AKU BALIK!


SYUKUR ALHAMDULILLAH...
akhirnya tiket flight dah pun beli..bulan 7 ni auni akan balik semenanjung..habis sudah praktikal!
tapi kena datang balik bulan 10 untuk konvo...fikir lain la yang tu..hehe..asalkan tiket untuk balik bulan 7 ni da pun beli...fly with airasia!

WAIT 4 ME MY HOME N FAMILY!

Gambar ni dibuat ketika perasaan nak balik menebal..hahha

1st giveaway from LINA'S JOURNEY

Mini GiveAway by ainamansor.com

 photo bannerGA-2_zpsa0ed0dc9.gif

ADIK RINDU MAK ABAH!



MAK NAK TAHU TAK ADIK SEKARANG RINDU SANGAT KAT MAK!!! RINDU SANGAT KAT ABAH! Rindu! Rindu!..mak, adik rindu kat mak..rindu nak makan masakan mak..kalau adik nak makan apa2 mesti mak masakkan...adik suka kita masak tomyam sama2 kat dapur kita yang kecik tu..adk rindu nak sembang dengan mak..sambil kita duduk bawah pokok manggis..adik buat buaian kat situ..kita bakar ayam, daging...kita cari kayu getah sama2..

MAK..Adik tak puas hanya dgr suara mak kat telefon..adik nak mak ada depan adik..adik nak ikut mak pergi noreh getah..nak teman mak...adik bawak mak naik moto..pastu mak marah adik sebab adik bawak laju...pastu kita gelak sama2..em...rindu..adik nak tengok muka mak..

RINDU kat mak...hari tu dgr suara abah rasa sayu sangat...yela jarang bercakap ngan abah...tapi adik pun rindu abah...rindu nak tengok abah..yang diam je..mak ngan abah memang adik sayang sangat2...banyak bantu adik mase adik belajar kat sini..adik tahu maka ngan abah pun hdup susah kata sana...

MAK, ABAH..adik janji adik akan balas balik jasa mak abah...adik takkan lupakan mak abah yang da banyak berkorban untuk masa depan adik..adik minta maaf sangat kalau adik banyak susahkan mak..terima kasih sangat2...Mak, adik balik nanti kita jumpa ye...tunggu adik bulan 7 ni....

ADIK RINDU NAK MENGAJI DENGAN MAK..MAK AJAR ADIK NGAJI..
MAK GARANG SANGAT SAMPAI ADIK PANDAI MENGAJI...
ADIK MEMANG LAMBAT FAHAM,
TAPI MAK SABAR DENGAN ADIK..
MAK TAK PERNAH BERHENTI AJAR NGAJI SAMPAI ADIK PANDAI..:(

ADIK RINDU MAK ABAH..

BILA HEADER DIPHOTOSHOPKAN...


Yahoo..!! dapat jugak buat header yang transparent dengan menggunakan photoshop..sebelum ni guna photoscape je..jadi tak dapat transparents..hari ni terjah blog org lain untuk tengok n belajar cara buat header guna photoshop..ikut step yang diaorg bagi satu persatu n berjaya jugak..makin lama makin pandai..buat sendiri je..hehe..
mula2 memang susah jugak tapi makin lama makin berjaya..haha..usaha tangga kejayaan..yang header kat atas tu baru permulaan..nanti akan ada header yang lebih cantik akan aku buat...bila da pandai jadi berlagak..haha..jelous tengok blog org yang header transparents2 ni..jadi terus install semula photoshop yang berkurun lama x install..akhirnya pandai..betul kata pepatah 'jangan duduk di bawah tempurung'..hehe..cuba explore untuk lebih tahu...:)

nk tunjuk sikit header2 yang cuba dibuat hari ni..hehe

PERCUBAAN PERTAMA

Header pertama yang dihasilkan..agak serabut sebab x berapa pandai lagi...hahaah

PERCUBAAN KEDUA
yang ni header ke 2..simple je kan..asalkan transparents..hehe

PERCUBAAN KETIGA
Ini header ketiga yang dihasilkan..nampak agak serabut..tapi aku pilih header ni sebab ni paling rumit nak wat..rumit utk org baru yg guna photoshop cam aku la..hehe

