BETUL?

C.I.N.T.A



Jangan mencintai seseorang seperti bunga,kerana bunga mati dikala musim berganti.Cintailah mereka seperti sungai,kerana sungai mengalir selamanya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK


Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. 

Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” 

Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu. 

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu. 

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. 

“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada Luqman. 

Luqman menjawab, “Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.” 

Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.

Nasihat Imam Al-Syafie Mencari Sahabat & Cinta





FRIENDS

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia"
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.”

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

TRUE:
"TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati, dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: berkenalan, berteman, berkawan, & bersama. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu “SAHABAT”.

Check Hati Kita slalu..


Biar muka hodoh, hati kena cantik...

Senyum..:)

boleh..boleh...

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH


FOLLOWER: 251

"Mak Jangan Risau. Adik jauh dari Lahad Datu"


"Mak Jangan Risau. Adik jauh dari Lahad Datu". Ini lah ayat yang selalu di sebut kepada mak aku supaya dia tak risau...TAPI AKU TAKUT!!.Sekarang ni kumpulan penceroboh mula mengganas di Semporna..makin lama makin ramai polis komando yang gugur di medan tempur..dengar kata hampir 3000 penceroboh mulai masuk ke Sabah...Orang semennjung tak tahu apa yang orang Sabah rasa..Keadaan kat sini memang kacau..kat berita pun tipu, kata dalam keadaan selamat.. tapi hakikatnya masih dalam bahaya lagi...Walaupun aku duduk di Kota Kinabalu tapi kawan2 aku kat sini ramai datang dari sana...jadi aku tahu situasi diaorg macam mane..Risau juga sebab tak mustahil penceroboh datang ke kk...Kalau kat bandar kk tu je memang ramai orang filipin kat sana..sampai pasar kat sana pun dipanggil 'Pasar Filipin'. masa macam ni lah teringat kat mak, keluarga. yela, jauh. kalau jadi apa2 susah..nak balik kesana pun susah...Risau sangat..Aku tahu mak pun risau dengan aku...apa nak buat..demi menuntut ilmu...aku kena buang rasa takut...yang penting doa..supaya penceroboh tu berhentikan niat mereka...Walaupun aku bukan orang Sabah tapi aku sayang sangat negeri Sabah..sebab kat sini aku belajar segalanya...jadi, kita luangkan masa 2 minit untuk berdoa supaya keadaan dapat dipulihkan dan Sabah tetap berdiri utuh...


ALAHAI DUIT


ALAHAI DUIT...!
DUIT DATANG DENGAN SUSAH PERGI DENGAN MUDAH...

Duit? Duit selalu menjadi masalah dalam perhubungan..tak kisah la keluarga, kawan, pasangan bercinta...duit sangat2 penting dalam kehidupan...tipulah sapa yang cakap macam ni "Aku tak da duit pun tak pe, aku boleh hidup."....tak ada orang boleh hidup tanpa duit...mesti kena ada duit..tapi duit ni selalu menjadi masalah...duit ni la penentu utama kepada angan-angan kita...betul tak? nak kahwin, nak beli kete, nak beli tanah, nak buat rumah...semuanya gunakan duit...duit ni pun boleh buat orang jadi gila..sekarang ni aku masih belajar di universiti..banyak duit yang perlu aku gunakan...nasib baik aku ada mak ayah yang sangat memahami..sekurang2nya ak ada mak ayah yang boleh membantu aku...ada jugak kawan2 yang mak ayah sebulan bagi 100...bukan nak kata tak bersyukur..tapi diaorang sendiri mengaku tak cukup dengan duit banyak tu...100 macam 10..10 macam 1.00...ni la hakikat hidup sekarang...duit sekarang macam air...datang dengan susah pergi dengan mudah...