WOMEN'S SUNGLASSES COLLECTION AT ZALORA MALAYSIA

Sunglasses adalah aksesori pilihan ramai wanita. Mengapa? Mudah sahaja, ianya kerana sifatnya yang cukup versatile. Sunglasses atau cermin mata hitam boleh dipakai sebagai aksesori tambahan bagi menaikkan seri penampilan anda malah dapat membuatkan persalinan anda kelihatan lebih menyerlah dan cantik. Selain daripada itu kebanyakkan wanita turut menggunakannya atas faktor keperluan dan bukan untuk tampak cantik semata-mata. Mereka menggunakannya untuk mengelakkan silauan cahaya matahari yang panas dan mengganggu ketika berada di luar rumah seperti memandu kereta atau kemana-mana sahaja mereka mahu pergi.
Penyanyi hebat yang juga dikenali sebagai diva sensasi, Beyonce Knowles, adalah anara artis terkenal yang begitu sinonim dengan sunglasses. Banyak gambar beliau yang dapat di tangkap oleh paparazzi ketika berada di luar yang memperlihatkan beliau memakai cermin mata hitam ini. Percayalah, walau apa pun tujuan beliau memakainya ianya tampak sungguh menarik dipakai oleh Beyonce!
Jika anda ingin belajar cara How to Style Your Sunglasses like Beyonce, boleh saja 
Google gambar-gambar beliau dan lihat bagaimana Beyonce memadankan cermin mata 
hitamnya dengan persalinan kegemaran beliau.
Mahu kelihatan santai namun kelihatan chic? Cuba gaya Beyonce ini. Padankan sweatshirt atau oversized jumper dengan skinny jeans dan aksesori tambahan seperti rantai dan sepasang sunglasses pilihan anda. Percayalah anda pasti akan menjadi tarikan ramai yang memerhati dan mengagumi penampilan anda ketika berada di luar!
Anda mempunyai status sebagai seorang ibu? itu tidak bermakna anda perlu tampil di khalayak ramai seperti seorang ibu yang tidak lagi mementingkan penampilan. Sebaliknya anda masih boleh kelihatan cantik bergaya jika tahu untuk memilih persalinan yang sesuai dengan status anda itu. Mahu kelihatan lebih glamour? Pakai sahaja Sunglasses for women anda itu dan lihat sahaja bagaimana ia mampu mengubah penampilan anda menjadi lebih bergaya!

Jika anda masih mahu belajar cara-cara terbaik menggayakan sunglasses boleh sahaja 
Google atau belajar tutorial melalui video di Youtube atau blog-blog fashion luar dan 
tempatan!

Untuk tampil bergaya dengan sunglasses, anda boleh dapatkannya di Zalora.com dengan pelbagai sunglasses yang unik, ekslusif dan yang pasti penghantaran adalah sangat cepat. It has many types of sunglasses like Pilot, Cat Eye, Oversized, Rectangle, Retro, Round Square and etc. Anda juga boleh membeli sunglasses di Zalora.com dengan pelbagai jenama seperti MANGO, RIVER ISLAND, Laviss, Parfois, Dandelion, Aldo and etc with high quality products and  incredibly affordable prices! So lets Shopping with Zalora.com!
    
ZALORA now is known as the biggest online shopping website in Malaysia for women.

Invitation to collaborate with ZALORA Malaysia


Assalamualaikum
Alhamdulillah. Baru je beberapa hari Auni post mengenai Khidmat Review produk dapat jemputan dari pihak zalora untuk letak artikel. Kalau siap je pihak Zalora akan bagi baucer RM50. Ramai da blogger lain dapat macamni jugak sebelum ni. Rezeki la ni. Terima jangan tak terima. Terima Kasih Zalora. Artikel tu akan di post secepat mungkin..




KHIDMAT REVIEW & PROMOTE PRODUK/WEBSITE/BLOG/PAGE FB DLL.


Assalamualaikum

* Nak produk/Website/Blog/Page FB anda dikenali?
* Nak promote tapi tak tahu kat mana?
* Nak produk/Website/Blog/Page FB direview untk menarik lebih ramai pelanggan?

