SURAT SOKONGAN

Assalamualaikum,

Start minggu ni ramai yang dah mula untuk menjalani latihan ilmiah..Auni nk bagi cadangan kat semua yang tengah buat praktikal atau akan menjalani praktikal pada masa akan datang...cadangannya ialah buat Surat Sokongan daripada tempat korang praktikal. selepas tamat praktikal kita mesti fikir soal kerja kn? jadi bila ada surat sokongan ni sekurang2nya mudah sikit untuk dapat kerja...isi borang SPA secara manual then lampirkan surat sokongan ni..kat situ korang ada kelebihan untuk dapat kerja kat tempat yang korang pilih..."Sambil Menyelam Minum Air"..Surat Sokongan ni kiranya hadiah lah untuk korang yang berpraktikal terutamanya bagi mereka yang tiada elaun semasa praktikal..sekurang2nya bila kita tamat kita ada satu benda untuk dibawa ke masa hadapan..hehe...

Kat sini Auni tunjukkan contoh Surat Sokongan yang Auni buat...Auni pun ad tiru kat internet ckit...haha..Dalam masa 5 minit dah boleh siap...

 Letter Head
Kepada yang Berkenaan,
Tuan/Puan,

SOKONGAN PERMOHONAN  JAWATAN
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
1.  Cik Auni Binti Ismail  adalah seorang pelatih yang menjalani Latihan Ilmiah di Jabatan Cetak Kerajaan. Beliau telah menjalani latihan di Seksyen Pentadbiran selama enam bulan dari 4 Februari 2013 hingga 19 Julai 2013.

2.  Di sepanjang latihan beliau di bawah penyeliaan saya, beliau sentiasa menjaga tatatertib diri dalam menjalankan tugas, sentiasa bekerjasama, patuh pada arahan yang diberikan dan di senangi oleh semua pihak. Saya yakin penuh dan tanpa ragu-ragu kepada kewibawaan beliau dalam menjalankan apa-apa tugas yang diberikan.

3. Oleh yang demikian, saya menyokong apa-apa permohonan dan yakin beliau mampu menjalankan tugas dengan jayanya jika diberi peluang pekerjaan di Jabatan Awam, Badan Berkanun dan sektor swasta.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH”

Yang Benar,


(Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim, J.P)
Pencetak Kerajaan Sabah

3 comments:

  1. trima kasih awk..smoga Allah sntiasa merahmati awk dunia akhirat..alhamdulillah..jmpa jugak contoh surat sokongan..syukran jazilan.. :)

    ReplyDelete
  2. trbaik lh blog cik...mmberikan mnfaat smoga sucses dnia akhirat..

    ReplyDelete
  3. terima kasi cik auni. sangat membantu

    ReplyDelete