DERMA DARAH TINGKATKAN TENAGA




BUKANLAH menjadi satu perbandingan yang luar biasa apabila bekalan darah dikaitkan dengan kemalangan di musim perayaan.
Krisis bekalan darah yang meruncing ini sering diuar-uarkan oleh Pusat Darah Negara (PDN) terutamanya ketika musim perayaan dan perihal ini ada kebenarannya apabila ramai mangsa kemalangan yang memerlukan bekalan darah dalam keadaan tertentu. Walaupun darah tidak menjadi sebahagian daripada bahan kawalan yang mendapat label ‘controlled item’ hakikatnya, ia sentiasa tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi serta jangka hayatnya yang terhad. Dalam situasi ini, masyarakat Malaysia harus sedar akan kepentingan menderma darah demi menjaga taraf kesihatan individu dan komuniti. Darah bukan saja boleh menyelamatkan mangsa kemalangan tetapi, juga penting untuk merawat penyakit berkaitan darah yang lain seperti Talasemia, Hemofilia dan Luekimia.

Secara kolektifnya, amalan menderma darah dianggap amalan terpuji, tetapi, bukan semua yang sanggup melakukannya. Ada segelintir individu sanggup melarikan diri kerana takut akan jarum besar yang bakal digunakan. Ini juga antara sebab yang membantutkan kemahuan seseorang dalam menjalankan usaha murni demi menyelamatkan golongan yang memerlukan. Ironinya, banyak kempen kesedaran yang dilaungkan untuk menyedarkan masyarakat, namun segelintir masyarakat yang masih memandang mudah terhadap usaha terbabit.

Sehubungan itu, MNRB Holdings Berhad, syarikat korporat yang berdiri teguh selama 40 tahun terpanggil untuk menganjurkan Kempen Derma Darah MNRB di ibu pejabatnya di Damansara Heights. Kempen yang ke-10 ini menyasarkan bekalan untuk keperluan di musim perayaan yang bakal tiba. Kempen bertemakan ‘Derma Darah Menyelamatkan Nyawa’ merupakan acara tahunan Kumpulan MNRB sejajar dengan Tanggungjawab Sosial Korporat MNRB yang memfokuskan kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan kakitangan serta masyarakat sekeliling.

Selain ingin membantu golongan yang memerlukan, ia juga dapat menggalakkan kakitangan serta masyarakat setempat dan meningkatkan tahap kesedaran mereka akan kepentingan menderma darah. Darah yang disumbangkan akan disaring dulu untuk memastikan darah penderma itu bersih dan selamat. Ia akan diasingkan mengikut beberapa kategori yang mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu menyelamatkan nyawa seseorang.

Satu unit darah yang berjumlah antara 450 mililiter mampu menyelamatkan mangsa demam denggi, mangsa kemalangan, ibu yang tumpah darah ketika bersalin dan pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan darah seperti Talasemia dan Leukimia. Seorang penderma boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa dengan menderma kurang dari satu pin darah. Darah itu pula dari jenis darah utuh (whole blood) terdiri daripada sel darah merah, plasma, platelet, ‘cryoprecipitate’ dan ‘cryosupernatant’. Darah kategori AB+, AB-, A+, A-, B+, B-, O+ dan O pula diperlukan hampir saban hari bagi menyelamatkan setiap nyawa.

Namun, masih ramai di antara kita yang menganggap amalan menderma darah sebagai ‘taboo’. Ini kerana terdapat beberapa pendapat yang mengatakan seseorang itu akan mudah dijangkiti penyakit dan kenaikan berat badan yang mendadak selepas menderma darah. Pendapat seumpama ini disangkal kebenarannya kerana sebenarnya ia meningkatkan tahap kesihatan seseorang kerana darah baru akan dihasilkan seterusnya menyebabkan tubuh seseorang itu lebih segar dan bertenaga.

GIVEAWAY by ARA CRAFT

SEGMEN JOM PILIH HADIAH..!


