KEKASIH atau KAWAN?



KEKASIH atau KAWAN?
Aku mengenali erti kawan selama 23 tahun tetapi aku LEBIH mengenali kekasih dengan hanya selama 3 tahun


Umur semakin meningkat dan lebih banyak perkara yang kita lalui. Salah satunya hidup berkawan yang penuh dengan cabaran. Ikut kata hati jangan ikut kata kawan..jawapan yang aku dapat selama 23 tahun..
Orang kata jangan terlalu percayakan kekasih. Tapi bagi aku aku lebih percayakan kekasih aku sendiri daripada kawan..sebab aku tak pernah jumpa kasih sayang melalui kawan..aku jumpa kasih sayang itu melalui seorang kekasih..apa yang aku dapat adalah kedukaan apabila aku bersama kawan..dan aku dapat kegembiraan bila bersama kekasih..yang selalu memahami, dengar cerita bodoh aku adalah kekasih bukan kawan...aku tak pernah menyesal jika aku kehilangan kawan hanya kerana kekasih...kerana hati aku sentiasa mengatakan aku perlukan kekasih daripada seorang kawan..dan hati aku juga mengatakan kekasih tidak akan meninggalkan aku seperti kawan yang meninggalkan aku..kekasih juga lah yang mengukir senyuman di bibir aku..tapi kawan telah menghancurkan senyuman ku..cinta seorang kekasih lebih nyata daripada cinta seorang kawan yang penuh kepalsuan...dan sekarang aku memilih kekasih dan bukannya kawan...ikut kata hati lebih beerti dan bukannya mati...

Jangan kau pandang bibir yang manis,
Kerna dia bisa menghancurkan,
Jangan pandang wajah yang indah,
Kerna dia bisa meracunmu,
Dengar wahai teman,
Dengarkan bersama,
Aku menulis bukan kerna nama.
Kita semuanya sama,
Apa yang ada hanyalah kehidupan.
(adaptasi daripada lagu Bukan Kerna Nama)

Hati aku telah terguris oleh kawan. Tapi diubat oleh kekasih..kawan telah mengalirkan airmata aku..tetapi kekasih yang telah menghapuskan air mata aku..hari2 sepi aku telah dihiburkan oleh kekasih...Rinduku bukan lagi untuk mu kawan tapi untuk kekasih yang telah banyak mengorbankan hari2 nya untuk mengubati kedukaan aku..kawan, kau singgah sekejap dalam hidup aku, kau pernah berikan aku sedikit kegembiraan, kau isi sedikit sepi aku. Tapi aku percaya kekasih akan singgah selamanya dan akan terus berikan kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup aku dan tidak akan biarkan aku kesepian kecuali mati.

P/S:  ini kata hati dari aku.. Lain orang lain pendapat. Perjalanan kehidupan masing2 berbeza...
         DAN LAGI SATU PENTINGKAN IBUBAPA! Kerana mereka yang paling memahami kita...i  really love them..miss u all..:(



We Were never Actually Friends


Tiada istilah wajib dalam berkawan...? Ada orang tak boleh hidup tanpa sahabat...kalau tak ada kawan nanti tak boleh nak share crite, tak boleh nak gosip2, tak ada orang nak teman, takut duk sorg2...ini biasa la bg seorang wanita..kadang2 kita tak boleh nak percaya kawan 100%..hari ni mungkin sahabat karib tapi esok lusa mungkin akan jadi musuh kita...kena berhati2 mase berkawan...lain orang lain ragam...kita tak tahu hati orang..ad kwn yg hnya nak ambik kesempatan...BFF Bestfriend Forever? boleh pakai ke ayat ni? zaman sekarang ni dah tak ada bff la...semuanya pentingkan diri..tak cakap orang lain...tapi aku pun pentingkan diri sekarang ni berbanding kawan...sebab aku da banyak belajar erti sahabat...tak salah buat baik dan tak salah juga buat jahat...kadang2 diri kena jadi jahat supaya kawan2 tak pijak kita...tapi jangan jadi terlalu jahat sebab ia akan menyusahkan kita juga..aku mengaku, aku tak pernah harapkan ada kawan yang boleh berkawan untuk selamanya....sebab manusia boleh berubah dan akan berubah...

