SUHAIL SUATU KETIKA DAHULU >>>> PART 2



Bila tengok gambar2 ni tergelak sorang2...hahahaha...aku sendiri tak perasan bila mase su gemuk...bila kawan2 dia cakap dia gmuk baru ak sedar..mungkin sebab ak selalu dengan dia kot...tapi memang dulu su sangat kurus...cam budak sekolah menengah.. kalau dulu ajak su lumba lari pun dia nak...hehe....bila tengok gambar dulu2 ni baru ak percaya yang su memang da gemuk!! Jom tengok gambar comel  n kurus su dulu2...




KURUS X SU??
Su mesti hang senyum sorang2 kan tengok gambar2 hang ni...hehehe
Aku tetap sayang hang..:P

Nak tengok gambar terbaru suHAIL YANG MONTEL??
NANTIKAN SUHAIL KETIKA INI PART 1


Terlepas untuk membaca  SUHAIL SUATU KETIKA DAHULU PART 1 klik >>>>SINI

3 TAHUN KEHIDUPANKU



Kita pasti rindu,
Suatu ketika dahulu kita lalui bersama,
Penuh rasa suka dan duka.

Penghujung tahun tiga dah makin hampir..dalam masa tiga bulan lagi aku akan menghabiskan pengajian di UMS...Terkenang kembali kisah dahulu ketika bersama kawan2 mengharungi segala suka duka untuk mendapat segulung ijazah...bukan mudah...pelbagai cabaran yang perlu ditempuh...kadang2 rasa macam putus asa...biasalah bila dah duduk jauh jumpa pulak kawan2 yang macam2 perangai jiwa jadi kacau..hehe..tapi ini semua la yang membuat kan kita belajar erti kehidupan...macammana kita tempuh, kita hadapi...jadi pelajar universiti ni kalau tak ada masalah memang bukan pelajar la...assignment, kawan, bas, tempat tinggal, result, duit and so onn...ini semua memang masalah la...nak taknak kena terima je..redha...haha..semua ni la yang mengajar kita erti kehidupan...Memang banyak pengalaman yang aku dapat di bumi Sabah ni..Cepat betul masa berlalu...lepas ni kena tempuh alam pekerjaan pulak...yang ni memang lagi mencabar...kalau masa belajar boleh ponteng2 lagi...bila da kerja kena lebih berdisiplin...

PERKARA YANG AKU TAK TIPU?
:::> Aku rindu kawan- kawan <:::

susah aku nak cakap rindu kawan ni...tapi aku pun ada hati n perasaan..walaupun banyak terasa hati dengan kawan2 tapi dengan diaorang la aku bersama2 masa belajar..g library, makan, cop kan tempat dalam kelas, tunggu bas, jalan kaki, g one b kk, ponteng kelas dengan tirah, rancang taknak p klas ngan wani, zulai, anis...hehe...semua ni la yang aku rindu...:(

aku tahu kawan2 yang seangkatan dengan aku pun akan rasa apa yang aku rasa...rindu..rasa macam tak nak habis lagi...apa pun ini lah kehidupan...semuanya masa depan...tak ada masa belakang...Alhamdulillah sepanjang aku belajar result aku baik...terima kasih banyak2 kat mak ayah aku yang banyak membantu dari segi kewangan...aku sangat bersyukur sebab dapat mak ayah macam diaorang yang sangat memahami dan sentiasa menyokong aku..Trima kasih pada cinta hati suhail abubakar sebab hang la tempat aku menangis..dan terima kasih pada kawan2 sebab sudi jadi kawan aku...nsyaallah bulan 10 Konvokesyen kita semua bersama kembali..







 “BILA KITA MENANGIS BUKAN HANYA KERANA KITA SEDIH TETAPI KERANA KITA BERJAYA, BILA KITA KETAWA BUKAN HANYA KERANA KITA GEMBIRA TETAPI KERANA KEGAGALAN YANG TELAH MENSIA-SIAKAN KEHIDUPAN.”