Hadiah Pilihan 1:
SHESEIDO BLACK MASK
 
Hadiah Pilihan 2:
TUDUNG BAWAL

I LOVE U SABAH..!


....::ASSALAMUALIKUM::...
OK..Setelah lama di sabah hampir 3 tahun..hari ni nak cerita mengenai negeri Sabah yang sememangnya akan aku rindui nanti. Jangkaan awal aku mengenai sabah memang salah..apa yang salah? Tunggu cerita selepas ini..hehehe..Setibanya aku di Sabah aku merasakan diri jauh dari semenanjung...jauh dari keluarga...sorang diri...tak kenal sesiapapun kat sini...start dari situ aku kena belajar cara nak hadapi sorang2..kalau sebelum ni mak aku ad menemani tapi sekarang aku kena berani berhadapan dengan orang..memang ketika itu aku memulakan langkah aku dengan keberanian bukan ketakutan.hahaha..

=====รจ MENGENAI SABAH
Jangkaan aku mengenai Sabah memang Salah...apa yang salah?..sebelum aku datang ke sini aku memikirkan negeri sabah yang penuh hutan..kawan yang pedalaman, orang2 yang pelik, tinggal atas pokok, makanan yang pelik, tiada permodenan..itu lah yang aku fikir sebelum sampai ke sini..aku rasa kebanyakan org semennjung yang belum pernah ke Sabah juga akan berfikir seperti itu..hehe..tapi dugaan aku salah..negeri Sabah sebuah negeri yang maju dan sangat cantik dan juga kaya dengan alam semulajadi..Kat sini banyak tempat2 yang boleh korang pergi dan semestinya akan korang rindui..memang jauh beza dari semennjung...aku sangat suka tinggal disini..dan rasa ingin tinggal selamanya...hahahaha...apa yang aku suka ialah kecekalan anak2 muda kat sini....kalau kita tengok anak2 kat semennjung pagi2 akan keluar ke sekolah tapi kat sini diaorg akan keluar bekerja..memang kesian tengok diaorg..diaorg tak sekolah mungkin kesempitan duit..tapi diaorg rajin bekerja..jadi cleaner, kerja kontrak, angkat2 air, kerja kat pasar..kalau korang tengok korang mesti rasa salute dan mesti rasa sedih jugak...hehe...kat sini jugak moto memang kurang...tak macam kat semennjung yg kebanyakan anak muda naik motor g skolah,bandar..tapi kat sini diaorg naik bas...moto memang susah nak dapat...aku suka sangat duk sini...memang banyak beza...bagi aku susah nak rasa kesusahan diaorg ni...bila kita tengok diaorg kita dapat rasa kesusahan diaorg tu..

Aku rasa sangat seronok sebab dapat mengenali negeri Sabah..negeri sabah sememangnya kaya dengan tumbuhan semula jadi..hutannya banyak yang belum diterokai...angin pun sejuk kat sini...rasa tenang terutamnya bila melawat ke tempat2 peranginan seperti kundasang, pantai, pulau dan sebagainya...banyak khazanah alam yang boleh ditemui..Selama 3 tahun aku kat sini antara tempat yang aku dah pergi Semporna, Tawau, Kunak, Kota Marudu, Kudat, Pulau Tiga, Kundasang,Kota belud, Papar, Penampang (monsopiad), Lahad Datu, Pitas dan Kota Kinabalu (ad pasar filipin, Kampung air, jesselton, Tanjung Aru, Tanjung Lipat,One Borneo)..One Borneo merupakan pusat membeli belah terbesar di Borneo...aku tinggal di belakangnya..hari2 lalu situ kalau nak pergi kerja..hehe...banyak jugak tempat yang aku pergi..hanya satu tempat yang paling aku nak pergi tapi tak dapat pergi sampai sekarang....Gunung Kinabalu!!
Yang penting semua tempat ni best! Takkan menyesal kalau datang sini...Sesiapa yang dapat tawaran belajar kat Sabah, Sarawak tu janganlah tolak...Sebab susah korang nak dapat pengalamn macam ni..hidup berdikari, jauh dari keluarga, memang korang akan banyak belajar cara hidup sendiri..
Bila aku sampai semenanjung pasti aku akan merindui Sabah..Apa-apa pun kita doakan semoga pencerobohan yang berlaku di Sabah ini berakhir...
....::TERIMA KASIH::....

