2 in 1 Moisture Balm Lipcolor by Silky Girl

Assalamualaikum


Hari ni nak buat reviu mengenai gincu bibir atau lebih dikenali sebagai 'Lipstick'. Tapi yang ni special sikit sebab ia 2 in 1 iaitu gabungan Lipstick dan Lip-Balm.  Auni akan buat reviu mengenai produk keluaran baru Silky Girl iaitu 2 in 1 Moisture Balm Lipcolor Silky Girl.
Kebiasaanya korang akan apply Lipstick dulu kan lepastu baru Lip-Gloss. Produk 2 in 1 Moisture Balm Lipcolor Silky Girl menggabungkan Lipstick & Lip-Balm. Senangkan? Hasilnya sangat cantik tau. Ada pelbagai pilihan warna yang menarik.
Auni telah memilih warna peach sebagai pilihan Auni sebab warna peach ni dia tak terlampau pekat dan tak terlampau cair warna dia. sesuai dengan kulit muka auni yang tak berapa putih ni. Ikut kesesuaian masing-masing. Lain orang lain cita rasa kan. Auni beli lipstick ni di Watson dengan harga RM 15.80.


SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment