BUAT EMAK DAN ABAH


BUAT EMAK DAN ABAH:

Pemergianku hanya SEMENTARA,
Yang pasti penuh rasa RINDU dan SENGSARA,
Akan ku kejar sebuah CITA,
Yang pasti memberi diri mu BAHAGIA
ESOK DAN SELAMANYA.


1# SIMPLE GIVEAWAY by AA




Assalammualaikum dan salam sejahtera



http://eira-shamiera.blogspot.com/2014/03/1-simple-giveaway-by-aa.html
 ( CLICK banner untuk Join sekali :) )


TARIKH PENTING : 
MULA : 22/03/2014
TAMAT : 22/04/2014
UMUM PEMENANG : 26/04/2014




OH PEGAWAI!! AKU KECEWA!!




Hari ni aku nak luahkan rasa kecewa terhadap sistem pentadbiran di universiti. Terutama sekali kalau aku nak dapatkan pengesahan dari pegawai. Tiap-tiap kali nak dapatkan pengesahan dari pegawai tak pernah memuaskan hati aku ni. Alasan yang sering diberi ialah MEETING! Pernah time aku naik bas pastu kena jalan kaki tengah2 panas untuk sampai ke pejabat tu dengan nak kejar kelas lagi...tapi bila sampai nak mintak tandatangan dari pegawai tapiii...alahai kerani kat depan tu cakap datang balik dalam jam 4 sebab pegawai meeting..! Aku ada kelas la jam 2.30 sampai jam 5..nak tahu tak? itu pun ak ponteng setengah jam sebab sebenarnya kelas ak jam 2 semata2 nak mintak tandatangan tu...mana tak nya...time kita klas baru diaorg ada..nak jumpa dalam jam 12:00 ke 2:00 tu diaorg da rehat...cmna nak jumpa? Kadang2 pergi jam 11:45 da rehat...susah la macam ni...Perkara-perkara macamni pelajar akan kalah..ya la...kami kan pelajar..kena la faham kerja diaorang...diaorang takkan faham kerja pelajar...kalau kita mengadu sekali pun apa yang pelajar dapat..Ada tu pekerja yang jawab sambil lewa dan ada juga yang kurang sopan..rasanya setiap pekerja ada etika kerja masing2...kan dah diberi gaji...jadi buatla kerja dengan baik. Hakikatnya aku memang kecewa!!!

Tiap kali aku pergi,
Mesti jawapan meeting lagi,
Pergi lagi sekali,
Jawapan tu tak henti-henti.

Buka aku mengada-ngada,
Cuma curah rasa kecewa,
Pergi dan kembali tak pernah gembira,
Nak dapatkan sain memang susah gila.

Hati mana tak membara,
Dari ijazah sampai sarjana,
Semuanya tetap sama,
Nak jumpa pasti tak ada.

Sampai sini sahaja,
Luahan rasa kecewa,
Bukannya apa, 
Saja nak bersuara,
Sebab selalu sangat kena.

Tahu tak da orang baca,
Asalkan aku tidur lena,
Sebab puas da mengata,
Sorang2 pun tak apa...

ENJOYYY!!


Segmen : Pencarian Bloglist oleh Nazurah


HAI..NAMA SAYA OMEL...


HATI PEREMPUAN MEMANG CAMNI..SUKAR DIFAHAMI...

CONTOH 1


CONTOH 2
Lelaki dan wanita..
die= abg saye rase nak potong rambutla..
aku= potong la.. abg ok je
die= tapi....tak cantik la rambut pndek..
aku= klu mcm tu xpe la.. x payah potong
die= hmm tp abg x suke rambut pjg kn
aku= abg x kisah..
die= sye klu potong pendek lmbt nk tumbuh.. nt abg x suke. abg nk pnjang blik pulak..
aku=errr.. xpyh potongla cmtu..
die= abg ni nk mntak pendapat pun xle!! da la!..
aku= (Y..Y)..

BERSEDEKAH KEPADA ANJING


Ha..Hari ni ada sedikit rezeki masuk..Alhamdulillah...jadi bila ada rezeki masuk jangan kedekut..Hari ni Auni bersama yang tersayang memberi sedikit sumbangan pada seekor anjing terbiar yang sangt kasihan dari fizikal dan kesihatannya...memang teruk keadaan dia..sedih sangat bila tengok keadaan dia...kurus, sakit tak macam kawan2 dia yang lain..tak dapat nak bantu dia..Jadi bila ada sikit duit ni terniat nak beli makanan untuk dia...Akhirnya kami membeli ini....



Semoga ia bertambah sihat. Yaallah kau lindungilah ia daripada anjing-anjing liar yang lain. Peliharalah kesihatan ia agar ia boleh menjalani hidup seperti biasa.Terima Kasih Yaallah atas rezeki mu..Amin...

Tak semestinya bersedekah kepada manusia, bersedekahlah juga kepada haiwan, kerana haiwan juga makhluk Allah yang hidup di muka bumi ini.

GA Mac 2014 by Emas Putih

Assalamualaikum

Sila tekan banner di atas jika nak join.




Giveaway SlimFast Diet : Pencarian 40 Orang Blogger

Excited join GA ni..Tak sabar nak tahu keputusan. Sesiapa nak join boleh klik banner kat bawah ni. Tak payah nk follow banyak blog dan like banyak fanpage. Sangat mudah. Yang penting Boleh kurus kembali..:)

MARAH, MARAH, MARAH?


Pernah tak kawan-kawan alami situasi seperti ini? BILA KITA TAK NAK BUAT ORANG MARAH TAPI ORANG TU PULAK YANG BAGI KITA MARAH. Macam Auni sendiri, Auni tak nak marah-marah kalau boleh nak elakkan MARAH! tapi kena marah orang tu jugak. Sebab persaan marah tu akan datang bila orang buat kita marah. Bagi Auni, auni nak orang tu tahu yang kita marah supaya dia tak buat lagi. Tapi ada jugak situasi cmni, BILA KITA MARAH, ORANG TU TAK BOLEH TERIMA MARAH KITA PADAHAL DIA YANG SALAH. Dan lagi satu, BILA KITA TEGUR BENDA YANG DIA BUAT TU SALAH, DIA MARAH KITA DAN SECARA LANGSUNG KITA AKAN MARAH DIA BALIK. Kawan-kawan boleh faham tak? Takkan kita nak buat tak tahu sedangkan orang tu sangat rapat dengan kita. Dan adakalanya perasaan marah yang amat tu, boleh membuatkan auni menangis bila bercakap. Apapun pun sekarang ni auni tengah melatih diri untuk mengawal emosi kemarahan ni.. Auni yakin ada jalan terbaik untuk merasa bahagia dan bukannya dengan sifat marah. Insyaallah DOA kat bawah ni akan auni amalkan.

DOA HILANGKAN KEMARAHAN

Artinya: Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.