are always on my minds. I wanna fall asleep in your arms. If i’m not with you, i dont want anyone else. My Attitude will always be based on how you treat me. I may be quiet but i have so much on my mind. People say everything happens for a reason. So when i punch you in the face bitch, Remember i have a reason. If you give me 100% i give u 1000% in return. I like you, you like me, so stop worrying about them. Worry about us. I Wish you knew how much i Love talking to you and how much i wish you were mine. Dont wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect.. I Angry because i truly love you but you ignore your promise and i still think about you day by day.. I can spend literally whole day thinking about you..ONLY YOU..i dont ask much, i just want you with me all the time..give me a feel that i with you just now..i hope u understand me...I LOVE YOU..ONLY YOU MY DEAR..
“Send Me a Cute Goodnight Text while me Sleeping, so i Wakes  Up with a Smile on my Face”

TAK SIAPA YANG TAHU


Tak mudah untuk kita mengambil hati orang..dan tak mudah juga untuk orang tu mengetahui apa yang tersirat kat hati ni..kadang2 apa yang orang tu buat takkan puaskan hati kita. Tapi bagi orang tu dia rasa sudah cukup puaskan hati kita..kita hanya mahu dia tahu dan kita mahu dia amik tahu..memang dia tak tahu apa yang kita nak tapi kita nak dia tahu dan faham sendiri..tak payah kita bagi tahu..pening pulak dengan ayat ni...korang memang takkan tahu...aku sorang je yang faham..hahaha



JADI 'PA' DATUK!


>> ASSALAMUALAIKUM <<

Hahaha..tetibe gelak..bukan ap..tapi hari ni ak jadi PA Datuk lagi..! Menggantikan tempat PA nya yang cuti..Macam tak layak pulak rasanya...pelajar praktikal je kan..tapi ketua kerani kat sini percaya dengan kebolehan aku...haha..bukannya buat ap sangat pun...just lipat2 surat khabar n kena tahu la Datuk tu g mane..hehe...at least ad jugak pengalaman jadi PA..tapi bosan jugak jadi PA..Tngok ap aku wat...huhuhu

Tadaa...haha...main snap2..tangkap gambar sendiri...:P
biliknya sangat luas dripada bilik bos...hehe..








BINTANG RINDU


SURPRISE FOR YOU SUHAIL,

Today i miss you..so i made this just for u my dear..
Nama untuk hadiah ni ‘Bintang Rindu’ sebab ak wat bintang2 kecik ni masa aku rindu hang..

I MISS U A LOT..


PEREMPUAN CANTIK DIPANCARKAN CAHAYA BULAN


Sayang rasanya jika cerita ini tdk dikongsi dan hnya di simpan sahaja...cerita ini merupakan cerita rakyat hasil kajian saya di Kudat..ini merupakan cerita rakyat suku kaum Rungus..cerita ini telah diolah sepenuhnya ke dalam bentuk bacaan yang lebih mudah..JOM BACA



Kehadiran bulan membuat langit malam menjadi lebih indah. Langit malam ini terlihat begitu indah dengan kehadiran cahaya bulan, bintang bertaburan di atas langit gelap yang membentang. Malam itu, sebuah desa dihujani dengan cahaya. Malam ini bulan lebih terang dari biasanya kerana keinginan hati seorang perempuan cantik yang telah memperindahnya. Malam itu bulan sangat terang. Seorang perempuan cantik duduk di bawahnya menunggui bulan yang sedang bermain cahaya. Mata perempuan cantik itu sangat jernih , sejernih rasa ingin tahunya kepada semua hal berkaitan bulan. Setiap hari selalu ada pertanyaan , dan selalu harus menemukan keajaiban.
“Wahai bulan yang terang, pancarkanlah cahaya tampan mu itu kepadaku. Andainya aku bersamamu bahagialah aku selamanya.”. Nyanyi seorang perempuan cantik yang bernama Ambang.

Setiap malam, Ambang akan meminta kepada bulan supaya dipancarkan kepada dia. Setelah sekian lama dia meminta, akhirnya bulan yang paling terang bernama Tonton memenuhi permintaan iaitu memancarkan cahaya kepada dia.  Maka, Ambang telah di bawa ke bulan. Di bulan, Ambang telah berkahwin dengan Tonton. Tonton berasa kasihan akan Ambang.