Jesselton
Kundasang
Monsopiad Penampang
Pitas


UMS
ODEC

Semporna
Memorial War Kundasang
JESSELTON

Segmen: Tambah Folower by Marfie Dots

SEGMEN:MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG NIEL KPOP


FOLLOWER: 328

Segmen Bloglist Penggal ke-2 & Review Blog


Dany si Kura-kura, Jony si ikan


Dany si Kura-kura, Jony si ikan

Comelnyer Dany...kecik je...
Ha..Dany tu seekor kura-kura..hehe
Hari ni dapat surprise dari yang tersayang..terima kasih su..Hadiah yang sangat aku suka..da lama nak bela kura-kura..akhirnya dapat juga..Dapat je Dany terus pergi beli balang dia, batu, meja...nanti nak beli pokok plk..haha..Dany ni masih takut lagi kot..cm tak berapa aktif..tak biasa lagi kot..nanti da lama2 ok la tu..jadi  macam jony yang terlampau aktif...Jony tu pulak ikan..dia pun ad balang istimewa..tapi x de kawan.Nanti beli kawan Dany ngan Jony plk...hehe..

Rumah Dany...nanti kita renovate lg k..hehe
Dany dari dekat..kecik je lagi..
Ini pulak Jony yang aktif..hehe
Halaman rumah Dany n Jony...haha
ILOVE DANY N JONY..:)
Best nyer bila ad diaorg ni...rasa nak balik cepat2 tengok diaorg..hehe...sesungguhnya aku sangat menyayangi binatang...Dany n Jony buat aku tersenyum dan hepi!!
Terima kerana menemani tiap hari saya...hehe
love both of u..



PRAKTIKAL OH PRAKTIKAL


PRAKTIKAL OH PRAKTIKAL

....::ASSALAMUALAIKUM::.....

Hye...hari ni nak cite pasal tempat praktikal.
Ak praktikal di Jabatan Cetak Kerajaan Sabah..
Terletak di Jalan Tuaran dan 5 minit dari kk..kalau naik bas la..hehe
Sekarang da masuk 2 bulan aku berpraktikal disini bersama dua orang sahabat aku yang masing2 dari sabah will dan zulaiha..aku je yang x nak balik semennjung...bukan apa, banyak duit kena guna..kat sini aku tinggal hostel je..sekurang2nya tak payah fikir pasal duit umah sewa..hehe
Berbalik semula pada cerita tadi, aku diletakkan di bahagian Pentadbiran...pada mulanya aku kena bertukar2 unit dua minggu sekali..tapi
Disebabkan bahagian pentadbiran memerlukan orang jadi aku di staykan di situ..jadi tak payah aku bertukar2 tempat..rugi memang rugi sebab tak dapat nak belajar yang lain tapi takkan kita nak tolak kan..?hehe..duduk la berpraktikal di Seksyen pentadbiran AM sehingga habis...belum habis lagi..hehe..

Tempat praktikal: Jabatan Cetak Kerajaan.. 
APA TUGAS AKU?
Tugas aku bermacam2 jenis...sepatutnya aku hanya perlu mengemaskini fail tapi sekarang aku buat semua kerja..pernah jugak jadi Pegawai Khidmat Pelanggan yang jawab2 telefon, terima surat tu..best...membina keyakinan diri..hehe..sekarang da berani jawab telefon..bunyi je telefon kalau tak ada org angkat ak yg excited nak angkat..haha..kadang2 ada staf lain yang memerlukan bantuan, jadi aku tolong je la..dapat banyak pengalaman bekerja di pejabat..kalau tak ada kerja aku akan cari kerja..kemas2 tempat aku ke, buat laporan ke, cari je la apa keje pun sebab aku tak suka duduk je tanpa buat apa2...hehe..kadang2 kalau da tak tahu nak buat ap aku g melawat kawan aku will ngan zulai..diaorang duk seksyen yang sama...aku je yang kena stay...jadi, bila round2 tu cepat la sikit masa..hahaha...aku suka siapkan keje awal2..sebab tu selalu ada masa lapang...hehe


PERGI NAIK APA?


