PENGALAMAN atau IJAZAH?

DIPETIK DARI HARIAN METRO
Mana satu lebih penting PENGALAMAN ATAU IJAZAH?
Belajar tinggi-tinggi, nanti senang cari kerja. Tapi bila masa pula nak cari pengalaman kalau sibuk belajar? Memadaikah ijazah tanpa pengalaman? Mana satu ya? MURSHID EUNOS bersama pelatih Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS), NOOR'JANAH ABDULLAH SANI, mendapatkan pandangan orang awam mengenai senario ini.
KITA mungkin sudah biasa mendengar. Orang yang mempunyai pengalaman jauh lebih berjaya daripada graduan yang memiliki ijazah. Lagi dahsyat, ada yang memiliki ijazah tapi tiada pekerjaan. 
Membimbangkan juga apabila graduan menjadi penganggur terhormat hanya kerana terlalu memilih kerja atau terjerat dengan 'mangsa kemelesetan ekonomi'. 


Berlainan dengan mereka yang hanya mempunyai pengalaman. Namun apakah benar memiliki pengalaman itu suatu platform untuk berjaya?

Kadang-kala, faktor memilih kerja di kalangan graduan berbanding orang yang 'belajar tak tinggi' pun boleh menjadi satu isu majikan beralih mencari pekerja berpengalaman. Cuba fikirkan semula, kedua-duanya penting, bukan?

Kalau nak tahu apa pandangan mereka klik SINI

Kawan2 boleh bagi pendapat..nak tahu juga mana satu lebih penting..:)



2 comments:

  1. mempunyai pengalaman memang bagus, tetapi memerlukan masa yang lama untuk naik (pangkat dan gaji). mempunyai kelulusan saja memang tidak mencukupi, tetapi jika dapat masuk dalam pasaran kerja, basic gaji lebih tinggi.

    apa yang saya buat, ketika cuti penghujung tahun (penghujung sem 2), saya berkerja di bengkel/kilang mana2 saja yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan kerana saya mengambil kursus kejuruteraan.

    oleh itu, dapat memberi sedikit pengalaman... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..pandangan yang beza..disamping ad kerja dapat juga pengalaman...macam 2 ke?

      Delete