Hari ni aku nak luahkan rasa kecewa terhadap sistem pentadbiran di universiti. Terutama sekali kalau aku nak dapatkan pengesahan dari pegawai. Tiap-tiap kali nak dapatkan pengesahan dari pegawai tak pernah memuaskan hati aku ni. Alasan yang sering diberi ialah MEETING! Pernah time aku naik bas pastu kena jalan kaki tengah2 panas untuk sampai ke pejabat tu dengan nak kejar kelas lagi...tapi bila sampai nak mintak tandatangan dari pegawai tapiii...alahai kerani kat depan tu cakap datang balik dalam jam 4 sebab pegawai meeting..! Aku ada kelas la jam 2.30 sampai jam 5..nak tahu tak? itu pun ak ponteng setengah jam sebab sebenarnya kelas ak jam 2 semata2 nak mintak tandatangan tu...mana tak nya...time kita klas baru diaorg ada..nak jumpa dalam jam 12:00 ke 2:00 tu diaorg da rehat...cmna nak jumpa? Kadang2 pergi jam 11:45 da rehat...susah la macam ni...Perkara-perkara macamni pelajar akan kalah..ya la...kami kan pelajar..kena la faham kerja diaorang...diaorang takkan faham kerja pelajar...kalau kita mengadu sekali pun apa yang pelajar dapat..Ada tu pekerja yang jawab sambil lewa dan ada juga yang kurang sopan..rasanya setiap pekerja ada etika kerja masing2...kan dah diberi gaji...jadi buatla kerja dengan baik. Hakikatnya aku memang kecewa!!!
Tiap kali aku pergi,
Mesti jawapan meeting lagi,
Pergi lagi sekali,
Jawapan tu tak henti-henti.
Buka aku mengada-ngada,
Cuma curah rasa kecewa,
Pergi dan kembali tak pernah gembira,
Nak dapatkan sain memang susah gila.
Hati mana tak membara,
Dari ijazah sampai sarjana,
Semuanya tetap sama,
Nak jumpa pasti tak ada.
Sampai sini sahaja,
Luahan rasa kecewa,
Bukannya apa,
Saja nak bersuara,
Sebab selalu sangat kena.
Tahu tak da orang baca,
Asalkan aku tidur lena,
Sebab puas da mengata,
Sorang2 pun tak apa...
ENJOYYY!!
No comments:
Post a Comment