FILEM MALAYSIA BERBANGSA CINA


KECIK (DIRIMU TIADA PENGGANTI)


KECIK 
(dirimu tiada pengganti)


Hari ini, 
Aku mengenang kembali,
Kisah kita yang singkat ini,
Kau hadir bagai mimpi,
Dirimu seakan bidadari, 
Hadir meneman diri, 
Hadir Memujuk hati
Tatkala aku sunyi,
Tapi,
Aku mula sedari,
Kau mula menyendiri,
Sukar untuk aku fahami,
Rupanya,
Kau pergi tinggalkan aku sendiri,
Menangis aku tiada henti,
Sedih meratapi, 
Pergimu tiada pengganti,
Namun,
Aku mengerti,
Kau kembali pada ilahi,
Menjalankan hidup yang Abadi.
(27/03/2014)

Sempat jugak dia tido dalam ni. Buat khas untuk dia..:(

Ini kisah seekor kucing yang sangat baik. Nama dia kecik atau imel sebab dia kecik lagi...Mula-mula su yang jumpa Kecik duduk kat tangga. Su suruh aku amik kecik bawak balik. Masa tu keadaan kecik teruk sangat. Kurus dan berkurap. Kesian tengok keadaan kecik masa tu. Jadi aku amik bela Kecik. Aku janji akan jaga kecik sampai dia elok. Aku bagi dia makan pastu aku mandikan kecik. Kecik memang sangat manja dan baik. Dia tak boleh tengok aku duduk. Kalau aku duduk mesti kecik nak duduk atas aku..Sikap manja kecik buat aku makin bertambah sayang kat dia. Dan yang paling bagus masa mandi dia duk diam je. Tak kisah pun Aku mandikan dia. Dah masuk 4 hari aku bela kecik. Kecik nampak makin bersih. Kurap dia pun makin kurang. Bila aku bangun pagi aku tengok air kencing kecik merata-rata. Ak marah kat kecik pagi tu sebab dia kencing merata2 padahal sebelum ni dia kencing kat bilik air je. Aku mandikan kecik sebab dia bau busuk. Lepas mandikan dia n lap sikit aku letak dia kat luar kononnya marah la ngan perangai dia tu. Dia nak masuk dalam balik tapi aku tak bagi. Padahal kecik sakit kaki sebab jatuh kerusi 2 hari lepas. Petang tu aku nampak dari atas kecik ada kat bawah, kat taman permainan. Kesian aku tengok dia. Petang tu aku keluar sebab nak belikan kecik makanan.Aku n Su beli 7 paket whiskas dan air susu untuk kecik.

Sempat jugak dia makan satu whiskas..

Aku sampai malam. Masa aku balik, aku dengan su cari kecik sebab nak bagi dia tidur kat rumah aku n nak bagi makan. Tapi Kecik Hilang. Aku tahu kecik merajuk dengan aku sebab letak dia kat luar. Merata2 cari dia..slalunya kalau panggil je senang je dia datang. Tiba2 ada sekor kucing ni datang. Dia macam nak bagi tahu sesuatu. Su pun ikut la dia. Tiba-tiba muncul kecik kearah su. Keadaan kecik macam lemah sangat. Kecik langsung tak berbunyi. Jadi aku dukung Kecik naik atas. Masa aku dukung dia tu dia tidur. Sampai je rumah aku bagi dia makan whiskas yg baru beli tu n minum susu. Dia mula nampak makin segar. Tapi kecik macam lain perangai dia. Dia duduk dalam bilik air gelap. Aku panggil dia keluar. Tapi Slalunya dia nak sangat tido dekat aku tapi malam tu kecik pergi tido kat tempat ak letak kasut. Ak pun tak kisah la mungkin dia selesa kat situ. Malam tu aku mesej Su. Aku mengadu pasal kecik sebab kecik macam merajuk ngan aku lagi. Tido ngan aku pun tak nak. Su cakap dia penat tu. Emm..Aku pun biarkan je la kecik tido kat tempat kasut tu. Esok pagi aku bangun sebab teringat kat Kecik. Takut dia lapar. Lagipun tak sabar nak bagi kecik makan whiskas lagi. Aku bangun tengok macam bersih je bilik air. Slalunya Kecik Berak kat dalam bilik air tu. Aku pun pergi kat kecik. Bila dekat dengan dia tu ak panggil kecik. Tapi kecik tak menyahut macam selalu. Aku mula takut sebab aku tahu dia dah takde...Aku cuba panggil dia jugak..Bila aku tarik kasut yang kecik peluk memang kecik dah tak ada. Badan dia keras kaku. Aku menangis sebab tengok dia mati dalam keadaan yang tenang je. Bersih tak seperti dia sebelum ni berkurap. Aku sedih sangat sebab dia sempat makan apa yang aku beli untuk dia. Baru separuh dia makan. Sampai sekarang aku tertanya2 kenapa kecik mati. Dan sampai sekarang aku salahkan diri aku. Tapi sekarang kecik mesti hepy ada kat syurga. Dia boleh makan sedap2 dan ada orang yang lebih baik jaga dia kat sana. Rindu sangat kat dia...:(