Ini adalah pengalaman yang paling mencabar semasa berpraktikal..hehe..sebab aku pergi naik bus...bas kat sini tak sama dengan semennjung..bas kecik je pastu orang punyalah ramai...hari2 berdiri..pergi balik..menahan diri daripada jatuh..haha..kebanyakan pekerja akan menaiki bus..diaorang jarang ada moto..tapi keta banyak..tapi bus la pengangkutan utama diaorg...bayangkan bus kecik, org penuh padat...rasa macam kat indon pun ada jugak..hehe..kadang2 tu ada lah orang yang baik hati bg duduk..mungkin dia ingat makcik2 kot pakai baju kurung...hahaha..tapi aku bertuah la sebab dapat rasa pengalaman ni kat sini. Susah nak dapat kat semenanjung.


TIME REHAT?


Time rehat aku sebenarnya kul 1 kalau ikut jadual la..tapi kalau aku kuar pukul 1 confirm tinggal tulang ikan je..jadi aku keluar jam 12..mata asyik duk tengok jam je..maklumla nak tunggu dari kul 8 sampai kul 12 tu lama sangat...perut da krak krok..lapar...hehe..lagi pun ketua latihan kami benarkan kami rehat awal..bila time rehat aku akan rehat ngan kawan praktikal aku will ngan zulai..rojer2..kami makan di kantin..tak ikan ayam lauk dia..tapi murah.tak 3.50 atau 4.00..takkan lebih..huhu..lepas makan kami akan ke surau untuk solat dan tidur! Haha...rugi oo masa rehat kalau tak guna betul2..hehe..dalam jam 145 tu ready2 untuk masuk pejabat balik...

TIME BALIK!
Ini time yang ditunggu2..tapi sebelum sampai ke bilik tu aku kena redah bas dulu..kena bersesak2 dulu..baru boleh jumpa katil..haha..aku balik jam 5..macam pekerja lain jugak...aku ngan kawan2 akan sembunyi2 sikit sebab tak nak orang lain tumpangkan kami..hehe..bukan apa tapi segan..menyusahkan orang..kadang2 tu terpaksa juga naik sebab da berhenti betul2 sebelah kitaorg..haha..tapi time balik la yang selalu ditunggu-tunggu..macam korang jgk kan? Hehe..

PEKERJA MACAMMANA?
Pekerja..? baik2, cantik2, senyum2..hehe..semuanya ok..termasuk pakcik2 guard..kalau kat seksyen pentadbiran ni kebanyakannya golongan tua..tapi diaorg memang ok dan baik2...kelakar pulak tu..aku di bawah kak Farhana Yong yang sangat cantik dan cute..hehe...pekerja di jabatan ini semuanya ok..tak ada pun yang sombong..bila aku senyum diaorg akan senyum balik..hahaha..macam2 panggilan yang aku dapat..ada yg panggil auni, ayuni, yuni, panggil mek pun ad..haha...

PENGALAMAN KESELURUHAN
Sepanjang aku kat sini banyak pengalaman yang aku dapat..bukan sahaja pengalaman kerja tapi pengalaman bertemu orang,naik bus..macam2 la...tapi memang best..tak menyesal la aku berpraktikal di sini..sekarang aku da boleh berdikari sendiri...sedih..:(


Ok la..ni je cerita praktikal aku selama 2 bulan..hehe..da macam2 yang aku belajar dan dapat...belum 6 bulan lagi...tak tahu apa yang berlaku selepas ini..harap dapat lebih banyak ilmu dan pengalaman.insyaallah...

....::TERIMA KASIH::....