Baca "KISAHKU DI UMS">>>> KLIK SINI


NAK BELI KERETA MANA? KERETA BARU ATAU TERPAKAI>> Kebaikan & Keburukan



::ASSALAMUALAIKUM::

:::> Hari ni nak kongsi sikit melalui sebuah buku POWER : Pengurusan wang ringgit anda...BAB 4 mengenai pembelian kereta..bila kita dah bekerja setiap orang pasti menginginkan sebuah kereta kan? Mesti sekarang pun kita dan berangan2 nak kereta apa..huhu..Jom kita ketahui samaada kereta baru atau kereta terpakai yang lebih OK..

:::>  Apabila kereta adalah keperluan, kita kena buat keputusan samaada ingin beli kereta baru atau kereta terpakai. Ramai orang beranggapan bahawa membeli kereta baru adalah lebih baik kerana kos penyelenggaraanya lebih rendah tetapi juga ada kelemahannya.
Berikut menunjukkan kebaikan dan keburukan kereta baru dengan kereta terpakai.

KERETA BARU
KEBAIKAN
KEBURUKAN
CIRI:
  ü  Lebih banyak pilihan untuk memenuhi   keperluan (jenama, warna) 
  ü  Teknologi terkini – Hibrid dsb
  ü  Keselamatan (penggera, ABS, Beg udara)

KEBOLEHPERCAYAAN
  ü  Tidak perlu bimbang sejarah latarbelakang.
  ü  Kos penyelenggaraan rendah.
  ü  Tempoh jaminan lebih panjang

KEWANGAN
  ü  Mudah diperoleh
  ü  Kadar faedah lebih rendah.
  ü  Tempoh pinjaman lebih panjang.
  ü  Margin pembiayaan lebih tinggi


  ü  Harga lebih tinggi
  ü  Susut nilai tinggi – sekurangnya
  ü  10% dalam tahun pertama. Oleh itu, kerugian lebih tinggi akan dialami apabila kenderaan dijual semula.
  ü  Premium insuran lebih tinggi
  ü  Kos kewangan lebih tinggi sepanjang tempoh pinjaman

KERETA TERPAKAI
KEBAIKAN
KEBURUKAN

  ü  Biasanya lebih murah
- Lebih mampu dibeli
- Boleh dibeli secara tunai dan memudahkan

  ü  Premium insurans lebih rendah  

CIRI:
  ü  Kurang pilihan
  ü   
KEBOLEHPERCAYAAN
  ü  sejarah latarbelakang yang tidak pasti.
  ü  Kos penyelenggaraan lebih tinggi.
  ü  Tanpa jaminan
  ü  Pemeriksaan PUSPAKOM

KEWANGAN
  ü  Mungkin sukar diperoleh
  ü  Kadar lebih tinggi
  ü  Tempoh pinjaman lebih singkat
  ü  Margin pembiayaan lebih rendah


HA..nak beli kereta baru ke lama?
:::>  Ketika memutuskan jenis kereta yang diperlukan, kita hendaklah terlebih dahulu menilai kemampuan kita. Jika kita dapati membeli kereta baru boleh membebankan, belilah kereta terpakai yang masih berkeadaan baik. Lagipun kereta hanya sebuah kenderaan yang membawa kita bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain..jadi belilah mengikut kemampuan...

TIPS BIJAK MEMBELI KERETA
:: Ikut kemampuan.
:: Sebelum beli minta nasihat dari family atau rakan-rakan.
:: Pastikan kereta mempunyai perlindungan insurans.
:: Bersedia menanggung perbelanjaan luar dugaan (rosak atau eksiden)


===è SELESAI ç===

PUISI CINTA AUNI


ASSALAMUALAIKUM

To>>> MY BELOVED: Suhail Abu Bakar

TITLE>> PUISI CINTA AUNI

video





SUHAIL SUATU KETIKA DAHULU>>>>PART 1



“Suatu ketika dahulu dia memang kurus”

SURPRISE!!

HaHaHa..mase  tengah belek2 fail ternampak gambar ni..terukir senyuman di bibir bila tengok gambar ni..teringat balik zaman dulu..macam zaman kuno pulak..hehe..kalau sesiapa yang kenal su mesti diaorg terkejut sebab su sekarang ni debab..hehe...sory su...tapi gambar ni aku suka sangat2...
Kepada suhail mesti dia tergugat dengan gambar lama dia ni..sebab dia da debab sekarang..jauh betul beza dengan gambar ni..mesti sekarang hang tengah senyum kan su tengok gambar hang ni..

