3 TAHUN KEHIDUPANKU



Kita pasti rindu,
Suatu ketika dahulu kita lalui bersama,
Penuh rasa suka dan duka.

Penghujung tahun tiga dah makin hampir..dalam masa tiga bulan lagi aku akan menghabiskan pengajian di UMS...Terkenang kembali kisah dahulu ketika bersama kawan2 mengharungi segala suka duka untuk mendapat segulung ijazah...bukan mudah...pelbagai cabaran yang perlu ditempuh...kadang2 rasa macam putus asa...biasalah bila dah duduk jauh jumpa pulak kawan2 yang macam2 perangai jiwa jadi kacau..hehe..tapi ini semua la yang membuat kan kita belajar erti kehidupan...macammana kita tempuh, kita hadapi...jadi pelajar universiti ni kalau tak ada masalah memang bukan pelajar la...assignment, kawan, bas, tempat tinggal, result, duit and so onn...ini semua memang masalah la...nak taknak kena terima je..redha...haha..semua ni la yang mengajar kita erti kehidupan...Memang banyak pengalaman yang aku dapat di bumi Sabah ni..Cepat betul masa berlalu...lepas ni kena tempuh alam pekerjaan pulak...yang ni memang lagi mencabar...kalau masa belajar boleh ponteng2 lagi...bila da kerja kena lebih berdisiplin...

PERKARA YANG AKU TAK TIPU?
:::> Aku rindu kawan- kawan <:::

susah aku nak cakap rindu kawan ni...tapi aku pun ada hati n perasaan..walaupun banyak terasa hati dengan kawan2 tapi dengan diaorang la aku bersama2 masa belajar..g library, makan, cop kan tempat dalam kelas, tunggu bas, jalan kaki, g one b kk, ponteng kelas dengan tirah, rancang taknak p klas ngan wani, zulai, anis...hehe...semua ni la yang aku rindu...:(

aku tahu kawan2 yang seangkatan dengan aku pun akan rasa apa yang aku rasa...rindu..rasa macam tak nak habis lagi...apa pun ini lah kehidupan...semuanya masa depan...tak ada masa belakang...Alhamdulillah sepanjang aku belajar result aku baik...terima kasih banyak2 kat mak ayah aku yang banyak membantu dari segi kewangan...aku sangat bersyukur sebab dapat mak ayah macam diaorang yang sangat memahami dan sentiasa menyokong aku..Trima kasih pada cinta hati suhail abubakar sebab hang la tempat aku menangis..dan terima kasih pada kawan2 sebab sudi jadi kawan aku...nsyaallah bulan 10 Konvokesyen kita semua bersama kembali..







 “BILA KITA MENANGIS BUKAN HANYA KERANA KITA SEDIH TETAPI KERANA KITA BERJAYA, BILA KITA KETAWA BUKAN HANYA KERANA KITA GEMBIRA TETAPI KERANA KEGAGALAN YANG TELAH MENSIA-SIAKAN KEHIDUPAN.”


Baca "KISAHKU DI UMS">>>> KLIK SINI


No comments:

Post a Comment