“Kasihan lah kau wahai isteriku yang cantik . Wajahmu ‘bagai bulan dipagar bintang’. Sedangkan badan saya kecil sahaja, lagipun saya akan berubah-ubah mengikut keadaan bulan.” Kata Tonton.
Ambang berasa sedih.
“Janganlah kau berubah lagi wahai Tonton.”
“Tidak boleh begitu wahai isteri. Bila bulan beralih saya juga akan beralih. Lihatlah keadaan saya ini yang membelakangkan kamu. Saya akan menceraikan kamu kerana selepas ini saya bukan lagi bulan yang tampan kerana saya akan jadi kecil.”
“Walaupun kau tidak tampan selepas ini, aku tetap mahukan kau.” Jawab Ambang dalam keadaan sedih.
“Sebab itulah semasa kau meminta supaya dipancarkan cahaya kami tidak memenuhinya, tapi kau meminta juga dan kami pancarkan cahaya kepada kau dan sekarang inilah akibatnya. Kita terpaksa bercerai juga. Lagipu kau sudah berkahwin.” Kata Tonton.
“Tonton berasa sangat sedih dan berharap mereka kan berjumpa lagi.
Gunung pantai tinggi merawan,
Nampak dari padang temu,
Buah hati tinggallah puan,
Ada jodoh kita bertemu.

Walaupun Ambang menangis-nangis supaya tidak diceraikan, namun Tonton tetap menceraikan Ambang kerana selepas ini Tonton akan menjadi bulan yang sangat kecil seperti ulat. Oleh itu, Tonton menunjukkan laluan kepada Ambang menuju ke rumahnya. Laluan sebelah kanan adalah jalan pulang manakala laluan sebelah kiri adalah laluan hantu. Oleh kerana Ambang berjalan dalam keadaan menangis, dia tersalah laluan. Ambang mengikuti laluan kiri yang ada hantu. Nasib Ambang baik keran terjumpa hantu yang baik dan tampan.

“Nasib baik kau jumpa aku, kalau kau jumpa hantu-hantu yang lain, pasti kau sudah dimakan oleh mereka. Oleh kerana kau sudah sampai di sini, maka saya akan berkahwin dengan kau. Jadi kamu harus tingal di rumah saya kerana takut hantu lain nampak kau.”
Ambang hanya mengikut permintaan hantu itu kerana dia merasakan tidak akan dapat pulang ke rumahnya semula. Namun, hantu itu meletakkan beberapa syarat.
“Kau tidak boleh mandi di sungai kerana ada pelbagai jenis bunga yang tumbuh di sungai. Jika kau tercabut makan akan ada bahaya yang datang.” Kata hantu.

Semenjak itu, Ambang hanya duduk di rumah dan segala kerja mengangkut air dilakukan oleh suaminya itu. Jadi begiulah hidup mereka sekian lama. Ambang tidak dapat menahan perasaannya untuk mengetahui bunga yang terdapat di sungai itu.
“Agaknya, apa yang ada di sungai dan bunga apa yang dilarang itu. Aku harus mengetahuinya.” Ambang tertanya-tanya.

Semasa suaminya keluar, Ambang mengambil kesempatan untuk pergi ke sungai. Kelihatan pelbagai jenis bunga yang tumbuh di situ. Ambang mencabutnya satu demi satu. Ketika suaminya pulang, suaminya sangat terkejut kerana melihat kesemua bunga telah di cabut.
“Ambang, kenapa kau mencabut bunga-bunga ini? Bunga ini ialah tali pusat hantu-hantu di sini. Jadi kalau dicabut hantu-hantu itu akan mati. Jika begini abang pun akan mati kerana kau juga telah mencabut tali pusat abang.”