SINOPSIS GAMBAR>>> Gambar ni diambil untuk pementasan teater Mat Cowboy (AILE PRODUCTION)..Su jadi watak shabudin..lebih kurang gitu la..hehe..

CREDIT TO>>> Norhayati Basran sebab dia yang bagi poster ni..sory yati sebab ak crop gambar ko sebabnyer aku jeles..hahahaha..xpe2..yati faham..hehe



NANTIKAN SUHAIL SUATU KETIKA DAHULU>>>PART 2!!


PEREMPUAN HARUS BELAJAR..?


ü  Perempuan harus belajar menjadi seseorang  yang manis, anggun, dan penuh sopan santun ketika menjelang dewasa, dan harus membentuk karakter tersebut untuk menentukan masa depan hidup selanjutnya. Belajar untuk mendapatkan dan menerima jodohnya untuk membentuk sebuah keluarga.
ü  Perempuan harus belajar untuk mencapai apa yang di inginkannya dalam hidup , belajar mencintai seseorang yang tidak dicintainya ketika perempuan tersebut dijodohkan, belajar menerima jodoh tersebut dalam hidupnya, belajar mencari cinta ketika cinta tersebut tidak kunjung datang dalam hidupnya, belajar menerima ketika cinta tersebut sudah tidak ada lagi.
ü  Perempuan itu ibarat EPAL
ü  Perempuan harus belajar untuk terbiasa disakiti, di dalam sebuah relationship selalu lebih banyak perempuan yang disakiti oleh pasangannya dalam banyak hal, ketika pasangan tersebut begitu ego , Perempuan harus belajar mengalahkan ego nya dan bersabar menerimanya, ketika pasangngan tersebut berselingkuh. Perempuan harus belajar membuka pintu maaf bagi pasangannya dan belajar untuk menerima sakit hati tersebut.
ü  ketika pasangan tersebut kehilangan pekerjaannya perempuan harus belajar mencari nafkah dan menutupi segala keperluan rumah tangganya dengan belajar bekerja dan belajar menerima keadaan tersebut, ketika pasangan tersebut meninggalkanya kerana meninggal dunia atau memilih hidup dengan perempuannya yang lain, perempuan tersebut lagi lagi harus belajar tabah, ihklas dan kuat untuk meneruskan hidupnya.

Sumber: http://pakarcinta.com

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI


HAKIKAT HIDUP MANUSIA

Hakikat hidup seorang manusia yang akan berubah mengikut masa...berubah ap? Cara hidup, keterampilan diri, fikiran, emosi dan banyak lagi...usia muda tidak sama dengan usia tua..jadi pasti akan mengalami perubahan yang kita sendiri sedar..kita tak boleh lari dari kehidupan akan datang..jika ajal belum lagi tiba kita harus terus menuju ke depan..dan tiada istilah ‘pengunduran’...masa tidak menunggu kita...bila usia semakin matang pasti kita rindukan usia muda kita..setiap orang akan mengalami semua perasaan dari muda hinggalah tua..marah, sedih, suka, kecewa dan lain2 lagi..sebagai seorang manusia juga kita akan merasai alam kanak2, percintaan, persekolahan, berumah tangga, perkahwinan, bekerja dan sebagainya..tiada seorang pun yang akan terlepas daripada merasai nikmat Tuhan.

AKU MENGALAMI BANYAK PERUBAHAN DALAM HIDUP..ADA PERUBAHAN YANG BAIK DAN ADA YANG TIDAK...JADI KITA HARUS TERIMA DAN TEMPUH SEMUA PERUBAHAN YANG AKAN KITA DAPAT..TUHAN DAH MENGATUR PERJALANAN HIDUP KITA...

