CARA KURUS, SIHAT SEKALIGUS CANTIKKAN MUKA BY AUNI.

Assalamualaikum,

Lama tak update blog ni ha. Ok la tak nak buang masa. Berkenaan tajuk di atas. Auni sekarang dalam proses nak kuruskan berat badan balik. Cari punya cari, tanya punya tanya akhirnya kawan auni iaitu nani memperkenalkan produk ni. So auni rasa nak cuba dan macam yakin keberkesanan dia. kalau tengok review2 dari orang lain semuanya cakap produk ni bagus. Nak tahu produk apa? Jom scroll bawah!


CUKA APPLE ATAU APPLE CIDER VINEGAR (ACV)
Tadaa! Cuka Epal atau Apple Cider Vinegar (AVC). Mesti ada yang tak pernah tahu kan? Cuka ni memang banyak sangat kebaikan dia. kat bawah ni auni senaraikan secara kasar je kebaikan dia yang auni dapatdari review orang lain. Nak tahu lebih lanjut boleh la korang seacrh2 kat go0gle ok!

1. Turunkan berat badan!
2. Hilangkan jerawat kat muka!
3. Melegakan keltihan yang amat sangat!
4. Meredakan Alergi!
5. Mencegah penyakit Kencing Manis!
6. Melegakan sengal-sengal badan!
7. Mengurangkan keguguran rambut!
8. Keracunan makanan!
9. Mulut atau badan yang berbau!
10. Meredakan selsema, sakit tekak!
11. Resdung!
12. Mengeluarkan kotoran pada gigi!
13. Detox!
14. DAN BANYAK LAGI!!

Banyak tak? memang sangat banyak khasiatnya. Oleh itu Auni da cuba. Baru dua hari (start 13.5.2015). hihi. 
Cara Auni minum?
Bahan-bahan: Apple Cider Vinegar (jenama BRAGG), Air suam, madu asli, sudu plastik.
Caranya: letak satu sudu ACV, Madu dalam air suam setengah cawan. Kacau dan guna dengan sudu plastik tau. sebab nanti hilang khasiat madu. pastu minum la sampai habis. 
Bila minum: auni minum time bangun pagi je.

Untuk Muka pun auni buat jugak. sebab orang kata boleh hilangkan jerawat. so auni jadikan dia sebagai toner.
CARANYA: Campur sikit apple cider ni dengan air. then apply kat muka sebelum letak foundation atau sebelum tidur.

KAT MANA NAK BELI?
Auni tak jual ye. Korang boleh dapat kat guardian atau supermarket2. memang payah nak jumpa cuka ni. kalau pergi guardian cepat je habis. Harganya hanya Rm 24.90 untuk botol yang besar ni. yang kecik dalam rm14.00.


P/S: Auni akan buat review lagi untuk produk nisetelah sebulan auni consume ok! Wait For the result!

NAK TANYA APA2 BOLEH EMAIL AUNI OK.
auniqaryailham90@gmail.com



No comments:

Post a Comment