Pentingkan diri dan jangan pentingkan kawan...ini lah hakikat yang perlu kita terima untuk jalani kehidupan di dunia pada masa sekarang...kita boleh tolong, bantu kawan tapi jangan berlebih untuk menunjukkan kebaikan...letak dalam hati kita yang buat baik kerana ALLAH bukan kerana kawan...ia lebih bahagia lebih ikhlas untuk diterima jika kawan yang kita tolong akan meninggalkan kita suatu hari nanti..kawan tak akan jadi seperti bintang yang setia menunggu bulan.


kawan vs lawan
kalau berkawan biar ada sempadan,
manusia punya ragam,
tiada kawan kekal berpanjangan,
hidup tak semesti berteman,
takut kawan jadi lawan.
kawan senang dicari untu bersuka, bergembira 
tapi susah dicari untuk berkongsi duka.

First Giveaway by MisEyz

First Giveaway by MisEyz
KLIK BANNER
|
|
(@_@)

Segmen: Aswan Azmy Mencari Bloglist March 2013

Segmen: Aswan Azmy Mencari Bloglist March 2013
|
|
KLIK

MAJLIS JCK

MAJLIS JASAMU DIKENANG JABATAN CETAK KERAJAAN

Berakhir sudah majlis makan malam di Hotel Shang Ri la's Tanjung Aru KK...X pernah pergi dinner sebelum ni jadi kelam kabut ckit..hehe..baru 2 mingu berpraktikal kat cni da dapat g dinner..dapat makan 8 jenis makanan hotel yang pelik2..haha..pape pun ini la pengalaman yang berbeza.."Have a Nice Day!!" (say someone)...ok..its really nice...hehe..
simple je...satu gambar je yg ad..x de kamera kan..hehe

GIVEAWAY GOSSIP GIRL


GIVEAWAY GOSSIP GIRL


  X perlu entry berjela
  Kopipes dan komen sahaja
  Tunggu tarikh pengumuman hadiah anda
  Hanya follow dan like AQOUSTICA ZATI

HADIAH
SATU NOVEL "SEMILIR CINTA"
5 RIBBON BROOCHES
5 HEART BOOKMARK CORNER + 10 STICK BOOKMARK
20 LAMINATED BLOGGER BOOKMARK
9 LOLLIPOP ICE CREAM

50 PEMENANG 

*SEMUA PESERTA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST + hadiah penghargaan sebab join. p/s : x mahal pun.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WARDROBE CLEARANCE - SHAWL, PASHMINA, TUDUNG BAWAL
WARDROBE CLEARANCE - NOVEL

SEGMEN REVIEW BLOG BY DJH 2

Segmen Review Blog By DJH 2
klik banner 4 join..

PUISI "KASIH SI TUA"



PUISI "KASIH SI TUA"
(Puisi ini dibuat melalui kisah benar seorang ibu 
yang ditinggalkan oleh anaknya hampir 10 tahun sehingga kini)

Senja di waktu siang,
Saat anak-anak kecil ketawa riang,
Terpancar cahaya terang,
Daun-daun melambai tenang,
Duduk terkenang aku seorang,
Diri tua yang sangat malang.

Air mata sering bergenang,
Hidup aku dalam kekosongan,
mengharap kasih orang,
Namun tiada berpanjangan, 
Terus menghilang.

Aku sedar, 
Diriku yang sangat malang,
Berselindung disebalik rumah usang,
Wajah anak-anak sering terbayang,
Namun,
Aku menanti penuh tenang,
Kerana akulah si tua yang menunggu kasih dan sayang.

(Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada, kelak menyesal tidak berguna)

"HI BUDAK COMEL!"

PENGALAMAN atau IJAZAH?

DIPETIK DARI HARIAN METRO
Mana satu lebih penting PENGALAMAN ATAU IJAZAH?
Belajar tinggi-tinggi, nanti senang cari kerja. Tapi bila masa pula nak cari pengalaman kalau sibuk belajar? Memadaikah ijazah tanpa pengalaman? Mana satu ya? MURSHID EUNOS bersama pelatih Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS), NOOR'JANAH ABDULLAH SANI, mendapatkan pandangan orang awam mengenai senario ini.
KITA mungkin sudah biasa mendengar. Orang yang mempunyai pengalaman jauh lebih berjaya daripada graduan yang memiliki ijazah. Lagi dahsyat, ada yang memiliki ijazah tapi tiada pekerjaan. 
Membimbangkan juga apabila graduan menjadi penganggur terhormat hanya kerana terlalu memilih kerja atau terjerat dengan 'mangsa kemelesetan ekonomi'. 


