REVIEW PRODUK SATIN SKINZ

Assalamualaikum


Hari ni nak reviu produk Satin Skinz. Ramai juga yang tanya Auni melalui email sebab auni ada mention di post sebelumnya. Auni telah pilih produk Satin Skinz. Kenapa Auni pilih? Sebab auni tengok banyak reviu yang bagus2 mengenai produk ni dan auni juga ada terbaca bahawa produk ni boleh putih seawal 7 hari. Jadi tanpa berasa was was auni pun mencuba produk ini. Setelah sebulan auni makan Satin Skinz ni ternyata ianya sangat mengecewakan auni. Auni bercakap secara jujur sebagai seorang pengguna. hehe. Auni makan setiap pagi 2 biji dan setiap malam sebelum tidur 2 biji. Sampai la sebulan dah habis. Hasilnya sikit pun auni tak nampak. Memang sangat kecewa sebab auni beli dengan harga rm110..Mungkin salah auni jugak sebab tak banyak minum air. Orang kata kalau makan produk2 camni kena banyak minum air. Emm..Itu lah padahnya tak banyak minum air. Lagi satu mungkin ikut jenis kulit jugak kot. ada orang senang je putih..makan seminggu pun dah putih. Macam auni makan sebulan tak jugak nampak kesannya. Bila dah habis makan Satin Skinz ni auni terus stop. mungkin kalau makan dua tiga bulan baru putih kot. Kan orang kata kalau nak putih, cantik kena sabar. Tapi bila sebulan da makan tapi tak ada kesan langsung memang hilang sabar la..hehe..Lagipun duit tak berapa ramai. Jadi jangan nak ngada2 guna produk mahal2..nanti bila dah habis tak boleh nak beli balik..

Untuk sesiapa yang nak mencuba boleh la cuba. Ini sekadar jawapan auni kepada setiap pertanyaan yang dituju melalui email dan ig. Auni bercakap secara jujur. Mungkin produk Satin Skinz ni memang tak sesuai dengan auni. Sekarang ni Auni tengah cuba produk Emilay Whitening pula sebab produk ni agak murah dan rata2 pengguna nampak berpuas hati. Allahuallam. Sama2 lah kita tunggu Keputusannya nanti.