Assalamualaikum,
Auni nak share klinik2 haiwan di sekitar Kota Kinabalu. Ada kucing di tempat auni yang sakit jadi Google punya google jumpa jugak tempat untuk kucing2 ni di rawat. Ada beberapa tempt yang Auni jumpa antaranya:
1. Dr Hady Veterinary Clinic
(Kingfisher)
- Auni hantar kucing auni kebanyakannya kat sini. Sebab lebih dekat dengan Rumah Auni. Service ok la..Kucing Auni sekor ni memang dah nazak sebab kena virus drp kucing lain..bawak pergi dr hady..suntik 3 kali..Elok, aktif sampai sekarang. Tapi malangnya, kucing Auni lagi sekor muntah cacing yang banyak. pergi bawak jumpa dr hady suntik sekali je..Tapi malam tu dia mati..rupanya dia pun terkena skali virus bukan sekadar cacing je..
- Kucing tak boleh beranak pun Auni ada bawak. Kena Cas RM450..Kesian punya pasal relakan aje..Nasib ada duit time tu..hihi..Tapi selepas operate hanya 2 ekor drp 4 ekor yang hidup. Tapi yang dua tu pun hidup tak lama. Yang kesiannya Ibu kucing ni x blh beranak lagi..kena kasi mandul terus..
- Kucing tak boleh beranak pun Auni ada bawak. Kena Cas RM450..Kesian punya pasal relakan aje..Nasib ada duit time tu..hihi..Tapi selepas operate hanya 2 ekor drp 4 ekor yang hidup. Tapi yang dua tu pun hidup tak lama. Yang kesiannya Ibu kucing ni x blh beranak lagi..kena kasi mandul terus..
Ada Pet Hotel service.
Harga: RM50- RM70
No Tel: 010-766 3861
2. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak
(Kepayan)
- Kawan Auni pernah hantar kucing dia kat cni sebab cacing..Kat cni rawatan biasa2 je diaorg cek..Kalau yang teruk2 dia org suruh bawak gi swasta juga.
Harga: Murah
- Vaksin: RM21
- Ubat Cacing RM1 sebiji (Kalau pet shop RM8.50 Sbji)
No tel: 088 251 233 / 251 235
3. Sabah Animal Medical Centre
(Jalan Kolam Lorong Angsa. Sebelah petronas)
- Kat sini pun antara tempat terbaik untuk pet korang di rawat.
Harga: RM60 Keatas (blh telefon dlu)
No Tel: 088 253 481 / 019 861 8348
4. Kinabalu Animal Clinic
(Kolombong)
- Kat sini korang boleh dapatkan pelbagai services.
Klik sini klu nak tahu lebih lanjut
Harga: Kurang Pasti
No Tel: 088 385804
5. Klinik Veterinar Kepayan
(Kepayan)
- Kat sini boleh dapatkan Vaksin ye dan servis lain.
Harga Vaksin: RM20 (Kurang pasti harga yang lain)
6. Metropharm Veterinary
(Inanam)
No tel: 088 433 787
7. Companion Animal Clinic
(Lintas Jaya . Depan Open University)
No Tel: 088 728 991 - 019 832 3215
Cadangan Auni kan kalau ada duit lebih sikit lebih baik bawak pergi klinik swasta. Service diaorang lebih elok..Sebab bayar mahal kan...hihi..
Harap-harap dapat membantu.
Tips Nak tahu kucing anda terkena Virus atau tak? berdasarkan pengalaman.
- Kucing lemah.
- Kucing lemah.
- Makan minum tak nak.
- Ada cecair busuk keluar dari hidung.
(Kalau ada tanda2 macamni kena cepat2 bawak gi vet. Kalau tak dalam masa 4 hari diaorg akan mati.
Kalau ada apa-apa nak tanya boleh ke FB Page Auni>> AB Auni Blog
atau
Email auni: auniqaryailham90@gmail.com
Kucing Auni. Semua da kena bagi Ubat Cacing.