Semalam pergi Labuan. Dengar orang kata macam best. Tapi Auni rasa Labuan tu tak ada apa yang menarik pun. Apa yang Auni bayangkan tentang Labuan tu semuanya salah. Sampai sahaja di Labuan Ingatkan ada berderet orang jual coklat tapi tak berapa banyak pun. Labuan terkenal dengan barang bebas cukai seperti coklat, rokok, arak dan minyak wangi.. Kedai-kedai untuk beli coklat bukannya satu tempat tapi berpecah-pecah. Tapi terubat jugaklah sebab dapat rasa naik Feri..First time..Kalau nak pergi Labuan kena la sewa atau bawak keta sendiri. Barulah korang boleh pergi tempat2 yang menarik di Labuan kot.
Informasi pendek:
* Harga tiket bas dari kk ke Menumbok - RM18.00 - 2 jam 15 Minit
* Harga tiket Feri dari Menumbok ke Labuan - RM2.50 (untuk yg ada IC) - 1 Jam 30 minit
* Kalau naik ‘Speedboat’ dari Menumbok ke Labuan - RM7.50 - 30 Minit je.
* PENTING: Masa perjalanan feri adalah seperti gambar di bawah. Kalau terlepas feri jangan risau. Speed boat sentiasa ada tapi mahal sikit la.
-Ketika duduk di atas feri-
Gambar tak berapa banyak sebab tak de tempat yang best untuk di ambil gambar. hehe..
No comments:
Post a Comment