Sayang rasanya jika cerita
ini tdk dikongsi dan hnya di simpan sahaja...cerita ini merupakan cerita rakyat
hasil kajian saya di Kudat..ini merupakan cerita rakyat suku kaum
Rungus..cerita ini telah diolah sepenuhnya ke dalam bentuk bacaan yang lebih
mudah..JOM BACA
Kehadiran bulan membuat langit malam
menjadi lebih indah. Langit malam ini terlihat begitu indah dengan kehadiran
cahaya bulan, bintang bertaburan di atas langit gelap yang membentang. Malam
itu, sebuah desa dihujani dengan cahaya. Malam ini bulan lebih terang dari
biasanya kerana keinginan hati seorang perempuan cantik yang telah
memperindahnya. Malam itu bulan sangat terang. Seorang perempuan cantik duduk
di bawahnya menunggui bulan yang sedang bermain cahaya. Mata perempuan cantik
itu sangat jernih , sejernih rasa ingin tahunya kepada semua hal berkaitan
bulan. Setiap hari selalu ada pertanyaan , dan selalu harus menemukan
keajaiban.
“Wahai bulan yang terang, pancarkanlah
cahaya tampan mu itu kepadaku. Andainya aku bersamamu bahagialah aku selamanya.”.
Nyanyi seorang perempuan cantik yang bernama Ambang.
Setiap malam, Ambang akan meminta
kepada bulan supaya dipancarkan kepada dia. Setelah sekian lama dia meminta,
akhirnya bulan yang paling terang bernama Tonton memenuhi permintaan iaitu
memancarkan cahaya kepada dia. Maka,
Ambang telah di bawa ke bulan. Di bulan, Ambang telah berkahwin dengan Tonton.
Tonton berasa kasihan akan Ambang.
“Kasihan lah kau wahai isteriku yang
cantik . Wajahmu ‘bagai bulan dipagar bintang’. Sedangkan badan saya kecil
sahaja, lagipun saya akan berubah-ubah mengikut keadaan bulan.” Kata Tonton.
Ambang berasa sedih.
“Janganlah kau berubah lagi wahai
Tonton.”
“Tidak boleh begitu wahai isteri. Bila
bulan beralih saya juga akan beralih. Lihatlah keadaan saya ini yang
membelakangkan kamu. Saya akan menceraikan kamu kerana selepas ini saya bukan
lagi bulan yang tampan kerana saya akan jadi kecil.”
“Walaupun kau tidak tampan selepas ini,
aku tetap mahukan kau.” Jawab Ambang dalam keadaan sedih.
“Sebab itulah semasa kau meminta supaya
dipancarkan cahaya kami tidak memenuhinya, tapi kau meminta juga dan kami
pancarkan cahaya kepada kau dan sekarang inilah akibatnya. Kita terpaksa
bercerai juga. Lagipu kau sudah berkahwin.” Kata Tonton.
“Tonton berasa sangat sedih dan
berharap mereka kan berjumpa lagi.
Gunung
pantai tinggi merawan,
Nampak dari
padang temu,
Buah hati
tinggallah puan,
Ada jodoh
kita bertemu.
Walaupun Ambang menangis-nangis supaya
tidak diceraikan, namun Tonton tetap menceraikan Ambang kerana selepas ini
Tonton akan menjadi bulan yang sangat kecil seperti ulat. Oleh itu, Tonton
menunjukkan laluan kepada Ambang menuju ke rumahnya. Laluan sebelah kanan
adalah jalan pulang manakala laluan sebelah kiri adalah laluan hantu. Oleh kerana
Ambang berjalan dalam keadaan menangis, dia tersalah laluan. Ambang mengikuti
laluan kiri yang ada hantu. Nasib Ambang baik keran terjumpa hantu yang baik
dan tampan.
“Nasib baik kau jumpa aku, kalau kau
jumpa hantu-hantu yang lain, pasti kau sudah dimakan oleh mereka. Oleh kerana
kau sudah sampai di sini, maka saya akan berkahwin dengan kau. Jadi kamu harus
tingal di rumah saya kerana takut hantu lain nampak kau.”
Ambang hanya mengikut permintaan hantu
itu kerana dia merasakan tidak akan dapat pulang ke rumahnya semula. Namun,
hantu itu meletakkan beberapa syarat.
“Kau tidak boleh mandi di sungai kerana
ada pelbagai jenis bunga yang tumbuh di sungai. Jika kau tercabut makan akan
ada bahaya yang datang.” Kata hantu.
Semenjak itu, Ambang hanya duduk di
rumah dan segala kerja mengangkut air dilakukan oleh suaminya itu. Jadi
begiulah hidup mereka sekian lama. Ambang tidak dapat menahan perasaannya untuk
mengetahui bunga yang terdapat di sungai itu.
“Agaknya, apa yang ada di sungai dan
bunga apa yang dilarang itu. Aku harus mengetahuinya.” Ambang tertanya-tanya.
Semasa suaminya keluar, Ambang
mengambil kesempatan untuk pergi ke sungai. Kelihatan pelbagai jenis bunga yang
tumbuh di situ. Ambang mencabutnya satu demi satu. Ketika suaminya pulang,
suaminya sangat terkejut kerana melihat kesemua bunga telah di cabut.