Berlainan dengan mereka yang hanya mempunyai pengalaman. Namun apakah benar memiliki pengalaman itu suatu platform untuk berjaya?

Kadang-kala, faktor memilih kerja di kalangan graduan berbanding orang yang 'belajar tak tinggi' pun boleh menjadi satu isu majikan beralih mencari pekerja berpengalaman. Cuba fikirkan semula, kedua-duanya penting, bukan?

Kalau nak tahu apa pandangan mereka klik SINI

Kawan2 boleh bagi pendapat..nak tahu juga mana satu lebih penting..:)



MENANG REVIEW BLOG!


Hehe..setelah sekian lama join segmen or ap2 contest akhirnya berjaya juga!!haha..review blog je..tapi menang jgk..ini la review oleh cik Nor Farahuda..

Blog 1

CLICK SINI untuk terjah ke blog beliau =D

Blog beliau diberi nama Auni Blog. Ha, blog dia bertemakan pink dan hitam. Satu combination yang menarik juga. hehe, hurm blog beliau ok dan tak lambat loadingnya. So senanglah korang nak blogwalking di blog Auni ni. Speednye laju, tak lambat macam siput *good job dear! =D*. Header beliau juga tampak menarik dengan pelbagai hiasan. DAH ok! =D

Tapi, sorry to say...Sebab blog awak tampak agak berserabut. Cadangan huda, kurangkan widget awak supaya nampak lagi kemas. Lagi satu, kalau awak tukar background awak, Insyallah blog awak nampak lagi cantik! =D. Try your best and happy blogging. ^^


Pemenang Review Blog - 2x



KENALI UMS


SEBELUM MASUK IPTA?
Salam Ahad semua..hari ni auni nak cerita mengenai IPTA tempat auni belajar. Sebelum tu Auni nak ceritakan sikit sebelum auni masuk ke sini. Sebenarnya pilihan pertama auni ialah UPSI. nak jadi cikgu..tapi rezeki tak ada...alhamdulillah dapat Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sebelum masuk sini macam2 rintangan yang auni hadapi. Masalah utama ialah duit. auni dari keluarga yang susah. jadi untuk pergi ke SABAH memang banyak pakai duit. rase mcm da giveup. yang auni paling sedih, mak hampir2 nak jual kereta. tapi atas sokongan family auni pergi jugak Sabah. sorang2 pulak 2.Mmg sedih la sebab kena berpisah ngan family ..jauh pulak 2...macam2 perasaan ad. ada juga terfikir keadaaan negeri Sabah ni. mesti hutan, pedalaman, mesti lain macam la. Tapi itu semua andaiaan.kenapa aidaian? baca seterusnya.


SAMPAI DI AIRPORT KOTA KINABALU?
Sampai je sini rasa gelisah. sebab tak tahu nak tuju mana. rupanya ada kakak2 abang2 senior yang da tungu..senang la untuk kita yang junior ni nak pergi ums.
mase naik bas, tengok sepanjang perjalanan memang berbeza dengan semennjung..Tapi....Cantik betul pemandangan kat sini. dikelilingi laut..mase ni x dapat kawan lagi..ad sorang tapi berpisah kemudiannya sebab lain2 hostel.


SAMPAI DI UMS?
Rasa sedih bila sampai sini. sebab tengok mak ayah diaorang tolong angkat beg anak2..hehe..sebab hostel auni atas bukit. ums ni kawasan bukit. jadi bila ankat beg sorg2 yang berat jadi teringat kat family..Sampai kat Bilik..ada roomate..satu bilik 4 orang tapi mase 2 baru ada sorang namanya ATHIRAH. Kawan yang pertama. tengok dia menngis..rupa2nya dia penat sebab ankat beg n sedih la..hehe

MINGGU SUAI MESRA?
 seramai hampir 4000 lebih pelajar baru yang masuk UMS. memang ramai...first skali pergi Dewan cancelor. memang besar dewan dia..kalah u lain. kat sini kami diperkenalkan dengan UMS. Tahu2 la kan..selama 2 minggu...memamg satu pengalamn yang berat.hehe...

