BILA HATI DISAKITI, MATI LEBIH BEERTI!!


BILA HATI DISAKITI, MATI LEBIH BEERTI!!
Bila cinta di sakiti,
Aku membawa diri,
Terlukanya hati ku ini,
Tak tahu bagaimana lagi,
Tagih cinta simpati,
Tapi Tak dipeduli,
Aku pergi yang takkan kembali,
Untuk mengubat luka di hati,
Membawa cinta yang abadi.

“Aku meletak kau di tempat yang paling tinggi dalam hidup aku. Kau nak tahu apa yang aku fikirkan sepanjang hari aku? Aku hanya fikirkan kau dan terus fikirkan kau. Setiap saat, setiap minit tak pernah wajah kau hilang dalam fikiran aku. Besarkan cinta aku? Tapi...Aku kecewa. Kecewa sebab kau tidak meletakkan aku di tempat yang paling tinggi sama seperti aku. Wujud kah cinta kau terhadap aku? Hancur hati aku bila kau tak pernah fikir aku dalam hidup kau. Aku tahu aku bodoh. Tak sepandai kau. Aku bodoh tagih cinta setiap masa dari kau. Bodoh untuk berjumpa dengan kau setiap hari. Aku ni siapa bagi kau? Aku terasa seperti sampah. Bila kau taknak, kau buang. Kau lupakan aku. Duit. Duit. Duit. Kau nak duit kan? Kau nak kesenangan? Dan yang paling kau nak kereta kan? Aku tahu aku tak mampu bagi kau semua tu. Aku hanya dapat bagi 10 ringit. Duit makan untuk kau. Duit rokok untuk kau. Itu je yang aku mampu. Tapi dalam hati ni kau nak tahu. Aku nak belikan kereta untuk kau supaya kau tak abaikan aku. Setiap masa kau hanya fikirkan kereta. Kereta. Sampai kau gadai moto kita semata-mata untuk kereta. Pernah kau terfikir nak belikan aku baju kurung?pernah kau terfikir nak belikan aku hadiah? Pernah kau fikir apa yang aku nak? Semua yang kau bagi, semua yang kau beli kerana paksa. Kau tak sedar ke yang kau dah tak ada sesiapa selain aku. Mak ayah kau pun tak pedulikan kau. Kau hanya ada aku. Tapi nyata kau tak sedar. Kau lebih dengar lebih percaya kata kawan-kawan yang memperbodohkan kau. Aku kau buang. Aku yang kau mainkan. Mainkan perasaan aku yang pada kau senang untuk dipujuk. Sangat senang. Aku marah kau. Tapi marah aku pernah kau peduli? Tak. Sedikit pun kau tak berubah. Aku haus dengan cinta kau. Aku lapar dengan sayang kau. Aku mahu cinta kau yang dulu. Yang setia bersama aku bukan kerana paksa tapi kerana cinta yang rela. Tak usahlah kau kembalikan cinta kita yang dulu. Kau takkan bertemu aku kembali kerana diri aku, cinta aku terhadap kau sudah mati. Aku hanya ingin kau tahu. Selama hidup aku bersama kau, aku hanya inginkan kau. Tapi, Kau telah sakiti hati aku. Kau berjaya sakiti cinta aku. Selamat tinggal cinta.”

DARI: cinta seorang gadis
KEPADA: yang membuang cinta

No comments:

Post a Comment