“Ambang, kenapa kau mencabut
bunga-bunga ini? Bunga ini ialah tali pusat hantu-hantu di sini. Jadi kalau
dicabut hantu-hantu itu akan mati. Jika begini abang pun akan mati kerana kau
juga telah mencabut tali pusat abang.”
Suaminya berasa kecewa dengan Ambang
kerana mengingkari dia. Oleh kerana suaminya akan mati tidak lama lagi,
suaminya mahu menghantar Ambang pulang ke kampungnya semula. Suaminya hanya
menunjuk jalan pulang. Laluan sebelah kanan adalah laluan menuju ke rumahnya
manakala laluan kiri adalah laluan yang tidak bagus. Ambang berasa sangat sedih
dan bersalah. Oleh kerana itu, Ambang mengikuti laluan yang salah iaitu laluan
sebelah kiri. Ambang terjumpa seorang lagi hantu yang bernama Kalatagu. Kalatagu
merupakan hantu perempuan. Kalatagu mempunyai niat yang tidak baik kepada
Ambang.
“Hoi perempuan, marilah kita bertukar
pakaian kita. Aku akan menunjukkan engkau jalan pulang. Kata Kalatagu.
Ambang hanya mengikut kehendak
Kalatagu. setelah mereka bertukar pakaian, Kalatagu membawa Ambang pula ke
rumahnya. Namun sebelum sampai, Kalatagu telah menumpahkan arang pada badan
Ambang. Maka, hilanglah keacntikan Ambang. Setelah sampai di rumah, Ambang
telah dikurungkan di dalam reban ayam. Kalatagu telah menyamar sebagai Ambang.
“Abang, saya sudah pulang.” Kata
Kalatagu yang sedang menyamar.
“Eh, kenapa suara kau berubah?” Tanya
suami.
“Suara saya begini kerana sedang
demam.” Jawab Kalatagu.
Suaminya itu mempercayai kata-kata
Kalatagu. Oleh itu, mereka hiduplah sebagai suami isteri. Suatu hari, Adik
perempuan kepada suaminya datang ke rumah.
“Abang, kenapa kau kurung isteri kau
dalam reban ayam?” Tanya adiknya itu.
“Eh, yang di dalam reban ayam itu bukan
manusia, itu ayam.” Jawab abangnya.
“Isteri abang yang berpakaian cantik
itu hantu. Bukan isteri abang!”
“Abang tidak percaya! Kau datang sini
mahu bergurau pula.” Ketawa abangnya.
Adiknya berasa sangat marah, lalu
mengambil Ambang dari reban ayam dan membawa Ambang ke sungai. Dia berharap
supaya sungai itu dapat memandikan Ambang.
“Hoi sungai, bolehkah kau memandikan
orang yang kotor?”
“Tidak, aku tidak berkemampuan.” Jawab
sungai.
Oleh itu, adiknya membwa Ambang ke
sungai yang kedua. Namun, sungai kedua juga tidak boleh memandikan Ambang.
Sehinggalah sungai yang ketujuh.
“Hoi sungai, bolehkah kau memandikan
orang yang kotor dan membersihkan sepenuhnya?” Tanya si adik.
“Boleh.” Jawab sungai.
Tanpa membuang masa, adik iparnya terus
menolak Ambang ke dalam sungai. Namun, Ambang telah di rebut oleh buaya-buaya.
“Hai, apalah nasib kau ini Ambang.
‘Sudah jatuh ditimpa tangga’.” Adiknya mengeluh.
Ambang telah dimakan oleh buaya. Namun,
nasib Ambang baik kerana apabila di makan Ambang akan keluar semula melalui
punggung buaya. Bertukar-tukar buaya menelan Ambang sehinggalah buaya ke tujuh.
Ambang telah bersih sepenuhnya dan hilang kehitaman pada badannya. Pakaiannya
juga telah ada. Ambang kelihatan cantik kembali. Adik iparnya membawa Ambang ke
rumah suaminya.
“Siapa yang kamu bawa balik itu?” Tanya
abangnya.
“Ha, ini lah isteri kamu yang sebenar,
yang kamu kurung di reban ayam itu. Jadi kalau kamu mahu dia kembali, bunuh
hantu yang menyamar itu. Kalau kamu tidak mahu bunuh, saya yang akan membunuh
kau.” Jawab adiknya.
Tanpa berlengah, abangnya terus
membunuh Kalatagu yang menyamar sebagai isterinya. Setelah dibunuh Kalatagu
telah di humban ke dalam hutan. Semasa dihumban, jari kelingking Kalatagu telah
tercabut. Lalu tumbuh sepohon pokok yang penuh duri. Pokok tersebut dinamakan
pokok Kalatagu. Setelah Kalatagu mati, suaminya mengambil kembali Ambang
sebagai isterinya. Hiduplah mereka sebagai suami isteri yang bahagia.
>>TAMAT<<
Kalau nak copy please inform me ok..:)
No comments:
Post a Comment