Geng Mak Ayah


GENG MAK AYAH
(myMetro)



“Anak muda mahukan ibu bapa yang boleh jadi ‘geng’. Senang diajak berbincang dalam semua perkara termasuk bab awek, minat, hobi dan sebagainya. Tapi, kebanyakan remaja menganggap ibu bapa mereka ibarat cikgu disiplin sekolah. Apa puncanya? Luahan rasa ini dibincangkan dengan SHUHADA MANSOR.
Hubungan remaja dengan ibu bapa selalu bermasalah. Ada yang menganggap, ibu bapa terlalu tegas dan susah nak faham kehendak anak walaupun dah tahu zaman remaja adalah fasa memberontak. Anak muda perlukan ibu bapa untuk bimbing dan bentuk mereka jadi manusia berguna. 

Peranan ibu bapa sendiri untuk faham dan tahu kawal emosi anak supaya tak lari daripada sasaran sebenar cukup penting. Sikap, tingkah laku, cara berkomunikasi, waktu bersama, semua itu perlu diambil kira. 

Kehidupan di bandar dan kampung memang berbeza. Perbezaan sekeliling antaranya faktor kepesatan teknologi, pembangunan, hiburan, bahkan pergaulan sedikit sebanyak membentuk identiti remaja. Kalau di kampung, anak muda akan jadi lebih hormat, dengar cakap, takut untuk bantah malah ada yang sanggup tolak kemahuan berhijrah ke ibu kota semata-mata untuk bantu ibu bapa. Secara tak langsung, masalah remaja juga kurang berlaku.

Tapi berlainan dengan anak muda yang tinggal di kota. Bukan nak label mereka tak tahu hormat ibu bapa, tapi disebabkan membesar dengan gaya hidup urban, dikelilingi kemajuan dan kepelbagaian budaya Timur campur Barat, membuatkan mereka ingin mencuba dan ikut trend semasa. Ada yang tak terjebak dengan perkara negatif, cuma inginkan hiburan tapi oleh kerana ibu bapa tak memahami sepenuhnya kehendak anak, berlaku konflik keluarga.

Mungkin ‘klise’ jika dikatakan bapa ibarat tulang belakang dalam hala tuju keluarga. Tapi sekiranya si tulang ini terlalu fokus sesuatu dan tanpa sedar dia sudah membelakangkan orang lain yang sepatutnya perlu diberi perhatian, apa gunanya? Tak guna cipta impian nak tinggal dalam rumah besar kalau keluarga sendiri porak peranda. 

Ibu pula umpama pembantu nakhoda. Perlu tahu tugas sendiri dan bagi sokongan kepada bapa supaya keluarga sentiasa di laluan betul. Imbang kapal dengan teknik terbaik supaya tak karam. Tapi bagaimana jika ibu sendiri terlalu bersikap melindungi tahap melampau. 

Tak dinafikan, ambil tahu perihal anak memang bagus tapi kalau sampai dengan siapa anak nak melepak, topik apa akan dibincangkan, berapa lelaki dan perempuan, di mana, sampai jam berapa, pasti si anak akan rasa rimas. Tak mustahil juga anak akan malu apabila dicop ‘anak mak’ dengan kawan. 
Untuk jadi ibu bapa yang ‘cool’, cuba berperwatakan tenang, luaskan topik untuk berborak dengan anak, bukan hanya tertumpu kepada pelajaran atau perkara serius, kongsi minat seperti mengumpul kasut bola dan sebagainya. Nak jadi lebih ‘awesome’? Ikut anak anda ke gig, konsert akustik, program seni dan sebagainya.



HADIAH?


HADIAH APA YERK?
(myMetro)


Hadiah! Ia sesuatu yang kita selalu fikirkan apabila hari istimewa teman atau ahli keluarga yang kita sayangi kian menjelma. Beli memang boleh, tapi masalah, apa agaknya yang menjadi kesukaan mereka. Bimbang juga, beli mahal-mahal atau susah nak cari, tapi si dia tidak menyukainya. 

Kita pasti ingin memberikan hadiah yang terbaik dan menjadi orang yang pertama menggembirakan pasangan serta mengeluarkan ungkapan indah untuk si dia.