Bermulanya hari ni Auni akan menerima khidmat 'review' pelbagai jenis produk/kosmetik/pakaian/Website/Blog/Page FB dan sebagainya. Tak Kisah la Produk apa sekali pun.  Yang Harga RM 5.00 pun boleh. 

Pakej 1: Review --> Hantar gambar produk Anda (Harga sekitar RM 10 - RM 20)
Pakej 2: Review + Promote di FB --> Hantar gambar produk anda (Harga sekitar RM 20 - RM 30)
Pakej 3: Review + Promote di FB --> Hantar produk anda kepada saya (FREE REVIEW+PROMOTE)

Untuk khidmat ini anda boleh berhubung terus dengan saya melalui:

Email: auniqaryailham90@gmail.com|
Facebook: Auni Ayuni







REVIEW SUPRACOLOR FOUNDATION BY KRYOLAN

Assalamualaikum

Hari ni nak review Produk oleh Kryolan iaitu Supracolor Foundation. Memang dah femes dah sekarang ni. Kalau dulu artis2 je pakai ni. Sekarang ni yang bukan artis pun boleh pakai sebab dia ada jual dalam kuantiti yang sedikit dan murah. Sekarang ni memang banyak foundation yang mula keluar. Tapi Auni suka pakai foundation ni sebab dia tahan lama dan tak capuk. Kulit pun nampak lebih licin dan putih. Auni beli foundation ni murah je. 7 gm RM 20.00. Boleh tahan selama 2 bulan. Sapu sikit je dah cukup untuk buat muka putih dan nampak licin. 

Ni antara gambar Auni pakai Supra. Nampak licin kan. sebenarnya muka Auni ni ada banyak bekas jerawat. Bila pakai supra ni memang tertutup bekas2 jerawat tu.

Muka Auni juga berminyak. Kalau pakai foundation ni dia x berapa cantik kalau untuk muka berminya. Jadi untuk atasi masalah tu Auni apply Toner dulu sebelum apply foundation Supra ni. Nak tahu toner apa yang Auni Guna? yang pasti harga memang mampu milik..


PRODUCT REVIEW GIVEAWAY




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN YANG MUDAH: 
* Follow Blog Auni. Ikut la nak follow atau tak.
* Like Page FB --> AB Auni Blog
* Buat satu entry yang bertajuk ‘PRODUCT REVIEW GIVEAWAY BY AUNI”.
* Copy banner dan tepek kat entry anda. Kemudian backlink kan semula ke segmen ni.
* Kat bawah banner tadi WAJIB Buat satu ‘review’ berkenaan produk kecantikan/ kosmetik yang anda pakai. Tak kisah la produk murah atau mahal. Lipstick yang harga RM 5 pun bLh jugak review.
* Tinggalkan link entry & Link FB anda pada ruang komen di bawah entri ini.
* Tarikh tutup penyertaan:  28/9/2014.

CARA PEMILIHAN PEMENANG DAN HADIAH: 
Entri kreatif -----> RM 20 (berupa duit/topup) & bloglist selama 2 bulan 
Tempat pertama -----> RM 10(berupa duit/topup)& bloglist selama 2 bulan
Tempat kedua -----> RM 5 (Topup)& bloglist selama 2 bulan
Tempat ketiga -----> RM 5 (Topup) & bloglist selama 2 bulan
Tempat keempat dan kelima -----> Blog akan di promote melaui fb Auni &                           bloglist selama 2 bulan
Random: 6 x bloglist selama 2 bulan
HADIAHSPECIAL UNTUK SEMUA PESERTA> 
KESEMUA REVIEW PESERTA TIDAK AKAN DISIA-SIAKAN. WALAUPUN MENANG/TIDAK MENANG REVIEW YANG TELAH DI BUAT AKAN DIPOST DALAM BLOG AUNI SATU PERSATU)

KELEBIHAN MENYERTAI GIVEAWAY NI:
* WALAUPUN MENANG/TIDAK MENANG REVIEW YANG TELAH DI BUAT AKAN DIPOST DALAM BLOG AUNI SATU PERSATU.
* PELUANG UNTUK PENIAGA-PENIAGA KOSMETIK MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN.
* DAPAT BERKONGSI PRODUK-PRODUK/ KOSMETIK YANG DIPAKAI KEPADA ORANG LAIN.
* MENINGKATKAN KUNJUNGAN KE BLOK ANDA.

