MACAM-MACAM BAH






Assalamualaikum..da habis exam kan..jom kita berhibur jap dgn seloka ni....hehe...ingat tak zaman sekolah2 dulu selalu ad seloka mengenai pelajar dalam kelas kita kan..ha..ni auni ad wat seloka yang diberi tajuk ‘macam-macam bah’..seloka ni macam zaman sekolah dulu2 la ni....hahaha...dulu pun auni da pernah buat iaitu ‘Hikayat sps’ ingat x? hahah..tapi yang ni khas untuk kawan-kawan penulisan seramai 63 orang tolak auni jd 62..huhu. Ad ayat yang tak masuk melodi sebab da tak ad idea. Ad jgk yg 4, 5, 6 baris..yg 2 baris pun ad..haha.. Jadi main hentam je..hehe..saje je sebagai hiburan..semua ni hanya gurauan..jangan la tersentuh hati ok...jom kita ENJOY!!!...

Jom LAYAN intro dulu...!
Kisah Bermula di sini,
Sekolah Pengajian Seni,
Bermacam ragam bermacam aksi,
Idea tak pernah henti,
Kalah teater kalah tari,
Yang diam adalah kami.
kelas tak pernah lari,
selalu rendah diri,
Ramai wanita dari lelaki,
Itulah kami,
pelajar penulisan paling ramai sekali.

START HERE!!
Pakwe dari kota marudu,
Cepat tacing cepat terharu,
Inilah kawanku dari sabah di bawah bayu,
Siti zulaiha sebelah rumahku,
Tapi jarang lah kami bertemu.

Paling ceria paling happy,
Kalau tak de dia sunyi sekali,
Mintak apa semuanya bagi,
Dialah sahabat ku yati.

Wajahnya redup seakan ibu,
Pandang sekali terus terpaku,
Azizah senyum beribu,
Buat hati jadi layu.

Wani mail kawan rapat,
Kalau download memamg hebat,
Kerja aku suka menyakat,
Dia terima walaupun kelat,
Kaulah kawanku yang tererat.

Ariswanto nama tersohor,
Dalam sekolah dia paling mashyur,
Datang kelas naik motor,
Bersama Fai liyana kekasih nya si ariswanto.

Abdul Hadi orang berbudi,
Bila pandang sejuk hati,
Suara serak basah empunya diri,
Main gitar dia yang terror sekali.

Dalam kelas senyap menyendiri,
Kalau duduk depan sekali,
Selalu nampak busy,
Syidah kawan yang berilmu tinggi.

Datang dari lahad datu,
Sangat cantik sungguh ayu,
Pakai baju kurung selalu,
Siti masniah aktif selalu.

Duduk selalu belakang,
Mengata dari belakang,
Bergurau tak lekang,
Itu la yunus sipitang.

Mira macam lidi,
Tapi hebat sekali,
Semuanya buat sendiri,
Aktif rupanya dia ni.

Dua-dua awet muda,
Muka lebih kurang sama,
Tak jauh berbeza,
Ceria sentiasa,
Kak siti dan achik cool sentiasa.

Lain orang lain bahasa,
Kadang-kadang kuar bahasa jawa,
Entah datang dari mana,
Farhana gadis bisa.

Nik zawahir mukanya putih,
Bersemangat waja,
Nampak macam letih,
Kawad sampai senja.

Dalam kelas memang nik nasrullah diam,
Tapi bila bercakap wat orang seram,
Kata-kata bukan hentam,
Tapi datang dari hati yang dalam.

Main bola memang hebat,
Kalau bercakap penuh lawak,
Datang kelas jarang cepat,
Fendi la idola masyarakat,

Maslijan paling sejarah,
Pelajar idaman semua pensyarah,
Terkenal satu sekolah,
Buat kerja bukannya di kerah,
Tapi datang dari hati yang ikhlas.

Alice pelajar pintar,
Assignment cepat hantar,
Selselah kawan rapat,
Datang kelas slalu cepat.

Otak memang teori,
Memang bijak sekali,
Selalu melekat di library,
Itulah welter yang paling tinggi.

Dia ni memang kiut,
Orangnya memang rajin,
Nama dia apuyut,
Tesis tebal tak boleh tanding...

Sering bersama tak kira masa,
Dalam kelas pun duduk sama,
Vivilin, sal dan will sentiasa bergaya,
Sentiasa menjadi idaman putera..

