BILA KITA MULA BERJUMPA, BORAK PANJANG-PANJANG, MAKAN DAN GELAK SAMA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

* Ala-ala lagu BE mine..:-P
Bila Kita start mula berjumpa,
Kita selalu keluar sama,
Borak panjang-panjang, makan dan gelak sama,
Bila kita start mula bercerita,
Semua kenangan keluar semula,
Tahan air mata, takut over terlebih pula,
Tapi dalam hati rasa nak mula semula.

**Monolog jap...:-0
Aku terdiam sepi, terpandang di satu sudut ruangan yang seharusnya ramai. Terngiang-ngiang suara-suara teman yang takkan pernah aku lupakan. SPS menjadi suram tanpa mereka. Perlahan-lahan air mataku bergenang. Fikiranku mula melayang-layang ke masa lalu. Tangis hatiku mulai merintih merindu.

**TERIMA KASIH YA-AALLAH
Setelah tiga tahun mengharungi perjalanan sebagai seorang pelajar yang penuh perih, susah, senang, suka, duka, gembira akhirnya aku dan teman-teman seperjuanganku berjaya mendapatkan segulung ijazah yang besar ertinya buat kami. ALHAMDULILLAH YA ALLAH...Dengan izan mu kami telah berjaya dan dengan pertolongan mu juga kami berjaya menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawab dengan penuh lancar. Dengan adanya kesenangan dan kepayahan yang engkau berikan kami telah pelajari erti kehidupan.

**Ucapan Penghargaan..
Auni nak ucapkan TERIMA KASIH terutamanya mak dan abah, Kaklong , ayum n ain...sepanjang Auni belajar di Sabah mak n abah lah orang yang paling banyak berjasa..dari segi duit, kasih syang, perhatian, keikhlasan...diaorang lah yang paling Auni SALUTE..Kedua Auni nak ucapkan terima kasih kepada para pensyarah kerana banyak memberi ilmu yang sangat berguna. Terima juga kepada rakan-rakan wani, athira, yati zulai, will, vi,zi, masniah, kak ayu, huda dan semuanya. begitu juga kawan-kawan palapes yang dirindui...Adel, affy n anis yang sangat auni sayangi... SPECIALLY to suhail my best frenz forever..iloveu...TERIMA KASIH SEMUANYA...ILOVEU ALLZ!!



 CONGRATULATIONS TO ALL MY FRENZ..GOODLUCK FOR NEXT CHAPTER!!




AKHIRNYA KONVO!!

Assalamualaikum
Alhamdulillah dengan Limpah dan Kurnianya telah tamatnya majlis Konvokesyen..Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat dan terbatuk-batuk dapat jugak senyum dan mengambil ijazah di atas pentas...Apa yang tak bestnyer ialah semua gambar konvo Auni tak cantik...hahaha...muka serabut sebab batuk n demam..memang rasa teruk sangat keadaan time tu...aish...tak pe...ad lagi..konvo untuk master for the next two years...Insyaallah...


** Gambar konvo x de....hahaha

MASTER PENYELIDIKAN?



Nak amik master ni bukannya senang..terutamanya kalau amik dalam bidang penyelidikan..kena cari tajuk yang betul2 sesuai untuk kita dan masa depan kita..kalau Auni, Auni fikir masa depan Auni dlu baru auni fkir untuk generasai seterusnya...bukannya apa kita kena la buat sesuatu yang betul dlu barulah kita boleh sumbangkan pada orang lain...hehehe...berbalik pada master penyelidikan tadi, bukannya sesuatu yang mudah...banyak cabaran, halangan, rintangan...ini baru nak fikir tajuk tau...belum lagi nak buat proposal dan belum lagi nak buat tesis nanti...haaa...Yang paling penting skali tajuk tu..Bila kita buat master secara penyelidikan ni banyak kelebihan berbanding coursework...sakit kepala tu memang lebih la berbanding cousework kot...tapi hasilnya memang best n power...time ni la kita boleh buat tesis kita yang betul2 top...dan kita juga akan ada satu bahan kita sendiri malah boleh dijadikan sebuah buku...Auni pun akan mengambil Master dalam bidang penyelidikan di UMS sekali lagi...auni akan membuat kajian budaya..nak tahu kajian ap?.nak tahu apa tajuk dia? Tungguuu...hehehe....Insyaallah...