Sebarang pertanyaan bolem PM Auni di facebook --> Auni Ayuni

Terima Kasih kerana sudi singgah blog Auni. Giveaway ini akan dibatalkan sekiranya tidak melebihi 20 penyertaan.

REVIEW TIA AMELIA


Assalamualaikum


Hari ni nak review mengeni produk Tia Amelia. Auni dah pakai Tia Amelia ni selama sebulan. Auni memang suka tukar produk-produk lain. Sebab nak cuba dulu mana yang terbaik. Tia Amelia ni agak mahal. Auni beli RM100 satu set ni yang baru ni sekali pos. Korang kena cek dulu tau ori atau bukan ori. Nanti salah beli teruk pulak muka tu. Selama sebulan Auni pakai memang ada putih sikit. Auni ikut je arahan kat kotak tu.

CARA AUNI PAKAI:
* Sebelum nak tidur tu. Basuh dulu muka dengan pembersih muka Tia Amelia. Auni pakai pembersih yang dalam botol tu sebab Auni rasa ia lebih berkesan. Tapi kalau nak jimat boleh guna yang sabun. Auni tak suka guna sabun sebab ia cepat cair kalau kita simpan dalam bekas dan tak berapa berkesan untuk Auni.

* Lepas cuci muka pakai Krim Pemutih Tia Amelia dan Krim Kunyit Tia Amelia secara nipis. Pakai sikit2 je nanti cepat habis. Krim kunyit tu Auni suka sebab bau dia wangi.
* Esok time bangun basuh sekali lagi dengan pembersih muka Tia Amelia.

* Untuk penggunaan Sunblock/Foundation Tia Amelia tu Auni pakai masa nak keluar rumah waktu tengah hari. Kadang-kadang Auni sapu Sunblock ni kemudian Auni sapu foundatiom Supra pulak. Memang nampak muka licin je kalau buat macam ni.
* Lepastu ulang lah langkah yang sama selagi tak habis.

Korang kena tahan la. Kalau dalam masa seminggu dua tu memang tak ad kesan lagi. Ikut jenis kulit jugak. Macam kulit Auni ni memang susah nak putih. Tapi ada lah putih sikit. Lepas ni Auni nak try produk lain pulak sebab Tia Amelia ni mahal dan sikit. Lagipun ia kurang berkesan untuk Auni.


Gambar ni Auni pakai sunblock foundation Tia Amelia ngan tempek bedak sikit. Ada lah putih sikit muka tapi tak banyak pun.
THANK YOU
TUNGGU UNTUK REVIEW PRODUK AURAWHITE!


LETAK IKLAN DI BLOG SHIDA - PROMOSIKAN PRODUK ANDA

KAWAN2 NAK IKLAN PRODUK/BARANG/APA2 SAHAJA DENGAN HARGA TERMURAH DI BLOG SHIDA! BLOG SHIDA NI ADA LEBIH 5000 FOLLOWER DAN RAMAI PENGUNJUNG SETIAP HARI. JOM IKLANKAN PRODUK ANDA DI BLOG SHIDA!
"Promosi sewa tapak iklan di blog shida!
sangat2 murah nak bantu kawan2 promosi produk ke, blog ke xkisahlah
asalkan banner korang menarik untuk di klik2 heheee:)
tak tau nk buat banner yg menarik?? shida boleh rekeman designer servis terbaik dan murah!!
sewa untuk bulan AUG - SEP - OKT hanya RM10 sahaja
shida sediakan 5tapak untuk disi dgn banner baru bersaiz 130x130
Berminat boleh PM ya siapa cepat dia dapat!
payment bank in/transfer sahaja! TQ!"
- SHIDA-

KALAU BERMINAT NAK POST IKLAN KAT BLOG SHIDA NI BOLEH KLIK GAMBAR BAWAH NI


P/S Auni buat entri ni tanda terima kasih Auni kepada Kak Shida yang sudi tolong Auni. Terima Kasih.