Azarita dan hafizah,
Diam-diam tapi berisi,
Dua-dua dari sabah,
Bila mereka senyum manis sekali.

Manis semanis gula,
Cantik secantik angkasa,
Effy cantik segala
Buat orang terpesona.

Suhaila orangnya pemalu,
Tak sombong senyum selalu.

Ini cerita nuyue, syaindah & dila,
semuanya duduk di indah permai,
Datang kelas sama-sama,
Masuk kelas penuh sempoi,

Ilah gadis comel,
Ayu bertudung,
Nmpak ckit montel,
Da ada orang sayang.

Wani mahmad memang kecik,
Tapi comel tambah kiut,
Fatimah kawan erat,
Sama rajin sama hebat.

Lin orang kelantan,
Kalau bercakap penuh semangat,
Ita kawan seangkatan,
Cantik terus terpikat.

Orangnya lembut skali,
Otak bijak, dekan 5 kali,
Panggilan wawa oleh kami,
Kunorhidzwah tetap lelaki.

Cantik si gadis ayu,
cantik seperti gunung kinabalu,
wajah berseri selembut bayu,
itulah dia kak ayu.

Dia ni memang tak pernah diam,
Ad je yang lawak yang terpendam,
Bila dia sebut memang mendalam,
Syafiqah suka menyampuk terus terang,

Kecik-kecik cili api,
Kecik lagi yg sorang ni,
Dia ni putih berseri,
Inilah dia ifa ahadi.
Yang paling cute sekali.

Yan memang power,
Aku suka cara dia,
Tapi tak tahu la kenapa,
suka la gelagat dia yg slumber.

Suria dan Ana kawan rapat,
Tak boleh jauh slalu kena dekat,
Memang terlalu erat,
Bagai kayu dengan pahat.
  
Junaiddah, afiqah, laila,
Duduk kolej A,
Jaguh dalam memasak.
Kalau datang bilik mereka konfirm berasap,
Hidangan cukup lazat,

Nampak macam lesu,
Muka macam cina,
Ini lah dia jesu,
Selalu bersama si dia.

Anis jadi ibu,
Dapat anak satu,
Comel tambah gebu,
geram rasa nak picit2 selalu..

Tiga-tiga dari kelantan,
Huda cantik rupawan,
Sharifah indah di pandangan
Fatin manis senyuman,
Semuanya memang jelitawan.

Orangnya memang gigih,
Wan mohd fakih,
Tabik pada usahanya selama 2 tahun lebih.

Mokhtar nama terkenal,
Azreen nama sebenar,
Tak tahu nak cakap apa,
Blur sentiasa,
Langsung tak terasa,
Walau orang mengata,
“Kau datang kelas buat apa”,
“Aku pun tak tahu kenapa”.

Ridhuan penuh selamba,
Datang kelas pakai selipe,
Tapi penuh bergaya.

Wan gadis suksis,
Cantik tambah manis,
Datang dari perlis,
Wan rozalia bakal polis.

Ini pula wani wahab,
Orangnya penuh adab,
Tak banyak cekadak,
Tak pernah sentap.

Ini lah kakak kita,
Zuliana cantik bergaya,
Sentiasa nampak muda,
Macam sebaya kita.

Kejap ada,
Kejap tiada,
Munirah yang paling selamba,
slalu buat orang gila.

Were jejaka tampan,
manis dalam senyuman,
Empunya gadis rupawan,
Dalam hati ada taman.

Ini pula zarini,
Nampak macam sepi,
Rupanya ada je kat sini,
Sekolah pengajian seni.

PENUTUP!!...

Janganlah kita bersengketa,
Janganlah kita berdusta,
3 tahun kita mengharunginya,
Hadapi suka duka,
Gelak bersama,
Menangis bersama,
Inilah memori kita,
Takkan pernah lupa,
Takkan pernah sia-sia,
Sahabat selamanya......



p/s: peace..!..:) ...heheheheh...@_@














4 comments:

  1. bila baca seloka ni, boleh taw setiap sorang punya attitude.. rindu zaman skolah dulu.. dulu time skolah, kat majalah sekolah penuh pasai seloka kelas masing2.. HAHA

    ReplyDelete
  2. haha..2 la kan..kalau dulu2 kat mjalah sekolah prkara pertama yg nk tngok gambar yg kedua seloka cmni la..hehe...mmg best baca...:)

    ReplyDelete
  3. terbaik la !!! diam2 ubi berisi erk..
    gud luck!

    ReplyDelete