MAKANAN TRADISI SUKU KAUM BAJAU SAMAH


Hye semua!!
Hari ni auni nak kongsi sikit tentang MAKANAN TRADISI SUKU KAUM BAJAU SAMAH...
Makanan ni telah disediakan oleh penduduk Kampung Sebayan Kudat, Sabah...mereka merupakan penduduk awal yang mendiami Kudat.
Auni  bukanlah orang sabah tapi Auni telah wat kajian ni untuk mini tesis auni..jadi dah pun siap, da hantar da pun..hehe..
So auni nak share lah sikit sebab makanan ni belum lagi diperkenalkan..disamping mempromosikan
Sabah...Negeri Sabah sebenarnya kaya dengan pelbagai jenis makanan..tapi masih belum ramai yang kaji...Makanan tradisi Bajau Samah memang berbeza dari segi bahan dan penghasilannya....kalau tengok pada nama makanan macam sama tapi memang berbeza...kalau korang nak tahu teruskan tengok gambar di bawah ok..:)

IKAN REBUS / LOKBUEK
Ikan kukus atau dikenali sebagai ‘Lokbuek’ oleh masyarakat Bajau merupakan masakan yang sangat enak. Hidangan ini sangat digemari oleh masyarakat Bajau kerana pembuatannya yang sangat mudah. Hidangan ini sesuai di makan bersama nasi putih.
BAHAN-BAHAN
5 ekor Ikan putih/Ikan sapi
2 batang Serai
Halia
Kunyit
Lada hijau
Asam limau

KERABU KAMPUNG / PISUK UBI KAYU
Kerabu kampung atau dikenali sebagai ‘Pisuk Ubi Kayu’ oleh masyarakat Bajau Sama merupakan hidangan makan tengah hari yang popular oleh suku kaum ini. Cara penyediaan yang mudah dan penggunaan bahan yang ringkas namun memberikan rasa dan aroma yang cukup menyenangkan. 
BAHAN-BAHAN
 Pucuk Ubi Kayu  -  Direbus dan ditoskan air.
 Bawang kecil
 Halia
 Kelapa  -  Yang telah diparut
  Cili

SAMBAL UDANG

Sambal udang merupakan makanan tradisi Bajau yang masih popular dalam kalangan masyarakat Bajau Sama di Kampung Sebayan. Keunikan dari segi rasa menambahkan selera bagi sesiapa yang menikmati hidangan ini.  
BAHAN-BAHAN 
Udang – yang telah direbus dan ditumbuk.
Bawang Merah – ditumbuk
Bawang Putih
Halia - ditumbuk              
Asam Limau
Lada

KETAM MASAK KUKUS
Hidangan ini adalah masakan yang paling ringkas. Ketam atau ‘Kabau’ yang dipanggil oleh masyarakat Bajau adalah makanan laut yang paling popular dalam kalangan masyarakat ini. Hal ini kerana kehidupan mereka yang rata-ratanya terdiri daripda nelayan. 
BAHAN-BAHAN
Ketam
Air 

INI LAH ANTARA MASAKAN BAJAU SAMAH...KALAU ADA YANG NAK RESEPI BOLEHLAH REQUEST OK..COMMENT JE KAT BAWAH NI..NANTI AUNI BAGI..:)..MANELAH TAHU NAK CUBA BUAT..HEHE

TERIMA KASIH
                                                      











No comments:

Post a Comment