"9 Awesome Blogs Of The Month"


NAK JOIN JOM KLIK BANNER

Dhiya's First Giveaway

HI SAYA JOIN GIVEAWAY DHIYA. SAYA FOLLOWER KE 326

Assalamualaikum wbt

Rakan-rakan blogger yang dikasihi, 

Saya sedang menjalankan satu kempen giveaway pertama dalam blog Dari Diri Dhiya ini. Sebelum ini saya tak pernah anjurkannya sebab saya takut tidak mendapat sokongan (oh pesimis nya sayaaa!)

Tetapi sekarang saya sedar. Kempen sebegini, walau giveaway nya mungkin tidak seberapa, saya sebenarnya sedang cuba menjalinkan persahabatan dengan anda.

Oleh itu, atas nama persahabatan, sudilah kiranya anda mengambil bahagian dalamgiveaway saya yang pertama ini. Hadiah tak mewah, tapi terdiri daripada koleksi cenderamata dari tempat-tempat yang saya pernah pergi. Untuk Giveaway ni, tiada cendermata dari Korea. Tapi Insya Allah jika berjaya ada sambutan, saya akan cuba menganjurkannya dengan hadiah yang lebih menarik. Mungkin saya boleh pertimbangkan koleksi buah tangan Korea saya tu. (P/S: Cenderahati dari Korea saya masih banyak, tau! Memang dibawa pulang untuk DDD)


Syaratnya sangat mudah, kerana saya memang berniat untuk memberi sambil bersahabat. Wallahi :)

1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya 
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau! 


Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya

Pengumuman pemenang akan dibuat pada minggu pertama September 2014 bersempena dengan edisi istimewa entri terbaik bulan tersebut.

Pengeposan hadiah adalah secepat mungkin, sebaik mendapat maklumat dari pemenang :)

*Saya perlukan 15 penyertaan (atau lebih) Jika tiada sambutan, GA ini secara automatik akan terbatal. 

Saya mengharapkan sokongan dan penyertaan anda :)
Salam sayang,
Dhiya 

"Mini Giveaway Ogos"

Jom join Giveaway ni by Siti Zawiah. Nak join Klik banner ok!

Hadiah:
CUTE PIN RAMBUT X 4 PEMENANG
BOOKMARK        X 2 PEMENANG

Hari ni Last!! Cepat!

1st Giveaway by Melangkau Garisan with love

Bestnya hadiah2 dia. Mesti join ni. Jom. Kalau nak join Klik banner ok!

AUNI - ALAT MAKEUP YANG MAMPU DIMILIKI (MAYBELLINE, SILKY GIRL, MISS ROSE, NU TEEN & DLL)



Orang perempuan memang tak lari dari makeup kan. Keinginan untuk memiliki produk2 Kosmetik yang mahal memang la tinggi. Tapi untuk yang belum bekerja atau tidak mempunyai banyak duit mesti terbatas cikit kan kalau nak beli. Hari ni Auni nak tunjuk barang makeup yang Auni pakai. Semuanya Murah2 tapi hasilnya sangat bagus. Tak semestinya barang makeup yang murah ni tak elok. Tapi tengok pada orang tu jugak lah. Kalau tak boleh pakai jangan pakai. Kalau muka Auni setakat ni tak ada masalah nak guna produk2 camni. Maklumlah tak da duit lagi nak beli barang makeup yang mahal2 ni. Keinginan memang ada. Tunggu dah kerja nanti boleh la. Jom tengok barang makeup yang Auni pakai.
--------------------------------------------------------------------------------------