PUISI BUAT MH370


MH370 KAU MASIH ADA


Aku di sini menunggu hiba,
Menanti dengan penuh tanda tanya,
Adakah benar akan perkhabaran tentangmu,
Jiwa aku meronta tersiksa,
Ketiadaanmu memaksa aku menduga,
Adakah benar kau di lautan sana,
Sejauh mana kau berada,
Sehingga sukar untuk berjumpa,
Adakah benar semua yang dikata,
Cebisan kau yang dijumpa,
Kau pergi selamanya?
Atau hanya pengubat duka,
Atau hanya menutup fakta.
Bukan aku tak percaya,
Tapi naluri ku berkata,
Kau masih ada,
Tapi yang lebih mengetahui hanya yang maha ESA.

Review SlimFast Diet



Syukur Alhamdulillah,
Terima Kasih kepada Mia Liana.com kerana memberi kesempatan kepada Auni untuk mencuba produk SlimFast Diet. Auni ada nyatakan kepada Mia mengenai berat badan Auni yang semakin meningkat dari 45 kepada 55 dalam jangka masa yang sangat singkat. Auni memang sangat nak turunkan berat badan ni. 




PRODUK SLIMFAST DIET 'PRODUK KURUS YANG BERKESAN'
Ya, memang berkesan sangat. Auni pernah mencuba satu produk ni yang tidak memberi sebarang kesan pada berat badan Auni. Malah Auni rasakan badan Auni semakin gemuk. Tak tahu kenapa, tapi itulah kenyataanya. Tapi selepas Auni makan hanya 1 Sachet produk Slim Fast Auni dah rasa  lain. Auni rasa kenyang sepanjang hari. Auni tahu kalau nak kurus tu memang makan masa sikit. Ia bergantung pada kadar metabolisme badan kita jugak. Kalau makan satu takkan terus kurus. Selepas Auni makan 10 sachet SlimFast Auni da nampak kesan dia. Auni agak terkejut sebab dalam masa 10 hari Auni da turun 4 kg. Bukan senang nak turun 4 kg tau. Auni amalkan minum air kosong 2 liter sehari.  SlimFast ni memang berkesan. 


PRODUK SLIMFAST DIET 'CARA KURUS DENGAN CEPAT'
Ya, produk SlimFast adalah cara atau jalan penyelesaian untuk anda kurus dengan cepat. Tak perlukan masa yang agak lama untuk kurus. 


PRODUK SLIMFAST DIET 'KEMPISKAN PERUT BUNCIT'
Ya, memang kempis. Perut auni memang buncit sebelum auni cub Slimfast. Bila berat badan da turun secara automatik perut kita pun semakin kempis. Memang risau jugak la perut ni tak pandai nak kempis. Tapi Alhamdulillah berat da turun 4 kg dan perut pun makin kempis.