PLAY GAME OF LIFE


SUARA RINDU



Assalamualaikum..
“Rindu ku ini ibarat laut yang takkan hilang masinnya”.
Perumpamaan sendiri yang senang nak faham maksudnya..Maksudnya terlampau rindu la tu..Rindu kat sape?
|
|
|

Emak...memang rindu sangat kat dia...kat abah..adik2...pejam celik rupanya da hampir 3 tahun aku belajar di UMS Sabah ni..banyak yang telah aku belajar terumanya yang melibatkan perasaan..kalau tak boleh kawal boleh sakit ooo..hehe..dalam masa 3 tahun ni baru 2 kali balik jumpa mak..hidup pun susah..jadi faham2 je la nak beli tiket flight yg mahal 2...memang susah...perasaan rindu yang paling kuat sekarang ni...teringin sangat nak tengok muka mak sekarang...kalau la mak boleh skype2 kan best...hehe...ini lah cabaran yang perlu kita tempuh bila berada jauh dengan family...sekarang da 3 tahun aku belajar berdikari sendiri tanpa mak...alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik...insyaallah 21 hb 7 ni auni akan pulang ke Kelantan...da beli tiket da..mesti confirm...cuma ajal dan maut di tangan Tuhan...Mak tunggu adik ye...




Adik pun rindu sangat kat Kaklong...Adik tahu adk banyak wat salah kat kaklong...cakap kaklong macam2...tapi adik sayang kaklong...rindu nak sama2 cam dulu...adik mintak maaf sebab sakitkan hati kaklong...Adik rindu kklong....




Ainn...akak rindu sangat kat ain...akak tahu ain tengah risau. Kalau ain ada apa2 masalah cerita je dengan akak...akak takkan marah ain...Ain rindu sangat kat ain...nanti akak balik kita main make-up2 ok..










yg lelaki tu Ayum...adik paling bongsu...kalau kat rumah aku tido ngan dia...dia ni penakut..tak tahu la sekarang ni macam mane...nanti akak balik ayum tolong kopek durian kat akk tau...cari durian banyak...t tengah2 malam kita makan...Akk pun rindu kat ayum..nanti bawak akak naik moto baru...






Lagi sorang tentulah abah...Abah tak suka tangkap gambar sangat...jadi tak ada gambar dia..Rindu jugak kat abah...abah memang steady...em...hubungan kitaorg semua satu family memang rapat...terutamanya adik beradik..jadi bila da jauh mesti la RINDU...


SUARA RINDU
Suatu yang indah ceritanya bermula semalam,
andainya dapat ku rasa selamanya,
tetapi ku tahu tidak mungkin dapat ku miliki,
walaupun kau hadir hanya dalam mimpi.

ku teruskan hidup hari demi hari pun berlalu,
siksa dan derita ku tanggung sendiri,
Apa yang tinggal hanyalah doaku padamu Tuhan,
pasrah ku hanya kamu yg menentukan.

Pun tak pernah ku sesalkan,
kecewa dtg dan pergi tinggal ku sendiri,
ditakdirkan aku syukur selalu,
sesungguhnya aku tahu teman ku hanyalah aku.

Semoga suatu hari nanti dapat kutemui,
Penawar luka yang berdarah duka,
PABILA BERTEMU PASTI AKU SUARAKAN RINDU...







CINTAI DIA


Ya Rabbi...Tautkanlah hatiku dan hatinya dalam INDAHnya mencintai keranamu...Untukmu CINTA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

(Sayang, semoga cinta kita berkekalan..maaf andai diri ini mnyakiti hatimu sehingga memmbuatkan diri mu menitiskan air mata. Menyesal hati ini kerana tidak memahami dirimu.Sayang, Cinta yang kita bina tak akan runtuh kerana hadirnya Sayang yang sangat mencintai diri ini..ILOVEU..)
Hanya dia yang membawa kebahagiaan dalam diri ini..:)
ILOVEU


JODOH KITA

Bila kita dah terima nikahnya, time tu la kita tahu siapa jodoh yang Allah dah rancang untuk kita...
selagi belum bergelar suami isteri dia belum pasti jodoh kita...


CEMBURU?



SALAM SABTU.

Pagi2 ni nak post ckit mengenai CEMBURU...Hehe..