ACNE & SHINE AWAY TONER BY NU TEEN
Sebelum ni Auni memang jarang pakai toner. Tapi bila dah cuba yang Auni muka rasa segar sangat. Auni pakai Toner ni sebelum auni pakai Foundation. Sapukan sikit2 je. Muka akan rasa segar dan makeup pun tahan lama. Harga dia dalam RM 8.00. Boleh tahan berbulan-bulan.
----------------------------------------------------------------------------
SUNBLOCK/FOUNDATION BY TIA AMELIA 
Tia Amelia sunblock/foundation ni Auni pakai selepas Auni pakai Toner. Ini Auni guna kalau Auni nak keluar masa cuaca panas. Lepas Auni Apply toenr tadi kemudian sapu sikit sunblock Tia Amelia ni kemudian baru sapu foundation. Walaupun ia merangkumi foundation tapi Auni apply foundation lain jugak untuk hasil yang lebih baik. Nak tahu apa Foundation tu. Jom.
------------------------------------------------------------------------------
SUPRACOLOR FOUNDATION BY KRYOLAN
Haa..Ni la foundation yang Auni guna sekarang ni. Auni suka pakai foundation ni sebab dia tahan lama dan tak capuk. Kulit pun nampak lebih licin dan putih. Auni beli foundation ni murah je. 7 gm RM 20.00. Boleh tahan selama 2 bulan. 
----------------------------------------------------------------------------
CLEAR SMOOTH ALL IN ONE POWDER SPF 25 PA++ (#02 NUDE BEIGE) BY MAYBELLIN 
Lepas Auni pakai Foundation auni sapu bedak ni pulak. Auni suka bedak ni sebab dia lembut. Bila pakai kat muka rasa licin je tak kesat. Hasilnya pun cantik tak cepat cair. Memang dah lama pakai bedak ni. Produk2 maybelline adalah produk yang Auni rasa bagus. Bedak ni Auni beli yang refil je sebab murah sikit. Harga dia dalam RM 9 ringgit camtu la. Tak berapa ingat.
------------------------------------------------------------------------
STAY-IN-PLACE FLAWLESS WEAR CONCEALER BY MISS ROSE
Concealer ni Auni jarang pakai sebab Auni dah pakai supra kan. Tapi kadang2 tu pakai jugak time ada kesan jerawat. Jadi Auni guna Concealer ni untuk tutup mana2 yang tak patut tu. Concealer ni murah je Auni beli. RM 5.90.

--------------------------------------------------------------------------


PRECISION SHARP EYELINER PEN IN 01 BLACKEST BLACK BY SILKY GIRL
Untuk pemakaian Eyeliner Auni guna yang ni sebabnya senang nak guna dan cepat kering. Auni beli dalam harga RM 10 ringgit kot sebab time tu dapat discount. Lama jugak dia tahan sebab Auni pakai eyeliner ni dalam 2 bulan dah.
---------------------------------------------------------------------------
LASH PRISM WATERPROOF MASCARA BY SILKYGIRL
Mascara ni Auni suka pakai sebab dia buat bulu mata nampak lebat. Kalau beli mascara ni memang tahan lama sangat. Dah 2 bulan lebih Auni pakai ni tak habis2. 
-----------------------------------------------------------------------------
LIPSTICK
Kalau lipstick ni Auni beli yang memang murah. Kalau yang macam pensel tu RM 6.90. Memang best pakai yang tu sebab warna dia cantik dan bila kita pakai dia tahan lama. Lagi satu dia boleh guna untuk eyeshadow. Yang lain2 tu lipstick biasa. Auni beli dalam RM 6.00 ringgit satu.

-----------------------------------------------------------------------------


VASELINE INTENSIVE CARE
Vaseline ni Auni akan guna sebelum Auni pakai Lipstick. Kalau pakai vaseline ni kita punya bibir lembap tak terlampau kering. Sebelum nak tidur pun Auni pakai sebab vaseline ni merawat bibir kita supaya lebih cantik.

--------------------------------------------------------------------------

ACNE & PIMPLES AWAY SLEEPING MASK BY NUTEEN
Yang ni Auni akan pakai sebelum nak tidur. Sleeping mask ni membantu mengurangkan jerawat dan bintik2 hitam kat muka. Jerawat pun susah nak naik. Auni suka produk Nu Teen sebab bau dia wangi dan segar.