PRODUK SLIMFAST DIET 'LANGSING'
Nak kata Langsing tu tak lagi kot. Mungkin kalau makan secara berterusan boleh langsing. Tapi bila berat badan da turun 4kg ni pun da rasa sangat gembira. Mungkin lepas ni kalau ada duit boleh teruskan minum Slimfast ni supaya boleh langsing. Insyaallah

NAK KURUS TAK?? Jadi sesiapa nak kurus tu boleh cuba produk SLIMFAST DIET ni..Sememangnya akan memberi kepuasan kepada anda. JOM CUBA SEKARANG!!







CARA PENGAMBILAN PODUK SLIMFAST DIET:

:::>Tuangkan 1 sachet dan bancuh dengan 120ml air suam 
(SANGAT MUDAH)


TERIMA KASIH SLIMFAST DIET & MIA LIANA


PRODUK SLIMFAST DIET MEMBERIKAN SENYUMAN YANG SANGAT BERMAKNA KEPADA SAYA. TERIMA KASIH SLIM FAST!!




Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.



BUAT EMAK DAN ABAH


BUAT EMAK DAN ABAH:

Pemergianku hanya SEMENTARA,
Yang pasti penuh rasa RINDU dan SENGSARA,
Akan ku kejar sebuah CITA,
Yang pasti memberi diri mu BAHAGIA
ESOK DAN SELAMANYA.


1# SIMPLE GIVEAWAY by AA




Assalammualaikum dan salam sejahtera



http://eira-shamiera.blogspot.com/2014/03/1-simple-giveaway-by-aa.html
 ( CLICK banner untuk Join sekali :) )


TARIKH PENTING : 
MULA : 22/03/2014
TAMAT : 22/04/2014
UMUM PEMENANG : 26/04/2014




OH PEGAWAI!! AKU KECEWA!!




Hari ni aku nak luahkan rasa kecewa terhadap sistem pentadbiran di universiti. Terutama sekali kalau aku nak dapatkan pengesahan dari pegawai. Tiap-tiap kali nak dapatkan pengesahan dari pegawai tak pernah memuaskan hati aku ni. Alasan yang sering diberi ialah MEETING! Pernah time aku naik bas pastu kena jalan kaki tengah2 panas untuk sampai ke pejabat tu dengan nak kejar kelas lagi...tapi bila sampai nak mintak tandatangan dari pegawai tapiii...alahai kerani kat depan tu cakap datang balik dalam jam 4 sebab pegawai meeting..! Aku ada kelas la jam 2.30 sampai jam 5..nak tahu tak? itu pun ak ponteng setengah jam sebab sebenarnya kelas ak jam 2 semata2 nak mintak tandatangan tu...mana tak nya...time kita klas baru diaorg ada..nak jumpa dalam jam 12:00 ke 2:00 tu diaorg da rehat...cmna nak jumpa? Kadang2 pergi jam 11:45 da rehat...susah la macam ni...Perkara-perkara macamni pelajar akan kalah..ya la...kami kan pelajar..kena la faham kerja diaorang...diaorang takkan faham kerja pelajar...kalau kita mengadu sekali pun apa yang pelajar dapat..Ada tu pekerja yang jawab sambil lewa dan ada juga yang kurang sopan..rasanya setiap pekerja ada etika kerja masing2...kan dah diberi gaji...jadi buatla kerja dengan baik. Hakikatnya aku memang kecewa!!!

Tiap kali aku pergi,
Mesti jawapan meeting lagi,
Pergi lagi sekali,
Jawapan tu tak henti-henti.

Buka aku mengada-ngada,
Cuma curah rasa kecewa,
Pergi dan kembali tak pernah gembira,
Nak dapatkan sain memang susah gila.

Hati mana tak membara,
Dari ijazah sampai sarjana,
Semuanya tetap sama,
Nak jumpa pasti tak ada.

Sampai sini sahaja,
Luahan rasa kecewa,
Bukannya apa, 
Saja nak bersuara,
Sebab selalu sangat kena.

