Cintaku di Sabah


CINTAKU DI SABAH
(Puisi ini didedikasikan kepada cinta hati Suhail bin Abu Bakar)

Saat aku memejamkan mataku,
Terkenang kisah kita yang lalu,
Dua tahun menyulam kasih dan rindu,
Wajahmu bertamu,
Jiwa aku bercelaru,
Baru aku tahu,
Kuatnya aura cinta dan kasihmu,
Membuatku mengubah haluan ku,
Dari Melaka ke Sabah di bawah bayu,
Mencari cintaku yang satu,
Tak boleh berpisah darimu,
Kerana cintaku hanya untukmu.

No comments:

Post a Comment