 Ini je la barang makeup yang Auni pakai. Walaupun alat makeup ni tak mahal tapi hasilnya memuaskan. Kalu tengok Alat makeup Auni tu bercampur2 kan. Ada produk MAYBELLINE, NU TENN, SILKY GIRL, MISS ROSE, KRYOLAN tapi setakat ni kulit muka Auni tak da la teruk sangat. Hanya jerawat sikit2 dan bekas jerawat sikit. Ada sesetengah orang tak boleh pakai produk sebarangan. Alahan pada muka. Pilihlah produk yang bersesuaian dengan diri sendiri. Sebelum nak beli tu tanya dulu pandangan orang supaya tak salah beli. Nanti beli mahal2 lepastu tak ngam kat muka rugi pulak.hehe..Oklah setakat ni je la. Kalau korang ada pendapat untuk produk memutihkan muka dengan cepat share dengan Auni k. Sebab Auni sekarang nak intai2 produk memutihkan muka yang elok dan berkesan. Nanti ada duit boleh lah beli. Terima Kasih kerana sudi baca entri Auni ni. Untuk menutup entri ni Auni tunjukkan gambar Auni selepas pakai semua makeup ni.





GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

Jom join sekarang. Auni nampak Giveaway ni terus join sebab Auni peminat Fridge Magnet. Sekarang tengah kumpul. Harap2 la bertuah.. Jom join Sekarang!
Nak join Klik Banner ok!

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

"Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia"

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 

ARWAH HAKIMI DALAM INGATAN


Auni terjumpa blog lama Auni. Dah 4 tahun berlalu. Terjumpa Lirik lagu yang di tulis arwah untuk Auni. Semua kenangan dengan dia Auni ada simpan dalam sebuah buku. Tapi buku tu hilang lama dah. Tak tahu kat mana. Semasa pemergiannya Auni sedih sangat. Terkilan sebab dia meninggal kerana Auni. Eksiden time Auni call dia. Sepatutnya Auni nak bagi surprise kat dia. Nak cakap yang Auni terima dia jadi kekasih Auni. Tapi Tak sempat. Dia pergi Selamanya. Perangai dia memang pelik dalam masa 40 hari sebelum dia meninggal. Romantik, jiwang. Dia memang minat dalam bidang seni. Terjumpa jugak salah satu kenangan yang dia tinggalkan. Lirik lagu. Dia nyanyikan lagu ni masa dalam phone. Memang dia pelik sangat. Rupa2nya dia nak pergi ke tempat yang lebih jauh. Semoga Arwah tahu yang Auni terima Cinta dia..Al-fatihah..

LAGU UNTUKKU
aku cuba untuk mendekati
tapi engkau tiada peduli
tulusnya niat di hati
mungkin kau tersalah erti.

bukan ku ingin merantai dirimu
atau mengikat janji
mesti ada banyak lagi
aku ingin kemesraan
suka duka bersama
biar kekal berterusan
tak hilang ditengah jalan.

kaulah syaitan kedinginan
aku juga kedinginan
kerana sikapmu itu
walaupun ku terbayang
selimut menyaluti
aku masih kedinginan
sedih tanpa berteman.
kedinginan itu kerana kerinduan
yang masih lagi mengungkap hati
usah biar malam tak berteman

usah biar siang kekosongan.
andainya aku merajuki hati
dan kan ku pendam sampai mati
siapa harus dipersalahkan
pasti kita berdua.

(dicipta khas oleh arwah hakimi 5 hari sebelum pemergiannya)


Let's Celebrate! 4th Anniversary www.duniashida.com

Tetiba terasa nak join segmen ni. Bukannya apa sebab tak banyak blog, page yang kita kena like. hehe..Segmen dia macam berbeza sikit daripa segmen2 yang ada. Kalau nak join jom la cepat sebab segmen ni habis hari ni tau. Thank to Shida sebab buat segmen yang simple n mudah ni..

KLIK BANNER KALAU NAK JOIN