Proses mencari tajuk Master...hehehe

BUAT EMAK DAN ABAH!

BUAT EMAK DAN ABAH
Pemergianku hanya sementara, yang pasti penuh rasa rindu dan sengsara, akan ku kejar sebuah cita, yang pasti memberi dirimu bahagia, ESOK DAN SELAMANYA...



PENDIDIKAN SASTERA OK KE?

Assalamualaikum,
Sebelum ni Auni ada post nk amik Master kat UKM dalam bidang kesusateraan Melayu..tapi ada yang suggest untuk amik dalam bidang Pendidikan..Pendidikan Sastera..Tapi Auni sebelum ni tiada background dalam bidang pendidkan..tapi masih boleh amik Master Pendidikan...korang tahu tak apa kelebihan klu amik Master dalam bidang pendidikan ni? Kalau Keluar blh jadi cikgu terus ke? Sapa2 yang tahu atau ad info tentang ni share2 ngan auni ok..;)


TAK LAYAK / TERLEPAS TEMUDUGA?

Assalamualaikum..
Hai..Auni ada isi SPA8 untuk adik Auni...tp auni tak faham satu benda ni..Dia kuar camni..apa maksudnya yek? Ada sapa2 tahu ke? Tolong Auni jap bagi tau ap maksud dia..hehe..Maksudnya adik Auni tak layak ke atau terlepas temuduga?


UKM target for MASTER

Langkahku Takkan berhenti,
Mencuba  yang lebih tinggi,
Mencari impian diri,
Mencapai cita-cita yang di mimpi,


Assalamualaikum
Sekarang Auni da buat keputusan untuk sambung Master di UKM di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan dalam Sarjana Sastera bidang Kesusasteraan Melayu..Insyaallah..Bulan 2 Tahun 2014 Auni akan sambung belajar di UKM Bangi...Auni memang minat belajar sastera ni..sekarang dapat peluang jadi auni pun sambung dalam bidang ni..rasa tak sabar nak sambung belajar..auni amik coursework..jadi pergi kelas cam biasa..dulu memang bercadang nak amik penyelidikan tapi bertukar arah pulak amik coursework..takpala..mungkin kat sini rezeki Auni..Sapa2 yang tengah belajar kat UKM skrg ni bolehla kongsi2 camna UKM ni...Sebelum ni Auni blaja di UMS..Mesti banyak perbezaan..Auni harap semuanya akan berjalan dengan sempurna..Insyaallah...


Untuk Hari ini..


Raya raya Sabah

Assalamualaikum

Raya Haji pun da habis..Raya haji tahun ni meriah ckit sebab auni beraya di rumah kawan2 di Sabah...Mula2 beraya di Telipok rumah Onde...Kat sana banyak mak dia sediakan mkann untuk kami. Rendang, kuih, sup daging dan yang paling best Buras..First time makan buras..hehe..Lepas da kenyang, auni n kawan2 bertolak ke Beaufort menuju ke rumah Suhaila...perjalanan makan masa 2 jam jugak..memang penat tapi raya tahun ni best..Apa pun raya kat rumah dengan keluarga sendiri memang lagi best...hehehe..





Raya Haji 2013



Assalamualaikum W.B.T
10 ZULHIJJAH 1434/15 OKTOBER2013
Sehari je lagi kita akan mneyambut Hari Raya Aidailadha..Tahun ni Auni beraya di Sabah..Memang akan berasa sayu dan sedih sebab tak dapat beraya haji dengan keluarga untuk yang keempat kalinya..Tapi Alhamdulillah walaupun tak dapat beraya dengan keluarga tapi masih dapat merayakan Raya Haji ini dengan izin Allah S.W.T.. Kepada semua yang sedang menunaikan ibadah Haji, Auni mendoakan keselamatan dan semoga sentiasa diberikan jalan yang mudah dan indah tanpa sebarang gangguan..Insyaallah.. Kepada semua kawan-kawan blogger, sahabat2, sanak saudara, kekasih hati  dan yang terutama keluarga, Auni mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha ..

IKHLAS DARI: Auni Ismail