Suaminya berasa kecewa dengan Ambang kerana mengingkari dia. Oleh kerana suaminya akan mati tidak lama lagi, suaminya mahu menghantar Ambang pulang ke kampungnya semula. Suaminya hanya menunjuk jalan pulang. Laluan sebelah kanan adalah laluan menuju ke rumahnya manakala laluan kiri adalah laluan yang tidak bagus. Ambang berasa sangat sedih dan bersalah. Oleh kerana itu, Ambang mengikuti laluan yang salah iaitu laluan sebelah kiri. Ambang terjumpa seorang lagi hantu yang bernama Kalatagu. Kalatagu merupakan hantu perempuan. Kalatagu mempunyai niat yang tidak baik kepada Ambang.

“Hoi perempuan, marilah kita bertukar pakaian kita. Aku akan menunjukkan engkau jalan pulang. Kata Kalatagu.
Ambang hanya mengikut kehendak Kalatagu. setelah mereka bertukar pakaian, Kalatagu membawa Ambang pula ke rumahnya. Namun sebelum sampai, Kalatagu telah menumpahkan arang pada badan Ambang. Maka, hilanglah keacntikan Ambang. Setelah sampai di rumah, Ambang telah dikurungkan di dalam reban ayam. Kalatagu telah menyamar sebagai Ambang.
“Abang, saya sudah pulang.” Kata Kalatagu yang sedang menyamar.
“Eh, kenapa suara kau berubah?” Tanya suami.
“Suara saya begini kerana sedang demam.” Jawab Kalatagu.
Suaminya itu mempercayai kata-kata Kalatagu. Oleh itu, mereka hiduplah sebagai suami isteri. Suatu hari, Adik perempuan kepada suaminya datang ke rumah.
“Abang, kenapa kau kurung isteri kau dalam reban ayam?” Tanya adiknya itu.
“Eh, yang di dalam reban ayam itu bukan manusia, itu ayam.” Jawab abangnya.
“Isteri abang yang berpakaian cantik itu hantu. Bukan isteri abang!”
“Abang tidak percaya! Kau datang sini mahu bergurau pula.” Ketawa abangnya.
Adiknya berasa sangat marah, lalu mengambil Ambang dari reban ayam dan membawa Ambang ke sungai. Dia berharap supaya sungai itu dapat memandikan Ambang.
“Hoi sungai, bolehkah kau memandikan orang yang kotor?” 
“Tidak, aku tidak berkemampuan.” Jawab sungai.
Oleh itu, adiknya membwa Ambang ke sungai yang kedua. Namun, sungai kedua juga tidak boleh memandikan Ambang. Sehinggalah sungai yang ketujuh.
“Hoi sungai, bolehkah kau memandikan orang yang kotor dan membersihkan sepenuhnya?” Tanya si adik.
“Boleh.” Jawab sungai.
Tanpa membuang masa, adik iparnya terus menolak Ambang ke dalam sungai. Namun, Ambang telah di rebut oleh buaya-buaya.
“Hai, apalah nasib kau ini Ambang. ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’.” Adiknya mengeluh.
Ambang telah dimakan oleh buaya. Namun, nasib Ambang baik kerana apabila di makan Ambang akan keluar semula melalui punggung buaya. Bertukar-tukar buaya menelan Ambang sehinggalah buaya ke tujuh. Ambang telah bersih sepenuhnya dan hilang kehitaman pada badannya. Pakaiannya juga telah ada. Ambang kelihatan cantik kembali. Adik iparnya membawa Ambang ke rumah suaminya.
“Siapa yang kamu bawa balik itu?” Tanya abangnya.
“Ha, ini lah isteri kamu yang sebenar, yang kamu kurung di reban ayam itu. Jadi kalau kamu mahu dia kembali, bunuh hantu yang menyamar itu. Kalau kamu tidak mahu bunuh, saya yang akan membunuh kau.” Jawab adiknya.

Tanpa berlengah, abangnya terus membunuh Kalatagu yang menyamar sebagai isterinya. Setelah dibunuh Kalatagu telah di humban ke dalam hutan. Semasa dihumban, jari kelingking Kalatagu telah tercabut. Lalu tumbuh sepohon pokok yang penuh duri. Pokok tersebut dinamakan pokok Kalatagu. Setelah Kalatagu mati, suaminya mengambil kembali Ambang sebagai isterinya. Hiduplah mereka sebagai suami isteri yang bahagia.

>>TAMAT<<

Kalau nak copy please inform me ok..:)