MASA BELAJAR?
Sekarang da masuk tahun 3...rasa da besar la..hehe..senior kan..kat sini kami x panggil fakulti macam u lain. kami panggil sekolah. auni duduk di Sekolah pengajian seni. Ijazah Sarjana Muda Sastera (seni kreatif). mula2 tak tahu ap bendenya ni..ingatkan melukis...rupa-rupanya kami kena belajar menari, berteater, menulis, melukis pun...waa..memang ,mncabar..da la langsung tak de basic. mase tahun satu memang penat...macam2 latihan kena pergi..masuk sem 3 kami kena pilih major. kena pilih tari, teater atau penulisan..jadi auni amik PENULISAN. berkarya la pulak..hehe..bidang ni yang sesuai dengan auni..kawan pun da makin bertambah..bezanya sekolah seni ni dengan sekolah lain ialah kami ni lebih mengenali antara satu sama lain..lebih ramai kawan..sebab sekolah kami banyak event..memang best...

APA KEISTIMEWAAN UMS?
Kalau nak cakap pasal keistimewaan memang banyak...lokasi ums kat atas bukit memang cantik..sejuk lagi..hehe..ums ni jalan dia senang..ia berbentuk bulatan..tak bersepah2 tempat dia..senang nak cari..dalam ums jugak ad laut iaitu ODEC...kalau tension2 g la situ..dlm ums je..
auni mengaku ums tak terlampau terikat seperti u lain..agak bebas ckit dari segi pakaian..ikut hari la...tapi jangan pakai ketat pulak..hehe..nak tahu ap yang best ums ni kan?jom tengok gambar.

KENANGAN PAHIT DAN MANIS?
Adat belajar dan berkawan pasti ad geloranya..kenangan pahit bila kita gaduh ngan kawan. bukan tumbuk2 tapi sikit2 je...itu je la yang pahit. yang manis pulak, Auni dapat cinta hati kat sini. Dan akan kekal sehingga akhir hayat..amin...hehe...lagi...ramai kawan,,memang sangat ramai..

mesti bosan kan baca..hehe..jom tengok gambar ums yang cantik..:)

Dari pintu masuk korang boleh nampak macam ni..yang atas tu CANSELORI...

Ni view ums dari atas..

Canselori ums

masjid ums...auni raya haji kat sini je la..x dapat balik
kampung..jauh..sedih2..hehe

ha..ni la sekolah auni iaitu sekolah pengajian seni..
sekolah yang paling sibuk dan riuh..hehe

ni pemandangan hostel..

ni..dewan canselor yang sangat besar..

temgok..betul2 ats bukit..best..angin sejuk je..:)

ni ODEC UMS..dalam ums ad pantai..:)

library ums yang banyak membantu...

bas ums yang banyak berjasa..:)

konvo nanti cmni la..besar...

ini jalan nak g ums peak..memang tinggi..mencabar fizikal dan mental. 
ada masa luang boleh lah kita daki..hehe


kolej kediaman



ONE BORNEO
Pusat beli belah terbesar di Borneo..sebelah ums je ni..jalan kaki pun leh..
kalau saja nak jalan2 atau nak beli barang kami pergi sini..
ad wayang karoke, sume la..hehe


Sekarang auni rasa sangat bertuah sebab dapat belajar kat sini..semuanya indah...bayu yang dingin, panas yang sederhana..kat sini jugak korang leh tengok betapa rajinnya anak muda seumur 5 tahun bekerja..memang sedih..kebanyakan budak kat sini bekerja jadi cleaner dan sebagainya..memang berbeza di semennjung...moto pun kurang  kat sabah..diaorg naik bus...bus memang banyak...apapun pun pada adik Husna x rugi blaja Kat SABAH ni..pengalaman memang luas..tak macam apa yang kita fikirkan..sabah bukan lagi pedalaman..tapi bandar yang hebat..:)

apa2 pun gudluck to adik Husna..semoga berjaya melanjutkan pelajaran..:)