Tahu tak da orang baca,
Asalkan aku tidur lena,
Sebab puas da mengata,
Sorang2 pun tak apa...

ENJOYYY!!


Segmen : Pencarian Bloglist oleh Nazurah


HAI..NAMA SAYA OMEL...


HATI PEREMPUAN MEMANG CAMNI..SUKAR DIFAHAMI...

CONTOH 1


CONTOH 2
Lelaki dan wanita..
die= abg saye rase nak potong rambutla..
aku= potong la.. abg ok je
die= tapi....tak cantik la rambut pndek..
aku= klu mcm tu xpe la.. x payah potong
die= hmm tp abg x suke rambut pjg kn
aku= abg x kisah..
die= sye klu potong pendek lmbt nk tumbuh.. nt abg x suke. abg nk pnjang blik pulak..
aku=errr.. xpyh potongla cmtu..
die= abg ni nk mntak pendapat pun xle!! da la!..
aku= (Y..Y)..

BERSEDEKAH KEPADA ANJING


Ha..Hari ni ada sedikit rezeki masuk..Alhamdulillah...jadi bila ada rezeki masuk jangan kedekut..Hari ni Auni bersama yang tersayang memberi sedikit sumbangan pada seekor anjing terbiar yang sangt kasihan dari fizikal dan kesihatannya...memang teruk keadaan dia..sedih sangat bila tengok keadaan dia...kurus, sakit tak macam kawan2 dia yang lain..tak dapat nak bantu dia..Jadi bila ada sikit duit ni terniat nak beli makanan untuk dia...Akhirnya kami membeli ini....



Semoga ia bertambah sihat. Yaallah kau lindungilah ia daripada anjing-anjing liar yang lain. Peliharalah kesihatan ia agar ia boleh menjalani hidup seperti biasa.Terima Kasih Yaallah atas rezeki mu..Amin...

Tak semestinya bersedekah kepada manusia, bersedekahlah juga kepada haiwan, kerana haiwan juga makhluk Allah yang hidup di muka bumi ini.

GA Mac 2014 by Emas Putih

Assalamualaikum

Sila tekan banner di atas jika nak join.




Giveaway SlimFast Diet : Pencarian 40 Orang Blogger

Excited join GA ni..Tak sabar nak tahu keputusan. Sesiapa nak join boleh klik banner kat bawah ni. Tak payah nk follow banyak blog dan like banyak fanpage. Sangat mudah. Yang penting Boleh kurus kembali..:)

MARAH, MARAH, MARAH?


Pernah tak kawan-kawan alami situasi seperti ini? BILA KITA TAK NAK BUAT ORANG MARAH TAPI ORANG TU PULAK YANG BAGI KITA MARAH. Macam Auni sendiri, Auni tak nak marah-marah kalau boleh nak elakkan MARAH! tapi kena marah orang tu jugak. Sebab persaan marah tu akan datang bila orang buat kita marah. Bagi Auni, auni nak orang tu tahu yang kita marah supaya dia tak buat lagi. Tapi ada jugak situasi cmni, BILA KITA MARAH, ORANG TU TAK BOLEH TERIMA MARAH KITA PADAHAL DIA YANG SALAH. Dan lagi satu, BILA KITA TEGUR BENDA YANG DIA BUAT TU SALAH, DIA MARAH KITA DAN SECARA LANGSUNG KITA AKAN MARAH DIA BALIK. Kawan-kawan boleh faham tak? Takkan kita nak buat tak tahu sedangkan orang tu sangat rapat dengan kita. Dan adakalanya perasaan marah yang amat tu, boleh membuatkan auni menangis bila bercakap. Apapun pun sekarang ni auni tengah melatih diri untuk mengawal emosi kemarahan ni.. Auni yakin ada jalan terbaik untuk merasa bahagia dan bukannya dengan sifat marah. Insyaallah DOA kat bawah ni akan auni amalkan.

DOA HILANGKAN KEMARAHAN

Artinya: Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.