Bahan seperti buku, majalah, blog dan sebagainya pasti menjadi sasaran pasangan apabila ketandusan untuk memikirkan jalan penyelesaian masalah ini. Dengan harapan banyak idea dapat dicari.

Untuk mencari hadiah yang sesuai untuk si dia, bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika mendapat pasangan yang cerewet tapi lumrah orang bercinta, tidak kisah apa pun asal kemahuan si dia tetap dituruti, maklumlah setahun sekali.

Bagaimanapun, hadiah adalah bonus dalam perihal ini. Apa yang lebih menjadi keutamaan adalah ikhlas dan ingatan!

RUMAH KOTAK ISTIMEWA!

RUMAH KOTAK ISTIMEWA!

HAHA..suka hati je bagi nama...haha
em..setiap orang pasti mempunyai plan sendiri untuk bina rumah kan?
design, reka letak, jenis ap, guna kayu ke batu...semua la...hehe..
pasti menginginkan rumah yang cantik, besar, selesa dan sebagainya..
hari ni nak share satu rumah yang unik dan comel.hehe..

pernah tak tengok cabin container ni? benda ni la yang akan
dijadikan rumah oleh designer suhail abu bakar..huhu
rumah ini jugak mungkin akan menjadi rumah aku dan bakal suami nanti...insyaallah..
dia da plan 'rumah kotak' yang sngat cantik...hehe
suhail abu bakar...aku da tngok internet..mmg cantik..hehe..ni hasil pencarian...

cantik tak? nampak kecik tapi tambah lagi cabin untuk lebih besar...hehe

ha..yang ini lebih dahsyat.,..hehe..
pemandangan yang cantik...laman rumah yang best..
kat bahagian atas buat tempat rehat...best3.
simple...tapi pemandangan susah nak cari..hehe
ini dalam dia untuk satu cabin...
menarik tak..ini plan je...harap2 jadi ye suhail abu bakar...huhu...
lain orang lain cita rasa...jadi masing2 punya citarasa,,,aku suka yang pelik2 ni..hehe
bye..bye..





KUAT MERAJUK?


KUAT MERAJUK?
(petikan dari MYMETRO)


MURSHID EUNOS:
Cemburu, pertelagahan, ego dan marah antara punca merajuk. Biasalah orang bercinta. Lebih-lebih anak muda hari ini, macam-macam gelagat yang dengar.

Kalau ditanya pada 100 remaja, mereka berpendapat merajuk ini perlu. Kononnya mengeratkan lagi hubungan dan konklusi kepada keserasian mereka.

Kalau si gadis merajuk, lagaknya nampak comel tapi ramai juga lelaki yang sensitif dan mudah nak merajuk. Pening juga kekasih mencari jalan untuk memujuk sebab ikut kata, lelaki lebih rumit untuk dipujuk.

Tapi tak semua pasangan boleh tahan dengan perangai pasangan 'merajuk ' ini. Ada yang berpendapat seperti kebudak-budakkan dan tidak matang. Lebih-lebih lagi merajuk sebab lambat jawab telefon, lewat membalas SMS, keluar rumah tidak beritahu atau pun lebih kronik, nak tidur tak ucap selamat malam.

Bukan tidak ada pasangan berpisah kerana tak tahan dengan pasangan yang suka merajuk terutama kalau merajuk kena mengambil masa berhari-hari untuk dipujuk. Pendek kata, tidak boleh tersasul sikit kalau bercakap, tahu nak merajuk saja. Naik muak jika dilayan.

Kajian yang dijalankan The Ultimate Self-Esteem Test, beribu-ribu wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang kronik. Cemburu pun punca tercetusnya perasaan merajuk.

Dalam satu blog, carian undian menunjukkan yang wanita lebih sinonim dengan perangai merajuk. Maklumlah fitrah kaum Hawa sentiasa inginkan perhatian. Tapi jangan tak tahu, kalau lelaki merajuk lagi teruk.

Mengikut pemerhatian umum, bila seseorang lelaki merajuk khas buat gadis-gadis yang mungkin tidak perasan, ini tanda mereka mula terasa hati.

