KECIK (DIRIMU TIADA PENGGANTI)


KECIK 
(dirimu tiada pengganti)


Hari ini, 
Aku mengenang kembali,
Kisah kita yang singkat ini,
Kau hadir bagai mimpi,
Dirimu seakan bidadari, 
Hadir meneman diri, 
Hadir Memujuk hati
Tatkala aku sunyi,
Tapi,
Aku mula sedari,
Kau mula menyendiri,
Sukar untuk aku fahami,
Rupanya,
Kau pergi tinggalkan aku sendiri,
Menangis aku tiada henti,
Sedih meratapi, 
Pergimu tiada pengganti,
Namun,
Aku mengerti,
Kau kembali pada ilahi,
Menjalankan hidup yang Abadi.
(27/03/2014)

Sempat jugak dia tido dalam ni. Buat khas untuk dia..:(

Ini kisah seekor kucing yang sangat baik. Nama dia kecik atau imel sebab dia kecik lagi...Mula-mula su yang jumpa Kecik duduk kat tangga. Su suruh aku amik kecik bawak balik. Masa tu keadaan kecik teruk sangat. Kurus dan berkurap. Kesian tengok keadaan kecik masa tu. Jadi aku amik bela Kecik. Aku janji akan jaga kecik sampai dia elok. Aku bagi dia makan pastu aku mandikan kecik. Kecik memang sangat manja dan baik. Dia tak boleh tengok aku duduk. Kalau aku duduk mesti kecik nak duduk atas aku..Sikap manja kecik buat aku makin bertambah sayang kat dia. Dan yang paling bagus masa mandi dia duk diam je. Tak kisah pun Aku mandikan dia. Dah masuk 4 hari aku bela kecik. Kecik nampak makin bersih. Kurap dia pun makin kurang. Bila aku bangun pagi aku tengok air kencing kecik merata-rata. Ak marah kat kecik pagi tu sebab dia kencing merata2 padahal sebelum ni dia kencing kat bilik air je. Aku mandikan kecik sebab dia bau busuk. Lepas mandikan dia n lap sikit aku letak dia kat luar kononnya marah la ngan perangai dia tu. Dia nak masuk dalam balik tapi aku tak bagi. Padahal kecik sakit kaki sebab jatuh kerusi 2 hari lepas. Petang tu aku nampak dari atas kecik ada kat bawah, kat taman permainan. Kesian aku tengok dia. Petang tu aku keluar sebab nak belikan kecik makanan.Aku n Su beli 7 paket whiskas dan air susu untuk kecik.

Sempat jugak dia makan satu whiskas..

Aku sampai malam. Masa aku balik, aku dengan su cari kecik sebab nak bagi dia tidur kat rumah aku n nak bagi makan. Tapi Kecik Hilang. Aku tahu kecik merajuk dengan aku sebab letak dia kat luar. Merata2 cari dia..slalunya kalau panggil je senang je dia datang. Tiba2 ada sekor kucing ni datang. Dia macam nak bagi tahu sesuatu. Su pun ikut la dia. Tiba-tiba muncul kecik kearah su. Keadaan kecik macam lemah sangat. Kecik langsung tak berbunyi. Jadi aku dukung Kecik naik atas. Masa aku dukung dia tu dia tidur. Sampai je rumah aku bagi dia makan whiskas yg baru beli tu n minum susu. Dia mula nampak makin segar. Tapi kecik macam lain perangai dia. Dia duduk dalam bilik air gelap. Aku panggil dia keluar. Tapi Slalunya dia nak sangat tido dekat aku tapi malam tu kecik pergi tido kat tempat ak letak kasut. Ak pun tak kisah la mungkin dia selesa kat situ. Malam tu aku mesej Su. Aku mengadu pasal kecik sebab kecik macam merajuk ngan aku lagi. Tido ngan aku pun tak nak. Su cakap dia penat tu. Emm..Aku pun biarkan je la kecik tido kat tempat kasut tu. Esok pagi aku bangun sebab teringat kat Kecik. Takut dia lapar. Lagipun tak sabar nak bagi kecik makan whiskas lagi. Aku bangun tengok macam bersih je bilik air. Slalunya Kecik Berak kat dalam bilik air tu. Aku pun pergi kat kecik. Bila dekat dengan dia tu ak panggil kecik. Tapi kecik tak menyahut macam selalu. Aku mula takut sebab aku tahu dia dah takde...Aku cuba panggil dia jugak..Bila aku tarik kasut yang kecik peluk memang kecik dah tak ada. Badan dia keras kaku. Aku menangis sebab tengok dia mati dalam keadaan yang tenang je. Bersih tak seperti dia sebelum ni berkurap. Aku sedih sangat sebab dia sempat makan apa yang aku beli untuk dia. Baru separuh dia makan. Sampai sekarang aku tertanya2 kenapa kecik mati. Dan sampai sekarang aku salahkan diri aku. Tapi sekarang kecik mesti hepy ada kat syurga. Dia boleh makan sedap2 dan ada orang yang lebih baik jaga dia kat sana. Rindu sangat kat dia...:(


1 comment:

  1. sedih pulak baca ni... semoga kecik tenang di sana...

    ReplyDelete