Setiap insan pasti dikurniakan dengan perasaan cemburu..setiap orang pasti pernah mengalaminya..kalau orang tu tak pernah bersa cemburu itu adalah sesutau yang abnormal..kena g check tu..hehe..Bukannya apa, perasaan cemburu ni mesti wujud di dalam diri kita tidak kira lelaki ataupun perempuan sebab perasaan itu adalah fitrah manusia..walaupun sikit tapi persaan itu akan terbit dari jiwa manusia. Persaan cemburu ni bukan sesutau yang negatif je tapi boleh menjadi sesuatu yang positif..Kita sendiri tahu perempuan lebih bersifat cemburu daripada lelaki..itu memang la kan sebab perempuan lebih bersifat sensitif dan berhati lembut berbanding lelaki.
* AWAS!! Jangan ada perasaan cemburu yang berlebihan terhadap pasangan kita kerana jika tidak dikawal perasaan cemburu ini dibimbangi akan berlaku perkara2 yang tidak diingini...
* Jadikanlah akal dan minda kita sebagai pengawal hati dan perasaan..:)

Jangan jadi macam ni sudah...

Second Giveaway: Smile.




"Senyuman terukir saat kegembiraan ada di depan mata"
(Gambar diambil oleh orang yang tersayang dan senyuman ni khas untuk dia)

        tag: 

ALOLO..SIANNYER DIA..:)


Mula-mula kawan, lama-lama..



Bukanlah sesuatu yang pelik apabila jatuh cinta kepada kawan sendiri. MURSHID EUNOS meneliti kisah dua pembaca Gen-Y.

Kebiasaannya kita akan menjadi rapat dengan seseorang yang dianggap teman kerana berkongsi banyak minat yang sama. Akrab yang awalnya sekadar teman biasa selalunya akan melekat hingga menjadi sahabat setia. Ke mana saja bersama dan jika ada sebarang perancangan, sudah tentu kita tidak sekali terlupa untuk membawa sahabat bersama. Itulah yang dikatakan sahabat.

Tapi ada bezanya antara bersahabat sama jantina seperti kebanyakannya dengan yang berpasangan, lelaki dan perempuan. Jika yang lelaki kebiasaannya berkawan rapat kerana bermain futsal bersama, gemar lepak menonton bola sepak ataupun aktiviti lain. Dan gadis pula kerana sama kolej atau sekolah dan kemudiannya kebetulan minat pada sesuatu perkara yang sama.

Bagaimana pula sahabat antara lelaki dan perempuan? Memang tidak dinafikan ramai. Si gadis suka merujuk kepada kawan lelakinya setiap kali ada masalah dengan kekasih dan begitu juga sebaliknya.

Hubungan mereka lebih santai dan selamba kerana selalunya si lelaki tidak mudah terasa hati dan gadis pula bijak mengambil hati. Lantas hubungan itu lebih terancang dan sempurna.

Lecehnya apabila salah satu daripada mereka mula menaruh hati. Kalau kepada orang lain mudah sikit ceritanya, tapi sekiranya dengan kawan baik sendiri, bermulalah konflik dan drama.

Mujur jika kebetulan pihak yang satu lagi membalas. Kebetulan kekosongan cinta di hati, lekas kawan baik mengisinya.

Banyak kelebihannya memilih kawan sebagai kekasih mahupun teman hidup. Rata-rata beranggapan melalui fasa kawan, kita akan mengenali lebih mendalam pasangan. Maksudnya kita sudah mengenali hati budi masing-masing ketika masih status sahabat.

Kalau dilihat dalam drama televisyen sekalipun, ia seperti skrip yang gemar dimainkan dalam cerita cinta. Tapi inilah realitinya bagi golongan muda masa kini. Walaupun banyak orang yang beranggapan begitu, masih ada yang tak boleh menerima kenyataan kawan selepas itu bercinta sebab merasakan geli dan susah untuk membezakan situasi bila bercinta dan berkawan.

Maklumlah bila sudah menjalin hubungan, banyak benda yang berubah. Kalau dulu makan cili melekat di gigi tak kisah tapi sekarang adab perlu dijaga dengan tertib apabila bersama. Mungkin tidak memberi masalah kepada mereka yang memang sudah terjerat dengan situasi ini kerana lain orang, lain pendapat dan langkahnya.

Segmen Blog Bintang by Blog Mrs Lulla