Mereka akan diam seribu bahasa, buat tak tahu, menolak makan dan masam muka tidak seperti kebiasaan. Kerana ego, mereka tidak akan memberitahu yang mereka sebenarnya sedang merajuk.

Ada juga lelaki yang mengalih perasaan sakit hati atau merajuk dengan membaca surat khabar atau sebarang bacaan lain, menonton televisyen hingga lewat malam, keluar rumah tanpa beritahu dan paling klasik, matikan telefon bimbit!

Memang si gadis akan 'gila' apabila kekasihnya hilang tanpa khabar berita. Pastikan anda tidak terlepas daripada petanda mereka merajuk jika tidak mahu timbul pula rasa sakit hati.

Apa sebabnya mereka merajuk? Rasanya tiga sebab utama pasangan merajuk, pertama adalah cemburu. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba diambil daripada dirinya seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Kedua, mungkin tidak dapat apa yang diinginkan dan ketiganya, orang lain lebih hebat daripadanya.

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dan mungkin ada disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza.





Kenapa Si Dia MIA tiba-tiba?


“Kenapa Si Dia MIA Tiba-tiba?”


Hari ni nak kongsi sikit melalui majalah cosmopolitan..Bila lelaki yang baru kita kenali mula menghilangkan diri, sebenarnya ada banyak kemungkinan. Ini antara kemungkinan biasa:

Dia mencari wanita lain untuk mencuba nasib. Kalau dia hubungi kita semula setelah sekian lama bermakna pilihannya tadi tak menjadi atau wanita itu tak cukup bagus untuk dia.

SEBAB LAIN:
Dia mungkin suka dengan kita tapi takut nak ada komitmen, jadi dia akan hubungi kita sekali sekala aje untuk buat kita rasa yang dia masih ingat kan kita..takut akan ada perempuan lebih cantik la tu..huhu..bagi harapan je ...huhu

Namun kedua-dua kelakuan ni menunjukkan sebenarnya dia tak bersedia nak ada hubungan. Jadi ini mungkin masa terbaik untuk kita “angkat kaki’..haha

SEXY SUMMER!


TIP

MESTI ADA FOR A FUN & FAB DAY AT THE BEACH!

Tak kira kemana saja kita pergi, kita kenalah berseronok sentiasa..mesti kita nak jauhkan daripada benda2 yang mengganggu kita kan? Jadi untuk tambah keseronokan di pantai, kita bawa lah benda2 ni bersama...

1) PAYUNG!
Kita pasti perlukannya bila cuaca terik atau tiba2 hujan renyai2...hehe

2) AIR MINUMAN
Janganlah kita bawak bertin-tin air soda, sebaliknya minumlah air mineral atau buat air limau ais dari rumah dan bekukan semalaman...em..segarnya bila minum time panas di pantai...

3) WET WIPES
Bila kita pegang pasir atau air laut mesti terasa melekit. Jadi tisu basah lebih efektif utk hilangkan rasa lekit..:)

4) CERMIN MATA
HA..suasana pantai pastinya panas..jadi gunakan cermin mata supaya mata kita dapat melihat pemandangan dengan lebih selesa..tak payah nak kecik2 kan mata tu..hehe

5) TOPI
NI barang yang penting untuk elakkan daripada terkena cahaya matahari..kalau pakai topi kulit tak terdedah sangat pada cahaya..kalau nak jaga kulit la..huhu

OK..FEEL FUN NOT STREES AT THE BEACH!!



BUAT MUKA HEPPY!


TIP
BUAT MUKA HEPPY JE LAGI BAGUS!
Walaupun orang buat korang bengang, jangan tunjukkan rasa marah tu. Jika mahu orang dengar apa yang ingin korang katakan, ada baiknya korang bersikap profesional dengan berlagak tenang...jangan marah mengikut emosi..cuba kawal...:)


SENYUM LAH..KERANA SENYUMAN ITU MEMBAHAGIAKAN...


ok!

Segmen header siapa paling awesome part 3